Aku bukan manusia yang paling beragama.
Aku bukan manusia yang kau wajib dengar nasihatku sahaja.
Aku bukan manusia yang layak untuk memberi ceramah sini sana.
Pabila penjodoh bilangan disalahguna, mula kecoh satu dunia.
Aku bukan menangkan sebelah pihak sahaja.
Aku tahu benda tu salah. Aku tahu.
Tetapi kamu juga tahu, apabila marah atau geram sudah menerpa, penjodoh bilangan, kata yang sopan sudah hilang terbang merata.
Tipu jika kita juga tidak pernah guna.
Tipu.
Kadang-kala, kita cakap main lepas sahaja.
Oh, bukan kita ya?
Mungkin aku saja.
Deal?
Kadang-kala, rakan-rakan aku juga pernah kata begitu.
Guru-guru aku juga mungkin pernah guna perkataan sebegitu tanpa sengaja.
Tapi tiada pula dapat liputan yang meluas sebegini caranya.
Sedangkan, mereka juga pemimpin bukan?
Kita semua pemimpin, bukan?
Aku sedar akan satu perkara,
Kalau kita sudah mula membenci seseorang, silap sedikit pun kita perbesar-besarkan.
Aku ada menegur seseorang yang mula memperbesarkan perkara ini,
Tetapi aku dapat teguran yang 'adakah aku menyokong orang yang menzalimi?'
Aku tersenyum.
Mesti kau akan kata, pemerintah kita itu lagi zalim menipu rakyat semuanya. Kau mahu ikut dia zalim sekali atau sebaliknya?
Dan aku memilih untuk terus berdiam diri.
Apabila mereka menegur, disangka mereka yang betul.
Apabila kita menegur, ya aku sahaja yang salah.
Lalu, aku terfikir satu perkara.
Adakah mengaibkan orang itu sudah bukan perkara yang salah?
Ya, mungkin salah aku kerana tidak menegur pemimpin kita bahawa dia menggunakan penjodoh bilangan yang salah.
Ya, salah aku.
"Eh, dia yang mengaibkan diri dia sendiri. Dia pemimpin perlu menjadi contoh kepada rakyatnya. Bukannya memaki hamun sini sana."
Ya, aku tahu.
Marah.
Rasa ini sangat berbahaya.
Bahaya untuk, aku, kamu dan sesiapa sahaja.
Sekiranya sudah tidak dapat disimpan lagi, sama ada dari segi perkataan, perbuatan, semuanya sudah tidak dijaga.
Adakah kamu tidak pernah rasa marah bagaimana?
Aku pernah.
Kerana itu mungkin aku lebih memahami bagaimana rasanya.
Kerana aku juga pernah terlepas kata dan menyesal kemudiannya.
Tetapi apa yang kita boleh lakukan pada hati-hati yang telah kita sakiti?
Tiada apa-apa, selain menyesal dengan perbuatan kita.
Tapi, apa yang biasanya mereka lakukan?
Pendam sampai ke akhir nyawa.
Aku tahu aku tidak se-alim kamu.
Tapi yang aku tahu, aku tidak se-zalim kamu.
Bukankah Islam juga sudah mengajar kita untuk menegur dengan baik.
Apa salahnya sekiranya kita direct message atau emel kepada dia, tentang penggunaan bahasanya.
"Maaf Dato', saya sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah pemerintahan Dato' ingin menegur tentang penggunaan penjodoh bilangan yang telah disalahgunakan oleh Dato'. Diharapkan Dato' lebih berhati-hati sebelum menutur bicara. Daripada saya, rakyat Malaysia yang berbudi bahasa."
Apa salahnya di sana?
Tidak perlu kecoh satu dunia.
Kalau kamu fikir cara kamu betul, bagaimana pula dengan cara aku yang ini?
"Ah, kau fikir ada orang yang ingin baca nasihat sebegini? Ada orang yang masih terima?"
Kalau kamu, mana satu yang kamu pilih?
Aku serahkan pada kamu.
Lepas ni, mesti ada saja yang berkata,
'Ah, dia ni orang kerajaan ni.'
'Dia ni orang kuat UMNO, BN ni.'
'Dia ni kena suap rasuah oleh PM ni.'
Terpulang apa kata kamu.
Yang aku tahu, aku tahu mana salah dan mana yang betul.
Sekiranya cara aku ini salah, ya aku persilakan untuk menegur aku.
Kalau ditegur sudah melenting, kau rasa adakah kau layak untuk menegur?
Aku terbaca penulisan oleh BudakTomato dalam bukunya Esc.
Yang lebih kurang maksudnya, kita hendak orang dengar teguran kita, kita juga perlu menerima teguran orang.
Adakah kita telah cukup sempurna sehinggakan tiada orang yang boleh menegur kita?
Adakah orang yang tidak cukup ilmu agama seperti aku, tidak boleh menegur orang yang lebih beragama?
Aku tertanya-tanya.
Ini hanya kisah penjodoh bilangan yang tersalahguna.
Bila marah sudah memenuhi jiwa, kata dan perilaku akan musnah semuanya.
Maka kita mahu salahkan siapa?
Kalau itu dah memang namanya MANUSIA.
Wassalam~
Kalau itu dah memang namanya MANUSIA.
Wassalam~
ayat yang sangat mendalam
ReplyDeletejangan dipendam ya. ;)
Delete