Makan cepat.
Bukan sepantas kilat.
Kau gila, sekelip mata aku jilat?
Kau kira berapa banyak kunyahan kau buat?
Kau tak dapat yang sunat!
Aku kunyah ikut suka hati akulah, sahabat.
Kalau kau mampu buat yang sunat,
Kau buat.
40 kunyahan, insyaAllah dapat berkat.
Kerana aku buat, apa yang mampu aku buat.
Aku tidak sedar berapa kunyahan yang mampu aku buat.
Mungkin 15 kunyahan pun dah buat aku penat.
Aku tak macam kau,
Sempurna sangat.
Sampai kunyahan makanku kau mahu beringat.
Terima kasih, sahabat.
No comments:
Post a Comment