Nuffnang Ads
Sunday, April 6, 2014
Lambaian Terakhir
Jika itu lambaian terakhirku. Maafkan segala kesilapanku terhadapmu. Mungkin banyak salah lakuku. Aku harap kamu sihat-sihat selalu.
Jangan menangisi pemergianku. Kerana kita pasti akan ketemu, Di akhir waktu. Kau dan aku pasti akan bersatu, Jumpa dengan Allah yang Satu.
Aku hanya insan biasa yang sering lupa akan Penciptaku. Jangan kau jadi seperti aku. Perbaiki dirimu. Selagi kamu punya waktu.
Aku mohon padamu. Matlamat kita hanya satu. Mengejar cintaNya wahai saudaraku. Dunia ini hanya menipu. Dan kita mudah sahaja tertipu.
Kembali mencari redhaNya, wahai saudaraku. Jika bukan hari ini lambaian terakhirku, Mungkin esok pula hariku. Doakan aku.
Tolong ingat satu, Mati Itu Pasti, saudaraku. Aku hanya mengingati supaya kamu tidak lupa, saudaraku. Kerana aku sering lupa tentang itu.
-SyazaSyafeeqah-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment