Nuffnang Ads

Monday, April 7, 2014

Kita Berdua.

Assalamualaikum.

Cuti Mid Semester.
Kami tidak pulang ke Sabah.
Cuti hanya seminggu, tidak berbaloi rasanya.
Cukup sekadar doa yang dititipkan buat keluarga.
Semoga sihat-sihat sahaja di sana.

Sanggup bawa tripod ke hulu ke hilir, niat nak menghibur jiwa.



MASUM.
UPSI menjadi tuan rumah.
Aku bukan salah satu peserta.
Namun, aku penyokongnya.
Kalah menang belakang cerita.
Yang penting, semangat itu ada.
Senyum.
Mungkin ada yang kata, sungguh kuat kamu berdua.
Masih tersenyum walau tidak berjumpa dengan cinta.
Kami sememangnya mengukir senyuman sentiasa.
Namun, siapa tahu yang kami hanya mencipta senyuman itu secara sengaja.
Terpaksa?
Senyuman itu, bagi kami pengubat hati yang lara.
Allah tahu segalanya. ;)

Gembira, penghibur lara.



Apa-apa pun, kami bahagia bersama.
Kita berdua, sentiasa bersama.
Senyuman diukir tanda bahagia.
Ketepikan merana, kerana kami ingin gembira.
Allah bersama dengan kita semua. ;)





Wassalam. ;)

No comments:

Post a Comment