Nuffnang Ads

Wednesday, May 16, 2012

Allah Kurniakan Rindu Ini Buatku...

Assalamualaikum.

Ketika membaca Al-Quran selepas selepas menunaikan solat Maghrib semalam, aku tiba-tiba teringat kenangan lamaku.
Kenangan lamaku yang membentuk siapa diriku sekarang.
Kenangan lama yang dapat kuimbas satu persatu wajah yang bersama-sama dengan mencorak perubahan dalam diri.
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Ilahi.

Rindu terhadap mereka semua.
Rindu ingin bekerja bersama mereka semula.
Rindu dengan segala perkara yang dikongsikan.
Rindu dengan segala nasihat yang diberikan.
Rindu dengan setiap pengalaman dahulu yang pernah kualami bersama mereka yang Allah pilih untukku.

Aku selongkar album-album komputer lama.
Dalam album adikku, terjumpa gambar-gambar yang menggamit kenangan; semasa dan selepas dunia persekolahan. ;)



Bergerak bersama mereka dalam berdakwah memang membentuk siapa aku sekarang.

Kini, kami sudah berpisah pada zahirnya, namun batin kami tetap pada tujuan yang sama.
Kini, Allah telah menambahkan lagi sahabat-sahabat yang terbaik buatku.
Pergerakanku tidak berhenti di Sabah.
Aku terus mencari dan terus bergerak semampuku.
Tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk berhenti dalam meneruskan perjuangan ini.

Kini, aku bergerak dengan pasukan yang lain.
Pasukan yang boleh kuanggap kakak-kakakku sendiri.
Pasukan yang tidak pernah jemu untuk terus mengingatkan aku kepada Allah.
Rindu rasanya kepada mereka.
Kapankah kita akan bertemu lagi ya?

Rindu buat ahli keluarga juga turut dirasai.
Aku menggamit kenangan-kenangan lama yang tidak pernah lekang dari ingatanku.
Terlalu jarang kami bersama, berkumpul sekeluarga kerana semuanya mempunyai komitmen yang berbeza, di samping menetap di negera yang berbeza.
Rindu rasanya untuk berkumpul bersama, bergelak ketawa, berkongsi cerita.
Rindu semua itu.

Tetima kasih ya Allah, kerana Kau kurniakan rindu ini buatku.

Itu sahaja. 
Wassalam~

No comments:

Post a Comment