Nuffnang Ads

Monday, February 6, 2012

Sesak di Dunia Sudah Terasa Peritnya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Engkau masih berikan aku nyawa, walaupun aku rasa seperti sudah terbang jauh meninggalkan dunia kerana kesesakan yang menimpa.
Allah, dugaan...

Bibirku terus berselawat dan mengucap dua kalimah syahadah dalam perjalanan pulangku.
Kesesakan itu membuatkan aku 'sesak'.
'Sesak' itu terasa sehingga sekarang. Mudah-mudahan pulih seperti biasa. InsyaAllah.
Nafasku masih perlu diatur...
Letih tidak berapa, sesak terasa sehingga tidak boleh diungkapkan oleh kata-kata.



Allah sahaja yang tahu apa yang kurasa.
Ini baru sesak di dunia. Belum lagi rasa sesak ketika menghadapi mati.
Ya Allah, ampunilah dosaku.

Syaza mohon maaf atas segala silap dan salah selama ini. Halalkan segalanya.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment