Nuffnang Ads

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan 22 - Tanda-Tanda Lailatul Qadar | Sentiasa Memikirkan Orang Lain Sedangkan Orang Lain Tidak Peduli Tentang Kita.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, sudah 22 hari kita berpuasa.
Bagaimana tahap iman anda? ;)
Harap-harap semakin meningkat ya. InsyaAllah.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Setiap orang yang beriman sentiasa menanti-nanti saat malam 10 akhir Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang utama yang dinamakan “Malam al-Qadar”. Malam tersebut sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya sebagai malam:

1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)

2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)

3) Turun padanya para malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)

4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar
(Surah al-Qadar: 5)

5) Sesiapa yang beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan baik/pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)

6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)

Didalam usaha mencari Lailatul Qadar ini banyak khurafat, pegangan yang menyeleweng dan dogengan palsu yang tersebar didalam kitab-kitab dan cerita-cerita tentang alamat/tanda malam tersebut seperti pokok bersujud, air laut menjadi tawar, anjing tidak menyalak dan lain-lain lagi. Lebih dahsyat lagi di zaman kita ini tanda-tanda dongeng ini disebarkan oleh agamawan-agamawan yang tidak berdiri diatas disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui media cetak dan elektronik. Dengan itu ia terus berkembang den tersebar sepanjang tahun apabila munculnya bulan Ramadhan.



Adalah mustahil malam yamg begitu besar kedudukan dan keutamaan ini tidak dijelaskan tanda-tandanya oleh Allah dan Rasul sehinggakan para agamawan boleh mencipta tanda-tandanya. Apa yang pasti Rasulullah SAW telah menjelaskan tanda-tanda malam tersebut di dalam hadith-hadith berikut:

Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi’ (5472), ad-Dho’iefah (4404) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:

1)Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2)Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3)Tiada lontaran tahi bintang di langit

4)Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

Kedua: Hadith riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.

Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:

5)Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi

Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dogengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam Agama yang diturunkan oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah RasulNya SAW.

***


Sentiasa Memikirkan Orang Lain Sedangkan Orang Lain Tidak Peduli Tentang Kita.

Sentiasa memikirkan orang lain sedangkan orang lain tidak peduli tentang kita?
Pernahkah anda rasa sebegini dalam hidup anda?
Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah.
Mungkin ada yang kerap kali dan mungkin ada yang jarang sekali mengalaminya.
Apa yang anda rasa?
Sakit hati atau ah, biarkan sahaja?

Perkara ini mungkin sering berlaku pada diri anda.
Anda sentiasa memikirkan orang lain, sedangkan orang lain tidak pernah mempedulikan kita.
Contohnya, kalau kita masak, kita masak untuk dia sekali walaupun dalam keadaan kita penat dan tidak bermaya semata-mata menjaga ukhwah yang dibina.
Tetapi, sebaliknya bagi dia. Kalau masak, hanya untuk diri sendiri dan kadang-kala untuk kita sekali kerana rasa ingin membalas jasa.



Bagaimana ingin menangani perasaan sebegini?
IKHLASKAN HATIMU.
Ikhlaskan segala apa yang kamu lakukan terhadapnya.
Ingatlah, balasan Allah itu lebih besar.

Mudah benar kamu bilang ingin ikhlaskan hati.
Tapi, mahu ikhlaskan hati itu bukan gampang.
Ya iyalah, emangnya gitu.
Tapi, apa salahnya kita perlahan-lahan ikhlaskan hati kita.
Adakah benar jika kita lakukan sesuatu itu kerana ingin balasan orang lain?
Kalau gitu, enggak payah. Itu namanya nggak ikhlas.
Kita lihat hadis ini;

Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Sesungguhnya tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta.

2. Orang yang berhati ikhlas bermakna bahawa ia tidak mempunyai perasaan tamak. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya termasuk sedekah, sama ada dengan mengungkit atau menyebut-nyebut perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang menerima kebajikannya itu.

3. Allah berfirman yang maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi)... (al-Baqarah: 264)

4. Menolak permintaan peminta-peminta sedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka adalah lebih utama daripada sedekah pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.

5. Meminta-minta pada orang lain adalah perbuatan yang tidak digalakkan di dalam Islam. Malah ia boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia supaya berusaha dan berkerja dengan disediakan berbagai lapangan pencarian rezaki yang halal di muka bumi ini. Setiap manusia berhak ke atasnya asalkan dia berusaha dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada padanya tanpa perlu menagih simpati daripada sesiapapun.

Nah, kamu lagi mahu pahalanya ditolak sebab perasaan kamu yang nggak ikhlas dan merasa inginkan balasan?
Mesti nggak mahu, bukan.
Jadi, perlahan-lahan ikhlaskan hatimu.
Balasan Allah lebih besar dan lebih baik.

Kamu juga boleh ke sini, untuk baca mengenai ikhlas.

Itulah kehidupan. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Lakukanlah sesuatu itu kerana Allah. ;)

Itu sahaja.
Wassalam~

No comments:

Post a Comment