Nuffnang Ads

Thursday, February 17, 2011

Luahan Hati Daripada Seorang Insan yang Masih Butuhkan Ilmu.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sudah semakin pulih. Mungkin.
Kakinya sudah mampu untuk duduk antara dua sujud, tetapi selepas itu alami sedikit kesakitan.

Hormat orang lain.
Itu adalah salah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan setiap individu.
Tetapi ramai orang yang mengambil ringan perkara ini.
Mereka hanya pentingkan diri sendiri.
Duduk berbual di belakang sedangkan ada yang bercakap di hadapan.
Sopankah begitu?
Adakah itu dipanggil menghormati orang lain.

Ilmu.
Wajib untuk dituntut bagi setiap insan yang berpijak di bumi yang nyata ini.
Salahkah bilamana ilmu yang kita dengari atau dapati itu berulang-ulang kali?
Adakah pada kali pertama ilmu yang sama itu disampaikan sahaja yang kita dengari?



Diam.

Terjemah hadits:
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)


Untuk mendapat kesempurnaan iman, termasuk juga perkataan yang baik dan diam dari selainnya.
Malahan, pembicaraan yang berlebih-lebihan dapat menyebabkan kehancuran, sedangkan menjaga pembicaraan merupakan jalan keselamatan.
Islam sangat menjaga agar seorang muslim berbicara apa yang bermanfaat dan mencegah perkataan yang diharamkan dalam setiap kondisi.

Pembentangan.
Tugas yang wajib bagi seseorang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi laksanakan.
Buat yang termampu dan terbaik pabila sudah berada di hadapan.
Pembentangan yang terbaik perlu mempunyai masa yang mencukupi.
Adilkah bilamana kumpulan A diberi masa selama 15 minit, manakala kumpulan B diberi masa selama 45 minit?
Bagaimana pula dengan kualiti penyampaian yang disampaikan?
Kumpulan A, terkejar-kejar masa untuk habiskan dan terpaksa untuk memendekkan segalanya.
Kumpulan B, dapat menyampaikan ilmu dengan terang-terangan tanpa mengejar masa.

Adilkah pabila kumpulan A dan B bentang, tetapi semua buat kerja sendiri walaupun sudah mohon perhatian dan kerjasama daripada semua?
Kasihan dan sakit hati pabila melihat rakan-rakan yang membuat pem bentangan tetapi tidak diendahkan.
Adakah kita sudah terlalu bijak sehinggakan kita sudah tidak perlu menumpukan perhatian ketika pembentangan diberikan?

Ya, Syaza tahu dunia Universiti.
Semua sudah besar dan punya akal untuk berfikir sendiri.
Tapi, kamu mesti pernah belajar moral dan Pendidikan Islam, bukan?

Menghormati orang lain itu perlu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Walaupun pembentangan yang diberikan agak bosan dan tiada suntikan, salahkah kita untuk diam dan melihat rakan-rakan kita membuat pembentangan?
Susah sangatkah?
Walaupun sudah banyak kali amaran senyap diberikan, tetapi hasilnya TIADA.

Bagi peluang pada kami yang masih butuhkan ilmu.
Bagi peluang pada kami yang masih ingin mendengar pembentangan dari rakan-rakan.
Bagi peluang pada kami yang ingin menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Tolong, bagi peluang pada kami!
Kami mungkin tidak secerdik kamu pabila tanpa mendengar dan menumpukan perhatian terhadap pembentangan rakan, sekali gus kami menjadi pintar.
Tidak, kami tidak sebegitu.



Kami menjejakkan kaki di dunia universiti ini adalah untuk menimba ilmu pengetahuan hanya kerana Allah.
Jadi, tolong bagi peluang pada kami untuk menimba ilmu dengan baik di sini.
Kami tidak mahu mendengar perbualan kamu yang mengganggu konsentrasi kami untuk belajar.
Kami tidak mahu mendengar perbualan kamu yang tiada isi yang bermanfaat dan penuh dengan gelak ketawa.

Aku tidak larang untuk kamu berbual.
Tetapi, bukan dengan suara yang sehinggakan semua orang boleh dengar.
Perlahankan nada suara kamu.
Kalau susah, diam sahaja.
Kerja paling mudah, bukan?

Maaf kalau ada yang terasa.
Jika kita menghormati orang lain, maka orang lain juga akan menghormati kita. ;)

p/s: Salah akukah bilamana aku menasihati rakanku supaya tidak lakukan kesalahan yang sama? Tetapi kenapa aku dapat feedback yang sebaliknya dari dia? -_-" Ya Allah, bantulah aku. Apa yang perlu aku lakukan?

Wassalam~

No comments:

Post a Comment