Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan roh dan jasad kepada kita.
Masih mampu untuk menghirup udara yang bersih.
Masih mampu untuk melayari kehidupan seharian yang penuh dengan suka dan duka untuk mencipta ceritera hidup.
Nafas berat kulepaskan.
Langkah demi langkah kuatur untuk terus maju ke hadapan.
Kadang-kala toleh ke belakang untuk perbaiki kesilapan supaya tidak mengulanginya lagi.
Namun, kadang-kala juga semakin cuba melarikan diri daripada kesilapan, semakin hampir ia datang. Pernah juga terjadi walau dalam keadaan berhati-hati.
Semuanya kehendak Allah.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Susah, senang, semua orang pernah lalui.
Gembira, sedih, semua pernah alami.
Sihat, sakit, semua pernah rasai.
Jatuh dan bangun kembali, tidak semua yang berani untuk hadapi.
Ya, kekuatan itu terletak pada hati.
Hati itu terletak pada diri.
Semuanya terletak kepada anda untuk teruskan perjalanan ini ataupun mahu berhenti di sini.
Tepuk dada, tanya iman.
Kenapa anda masih di sini?
Kerana anda tidak kenal erti kalah dalam menempuhi liku-liku kehidupan.
Anda masih kata YA, walaupun jalan yang anda pilih penuh dengan ranjau dan dugaan.
Jangan pernah berputus asa.
Jangan pernah kalah dalam menghadapi ceritera kehidupan.
Sesungguhnya hidup ini indah.
Bagaimana?
Hayati dan renungilah dalam setiap langkah yang kita jejaki.
Pengalaman.
Pengalaman membuatkan kita lebih matang.
Pengalaman membolehkan kita mengenal erti kehidupan.
Pengalaman boleh membuatkan kita ketawa, menangis dan pelbagai perasaan lagi.
Setiap manusia mempunyai pengalaman masing-masing.
Dan tidak semestinya pengalaman yang kita alami, akan dialami oleh orang lain.
Itu mahalnya pengalaman.
Allah beri kita peluang untuk menikmati dunia.
Tetapi jangan sampai alpa akanNya. ;)
Maafkan aku, jika kamu pernah melihat wajahku yang suram.
Maafkan aku, jika aku menolak pelawaanmu.
Maafkan aku, jika aku menyinggung perasaanmu walau aku tidak berkata apa-apa.
Maafkan aku, jika aku diam dan tidak mampu untuk membalas kata-katamu.
Maafkan aku, jika kamu lihat air mataku bergenang.
Maafkan aku, aku tidak mampu melepaskan depan kamu.
Maafkan aku.
Aku mahu kau tahu, aku insan yang lemah.
Selemah-lemahnya di hadapan Pencipta.
Aku rasa diri terlalu hina pabila lupa akan ayatNya.
Aku rasa diri terlalu jauh dariNya.
Aku rasa Dia tinggalkan aku untuk sementara.
Aku tidak pinta semua itu.
Aku tidak mahu ia terjadi.
Aku sujud dihadapanNya untuk memohon kembali cintaNya.
Aku tadah telapak tanganku, supaya Dia tidak lagi meninggalkan.
Aku tidak sanggup hidup tanpa Dia.
Aku tidak kuat lagi, jika Dia tiada di sisiku.
Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku lagi.
Ampunilah aku, jika aku pernah alpa akanMu.
Ampunkanlah dosaku, ya Allah.
Maafkan aku, jika aku terpaksa lari darimu untuk menyembunyikan perasaan aku pada Dia.
Maafkan aku, jika aku ini insan yang cuba perbaiki diri setiap masa.
Maafkan aku, jika itu menyusahkanmu kerana terpaksa melihat aku yang berpura-pura.
Maafkan aku.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment