Nuffnang Ads

Saturday, July 3, 2010

Doakan Pemergianku - Semoga Baik-baik Sahaja

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Terkejut Syaza boleh hantar sesuatu di blog ini.
Oh, tadi penerbanganku dibatalkan. He~
Eh, tidak.
Sekarang ni, aku sedang berada di tempat duduk kapal terbang. Pramugari sedang lalu lalang. He~
Aku bayangkan sahaja.
Syaza sudah setkan masa dan tarikhnya supaya kamu tidak rindukan Syaza. He~ Perasan.
Lagipula, aku buatkan entri ni khas untuk adikku, Khairah Nazurah. :)

Malaysia airline Pictures, Images and Photos


Dia tidak dapat menghantarku ke lapangan terbang.
Mahu tahu sebabnya?
Sila baca di entri ini ya.

Adikku, aku akan merinduimu! ;)
Jangan menangis atas pemergianku.
Be happy ek.
Nanti Kak Ajja bawa Abby jalan-jalan pergi Tanjong Malim ek. He~

Kuala Lumpur, Perak, I'm coming!
Aku ditemani Kak Long yang duduk di sisiku.
Kak Long juga akan menghantarku untuk pendaftaran pada esok hari. ;)

Aku merindui keluarga. Hu~
Ajja sayang semua!

Wassalam~

4 comments:

  1. ALHAMDULILLAH...adikku ini sudah mengorak langkah untuk meneruskan pembelajarannya diUPSI...

    tiada apa yg dapat diberi sekadar titipan doa ikhlas untuk syaza...agar segalanya dalam barakah...^_^

    maaf lama tak komen...huhu dan nak ucap terima kasih tak terhingga sebab sudi bagi cenderahati...dan sekarang saya sedang pakai baju yg syaza bagi nih...hari pertama sesi baru...hehehe promote negeri dibawah bayu kat member sat...

    selamat berjuang^_^

    ReplyDelete
  2. kak zati: insyaAllah kak.
    abby: he~
    abg K.K.K: alhamdulillah bang. sama2. no problem la. he~ wah, bangga kejap. :)

    ReplyDelete