Nuffnang Ads

Tuesday, July 13, 2010

Coretan Hati Buat Yang Menunggu - Perpustakaan UPSI Memang Best!

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Ini coretan Syaza yang tertunggak.

3 Julai 2010, 1.45 petang.

Alhamdulillah aku selamat sampai di KLIA. Terima kasih atas doa kalian.
Penerbangan kali ini amat memenatkan aku. Aku bangun pada jam 4.30 pagi kerana perutku yang meragam.
Sekarang ini, aku sudah merindui keluarga. Menunggu waktu pendaftaran pada 4 Julai 2010 adalah satu perkara yang mendebarkan.
Kini aku berdikari sendiri.
Lambaian terakhir daripada keluarga tercinta memang akan kuingati.
Senyuman terukir dibibir walau Allah sahaja yang tahu perasaan aku bagaimana.
Aku hanya melaporkan apa yang terjadi sebelum ini.
Ah, sememangnya aku merindui keluarga.
Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya hambaMu ini lemah.


Sepanjang Orentasi : 5 Julai 2010 - 7 Julai 2010

Kelopak mataku sudah mula mahu menutupi mata. Kengantukan yang teramat melanda diri.
Seawal 4.30 pagi aku sudah membangunkan diri walaupun diri ini terasa lemah dan lesu.
Kepenatan semalam masih lagi terasa.
Eh, bukan semalam tetapi seminggu sudah aku tidak selesa untuk tidur.

stitch sleepy Pictures, Images and Photos


Aku sememangnya rindukan keluarga.
Aku balut kerinduan itu dengan menelefon mereka supaya mereka tahu keadaan dan aku juga melaporkan setiap perkara.
Kini aku di dewan Auditorium untuk mendengar taklimat dan aku menjangkakan ia amat membosankan.
Aku harap ia tidak terjadi.
Buat masa ini sesi minggu suai kenal (MSK) masih lagi suam-suam kuku. Tidak punya banyak aktiviti cuma taklimat dan hari ini adalah hari kedua aku berorentasi.
Orentasiku bermula 4 Julai sehingga 8 Julai.
Aduhai taklimat ini amat membosankan. Teramat bosan. Sehingga aku terlelap seketika. Mataku sudah tidak mampu menahan untuk dipaksa terus celik. Sudah cukup bagiku untuk lelap walaupun sesaat.


Orentasiku memang sempoi. Abang-abang dan kakak-kakak fasi memang best! Senang cakap, UPSI memang sempoi arr.
Pada malam Rabu, kami ada Malam Citra Budaya.
Malam ini seperti malam kebudayaan. Pada malam itu, suasananya amat meriah. Ada di antara kami yang menonjolkan bakat mereka tersendiri.
Aku? Jangan pernah kamu mimpi. He~


Malam terakhir berorentasi, kami berkumpul di padang UPSI. Ini yang dapat aku hasilkan.

Malam yang sunyi,
Aku duduk di bawah cahaya lampu neon,
Putih.
Berseri.
Wajah disinari cahaya lampunya.
Wajah yang sawo matang bertukar warna.
Senyum.
Duduk di atas permukaan rumput yang dialaskan dengan kanvas membuatkan nafas aku sesak.
Bukan asma ya.
Kuantiti kaum hawa terlalu ramai.
Terlampau banyak barisan.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi,
Aku terima dengan tangan terbuka.
Suka.
Aku seperti di bawah nur putih.
Senyum.
Suci.
Aduhai, taklimat dan ucapan yang panjang membuatkan aku mahu tidur.
Ngantuk.
Tak suka.
Aku tidak duduk bersimpuh mahupun bersila.
Aku mengangkat kaki kanan untuk memberi sokongan menulis.
Tidak sopan?
Kamu lambat.
Aku sudah lakukannya.
Ya Allah, ngantuknya.


Istimewa Tanjong Malim.

Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Ianya cuma sebuah pekan. Bestlah juga. Oh, ya aku lupa untuk ceritakan kamu tentang tempat tinggalku.
Aku tinggal di Kolej Ungku Omar (K.U.O)
Ianya amat selesa kerana ia seperti sebuah apartmen dan aku tinggal di sebuah rumah. He~
Seperti punya rumah sendiri. Ya, aku suka di situ.

asdasd Pictures, Images and Photos
Ini hanya gambar hiasan tetapi rupanya lebih kurang sama.

Aku perlu menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak UPSI sendiri untuk ke Kampus UPSI.
Untuk menaiki bas, tidak ada erti sopan santun. He~
Sememangnya para bakal guru ini berebut untuk ke kelas. Termasuk aku. Bersemangat sangat. He~

Hari Pertama Kuliah.

Subjek pertama aku adalah Kokurikulum tetapi pensyarah tidak hadir. Penat aku menunggu di padang dari jam 8-10 pagi.
Subjek kedua aku adalah Falsafah, Teori dan Dasar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK). Nampaknya pensyarah kami agak sempoi. Aku suka ya.
Namanya Puan Fairuz Ain. ;)
Puan, kasi markah lebih ya nanti. He~

Hari Kedua Kuliah

Subjek pertama Kokurikulum tetapi pensyarah masih tidak masuk kelas.
Subjek kedua, pensyarah tidak dapat masuk dan dia suruh ke perpustakaan dan hasilnya adalah ini. ;)
Online lah apa lagi. Lama sudah tidak tinggalkan kesan. He~
Apa-apa pun perpustakaan UPSI memang best arr. ;)

..................................................................................

Terima kasih kepada sudi yang menunggu Syaza ya. Rindukan Syaza tak? He~
Kepada keluarga, ciuman layang aku berikan buat kamu. ;)
flying kiss Pictures, Images and Photos


Buat kalian, terima kasih kerana sudi membaca. InsyaAllah, kalau punya masa Syaza update lagi ya. Sekarang ini sedang tunggu wireless sampai ke laptop Syaza. ;) Tidak dijamin bila.
BUat masa ni, Alhamdulillah Syaza di negeri Perak ni baik-baik sahaja. Lagi-lagi di UPSI. Jangan risau ya.

Ok. Itu sahaja buat kali ni.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment