&
Salam 1 Malaysia,Salam Ramadhan!
Alhamdulillah bersua lg kita utk lembaran kali ini.Utk kali nie,terdetik di hati kecilku utk menulis sajak tntg perkara yg ade kat dlm sajak 2...(tgk kat bawah ek) Sbb ade 1 mesyuarat yg sy sertai,menimbulkan perkara nie.Ni hasilnya:
Nasihat Untuk Sahabat
Asal kita berbeza,
Bangsa dan kaum berlainan juga,
Namun,
Kita berpegang dengan agama yang sama,
Percaya pada Allah yang Esa,
Berdiri dengan kalimah syahadah,
Yang menjadi tonggak pegangan kita bersama.
Dakwah adlah misi kita,
Berjuang adalah pergerakan kita,
Al-Quran dan sunnah adalah petunjuk kita,
Berjuang kerana Allah adalah niat kita.
Biar politik kita berbeza,
Biar gerakan kita lain caranya,
Asalkan,
Niat kita adalah sama,
Sebar Islam demi Allah yang tercinta,
Dan…
Hasilnya mesti baik punya,
Kerana kita berpegang dengan kitab yang sama.
Walau di mana kita berada,
Akhlak dan akal mesti dijaga dan diguna,
Bukan lakukan rusuhan di sini sana,
Beri contoh kepada semua,
Supaya Islam tersebar di serata dunia.
Katanya,
Kita saudara,
Kita keluarga,
Kalau begitu ceritanya,
Jangan ada benci-membenci sesame kita,
Jangan menjadikan politik adalah benteng di antara kita,
Bagaimana Islam hendak tersebar,
Kalau kita pentingkan diri sendiri sahaja?
Kita usaha semampunya,
Demi menyebarkan agama yang diredhai olehNya,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
Maka perebetulkan niat kita yang sedia ada,
Salam satu keluarga buat semua,
Muga keputusan kita adalah yang terbaik untuk semua,
Dan…
Dirahmati olehNya.
Nukilan:Syaza Syafeeqah Bt Mohammad Khasnan
Wassalam...
Salam ziarah syaza.Syukran atas nukilan yang indah, bait2 yang terbit dari hati yang luhur dan suci,alhamdulillah,smg terus istiqamah di jalanNya ya...walau siapapun kita, kita adalah hamba ALLAH yang mesti patuh dan akur pada ketentuan dari Nya..akak faham fikiran adik melalui sajak tersebut dan akak hormati pendapat adik..maafkan akak atas keterlanjuran akak dalam berbicara kerana akak pun insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Terima kasih atas teguran dan mohon untuk terus membantu serta bersama-sama memperjuangkan ISLAM sebagai cara hidup dan pegangan hidup kita, insya ALLAH. ISLAM UNTUK SEMUA dan SESUAI SEPANJANG ZAMAN WALAU DI MANA KITA BERADA.. Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH dan ISLAM TERCINTA..salam ukhuwah fillah abadan abada,insya ALLAH..
ReplyDelete* Surah Adz-Zariyat:56
* Surah Ali-Imran:19
* Surah Ar-Rum: 30
dan banyak lagi dalam Al-Quran, kajilah ya..
wallahu 'alam..
wslm kak...
ReplyDeleteafwan...Maaf ye kak klu ade yg t'kasar bahasa...
akk x slh ape pun...
akk buat sume 2,demi Islam...
syukran ye kak kerana faham syaza mcm mne...