Nuffnang Ads

Sunday, August 23, 2009

Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Alhamdulillah,bertemu lagi kite dlm lembaran yg seterusnya.Apa khabar iman pd hari ke-3 puasa nie? InsyaAllah,iman kite b'tmbh atas amalan2 yg kite lakukan & mudah-mudahan amalan kite diterima serta dirahmati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah!
Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat & rezeki yg diberikan olehNya.Alhamdulillah atas pemberian iman & Islam kpd diriku.

Pada 3 Ramadhan 1430H nie,terdetik di hati ingin menulis tntg amalan-amalan di bulan Ramadhan al-Mubarak nie.Terngiang-ngiang di telinga lagu Diari Ramadhan Rafique yg hangat di kaca2 tv pd Ramadhan 1428H & 1429H. Rasa kangen di hati untuk memainkan lagu e2 di corong2 speaker anda! ( Maaf klu penulisan sy utk kali ini agak 'skema' ayatnya)

Dari Abu Hurairah , ia berkata, Rasulullah memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.


Amalan2 yg dianjurkan dlm bulan Ramadhan nie antaranya:


1. Puasa : Dah nama pun bulan Ramadhan adlh bulan manusia.Jd adlh kewajiban utk kite, hamba Allah berpuasa ke atasnya.Puasa juga merupakan rukun Islam yg ke-3.

Firman Allah :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)


Rasulullah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu." Muttafaqun 'alaih.


2. Membaca al-Quran : Membaca al-quran sgt digalakkan dlm bulan yg mulia ini.Lg pun inilah kesempatan kita utk mengumpul sbyk mana pahala yg boleh.


Rasulullah bersabda:

اِقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.
"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (yaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). HR. Muslim.
Dan membaca al-Qur`an lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, karena pada bulan itulah diturunkan al-Qur`an.


Firman Allah :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS: al-Baqarah:185)


Rasulullah selalu memperbanyak membaca al-Qur`an di hari-hari Ramadhan, seperti diceritakan dalam hadits 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata:

وَلاَ أَعْلَمُ نَبِيَّ الله ِقَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِى لَيْلَةٍ, وَلاَ قَامَ لَيْلَةً حَتَّى يُصْبِحَ وَلاَ صَامَ شَهْرًا كَامِلاً غَيْرَ رَمَضَانَ
"Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah membaca al-Qur`an semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan." HR. Ahmad.

Dalam hadits Ibnu Abbas yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahwa Rasulullah melakukan tadarus al-Qur`an bersama Jibril di setiap bulan Ramadhan.


3. Menghidupkan malam2 bulan Ramadhan dgn solat Tarawih berjemaah : Istimewanya Ramadhan nie ialah pd bulan ini sahaja ada solat Tarawih.Bulan lain mane ade kan...


4. Menghidupkan malam Lailatul Qadar : Malam inilah yg kita nnt2kn kerana mlm Lalilatul Qadar adlh malam yg lebih baik drp 1000 bulan. Semua muslim mengejar mlm nie.Utk menghidupkan lagi mlm Lailatul Qadar,perbanyakkan solat,zikir,baca Al-Quran,berdoa & berselawat.


5. Iktikaf di malam Lailatul Qadar


6. Memperbanyak sedekah


7. Melaksanakan umrah : Salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang berbunyi:

عُمْرَةٌ فِى رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً
"Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji."

No comments:

Post a Comment