Nuffnang Ads

Thursday, August 27, 2015

Kalau Kena Denda dengan Cikgu.

Assalamualaikum.

Siapa pernah kena denda kat sekolah?
Hah...
Budak-yang-baik macam saya ni (konon), pun pernah kena denda tau.

Macam-maca dah kena.
Kalau kena denda, cikgu ni tak lain tak bukan mesti salah satu antara perkara ni:

Haha. Yang ni memang pernah kena. 

Aku jenis yang tak boleh jawab soalan. Atau salah jawab pun kena naik gak. Kita ada pendapat sendiri kan? Haha.

Tak payah nak nakal pun kena gak. Aku kena sebab salah jawab soalan cikgu. Subjek muzik masa sekolah rendah kat Johor. Haha. Sampai bunyi loceng balik pun aku masih atas meja.


Alhamdulillah tak pernah kena lagi. Haha.

Yang ni aku rasa masa tadika dulu. Suruh tulis 'A' dan 'a' banyak kali. Tu pun denda ke? Haha

Kalau yang ni masa sekolah menengah, setiap pagi memang satu kewajipan untuk sekolah kami kutip sampah keliling sekolah. So, tak ada lah yang kena denda yang ni. Haha. Sebab sekolah memang dah bersih.

Yang ni memang biasa. Aku pernah kena cubit kat perut sampai luka. Subjek muzik masa aku sekolah kat Johor. Aku tahu huruf jawi je, mana aku tahu semibreve, minim, crotchet, quaver, semiquaver tu. Hahaha

Yang ni memang tak pernah terlintas. Haha.


Yang ni masa main jalan itik dikira tak? Pffftttt~

Kerap kali. Haha.

Sekarang pun masih kena masa kelas Taekwondo. Haha.

Aku perempuan dan bertudung, so memang tak pernah. Haha.

Apa pula pengalaman korang pasal kenangan denda masa korang sekolah?
Kadang-kadang ada perasaan geram, kelakar, kan?
Haha.

Ayuh mengimbau masa lalu! Pffftttt~

Wassalam~

Tuesday, August 25, 2015

Dia Dipilih Oleh Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang kita telah ketahui artis Malaysia yang bernama Stacy telah memeluk agama Islam.
Alhamdulillah.
Tiada kata lain yang mampu diucapkan selain syukur ke hadrat Allah. Alhamdulillah.



Allah telah memilih Stacy untuk beragama Islam.
Allah telah memilih Stacy untuk diberikan hidayah kepadanya.
Alhamdulillah.

Dan nama Islam yang telah Stacy pilih ialah Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.
Stacy memeluk agama Islam tanpa paksaan sesiapa pun dan bukannya kerana ingin berkahwin dengan Akim.
Oleh itu, mari kita sama-sama doakan Stacy semoga diberi kebahagiaan hidup, kesejahteraan hidup dan hidupnya dirahmati serta dilindungi Allah. Amin~

Syaza pernah menjadi saksi kepada seorang kawan Syaza yang memeluk agama Islam.
Selepas kawan Syaza mengucap dua kalimah syadah dan telah memeluk agama Islam, perasaan gembira, syukur dan tak tahu nak describe macam mana menyapa hati dan jiwa Syaza.
Air mata rakan-rakan lain tanda gembira tak perlu nak dikata.
Rasa bersyukur dapat saudara baru.

Jadi, sebagai saudara sesama Islam, ayuhlah kita sama-sama membantu Stacy.
Bagi sokongan pada Stacy.

Kita agama Islam.
Agama yang indah.
Agama yang mudah.

Hidayah itu milik Allah.
Dia boleh beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Moga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah. Amin~

Wassalam~

Monday, August 24, 2015

Kadang-kala...

Bismillah...



Kadang-kala aku menghilangkan diri tanpa berita.
Kadang-kala aku berdiam diri tanpa sebarang kata.
Kadang-kala aku bersendiri tanpa semena-mena.

Aku lari jauh semampuku.
Walau ia hanya dalam lamunanku yang tak nyata.

Berhenti saat hujan turun membasahi tubuhku.
Menangis tanpa segan silu.
Kerana tiada siapa yang tahu.

Di saat hujan reda, matahari menemaniku dengan sinarnya.
Aku tidak terus tersenyum.
Aku tunduk dan terus berjalan di sisi manusia.
Sembunyikan mata yang merah dan berair itu.
Seka air ata yang terakhir.

Aku lari tanpa kata.
Aku lari tanpa lihat sini sana.
Aku lari tanpa dengar apa-apa.

Lari terus membawa diri yang lara.
Mungkin.
Lari membawa diri yang tidak tahu puncanya.
Lari tanpa mendapat jawapannya.

Ya,
Kadang-kala ada saat yang kita rasa hati kita seperti tidak kena.
Tidak tahu kenapa dan mengapa.

Penyelesaiannya?
Kau bentang tikar sejadah.
Lakukan solat taubat.
Di situlah jawapannya.
Diri kita, rindu pada Yang Maha Esa.
Dan Dia sebenarnya rindu pada kita.

Allahu rabbi~