Nuffnang Ads

Tuesday, October 26, 2010

Aku Terpaksa Terima Pinanganmu | Peperiksaan Akhir Semester - Dup Dap!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?
Syaza harap semuanya sihat wal'afiat ya. ;)

Aku: Maaf, aku tak nak terima pinangan darimu.
P: Kau terpaksa terima.
Aku: Terpaksa? Kenapa?
P: Untuk masa depanmu, wahai sayangku.
Aku: Kau membuat aku terseksa.
P: Tapi, bukan untuk selamanya. Sekejap sahaja.
Aku: Kau buat aku makin menggila.
P: Maaf, tapi kau kena terima aku juga. Wajib.
Aku: Kalau aku tolak?
P: Kau akan menyesal untuk selamanya.
Aku: Selamanya?
P: Ya. Bukankah itu akan membuatkan kau lagi terseksa?
Aku: Berat hatiku untuk terima.
P: Berat yang mungkin hanya sementara.
Aku: Baiklah, aku terima.
P: Seikhlas hati atau terpaksa?
Aku: Terpaksa.
P: Aku harap kau akan biasa.
Aku: Ya, terpaksa membiasakan diri dengan pinanganmu, walau hati ini tidak mahu.
P: Kau perlu bersedia. Dengan seikhlas hati ya. Supaya setiap perlakuanmu akan diterima olehNya.
Aku: InsyaAllah, aku cuba.



Ya, sekarang aku terpaksa menerima pinangan yang aku sendiri tidak mahu.
Walau aku tolak berapa banyak sekalipun, aku terpaksa terima.
Pinangan ini bukan pinangan yang biasa.
Sememangnya pinangan ini membuat aku sakit kepala. Mungkin.
Pinangan ini menyebabkan aku buka buku, baca satu persatu untuk aku melepasinya dengan berjaya.

Huruf P itu bukan untuk Pian, Philips ataupun Pak Mat. Tetapi ianya untuk peperiksaan. Ha~
Ya, sememangnya kita terpaksa menerima pinangan darinya, bukan? Untuk berjaya.
Walaupun susah kita terpaksa laluinya.
Tiada kata TIDAK kerana ia untuk masa depan kita.
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kita menuntut ilmu kerana apa?
Kerana kita ingin dipandang tinggi orang lain?
Atau kita ingin mendapatkan jodoh yang lebih tarafnya dengan kita?
Atau kita tidak mahu dipandang rendah oleh orang lain?

Mungkin ada yang berpendapat sebegitu.
Tapi Syaza tahu kebanyakan dari anda, menuntut ilmu kerana ingin berjaya dalam hidup di samping bercita-cita untuk mengubah kehidupan keluarga. Betul?
Dan sememangnya kita menuntut ilmu kerana Allah.

Oleh sebab itu, kita terpaksa menerima pinangan itu untuk berjaya dalam hidup, bukan? ;)

***


Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantung semakin berdebar apabila menghampiri musim peperiksaan. Itu normal.
Tidak lama lagi, aku akan menduduki peperiksaan akhir semester.
Begitu juga dengan kamu yang menuntut di IPTA. Semoga berjaya!

Kepada Kak Long, do your best! I'll always pray for you.
Doakan kejayaan Kak Long saya, ya!
Ya, dia sedang menduduki peperiksaan.



Kepada semua yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, semoga berjaya. Syaza sentiasa doakan kamu semua.
Semoga kita mencapai kecerlamangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~
Mudah-mudahan juga kita mendapat Dekan ya. Amin~
Gementar.

Hari ini Syaza bersyukur sangat sebab dapat kiriman daripada keluarga tercinta.
Terima kasih ibu sebab hantar tudung saya. ;)

Wassalam~

Friday, October 22, 2010

"Saya Cintakan Awak, Awak Cintakan Saya Tak?" | Inikah Saudaraku?

Assalamualaikum.

Genki desu ka?
Alhamdulillah, watashiwa genki desu.

Pada minggu depan, banyak kelas yang sudah dibatalkan. Aku hanya kaku, bisu. Aku mahu belajar lagi. He~
Pulang ke Shah Alam dengan beg yang penuh dengan buku dan nota. Ya, itu sesuatu yang wajib untuk mengulang kaji pelajaran di sana.
InsyaAllah dapat belajar bersama kakak sulung yang tercinta. Dia menduduki peperiksaan dan aku mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Mungkin tiga minggu aku di sana. InsyaAllah.

***


Adam: Hawa, kita dah lama kenal. Saya selalu kongsikan masalah dan kegembiraan saya pada awak. Setiap perkara saya laporkan pada awak. Awak perasan semua tu tak?
Hawa: Ya, saya tahu. Saya juga begitu. Selalu kongsikan segalanya pada awak.
Adam: Sebenarnya, saya nak mengaku seuatu pada awak.
Hawa: Mengaku tentang apa?
Adam: Mengaku tentang kita. Saya dah simpan terlalu lama sejak saat perkenalan kita.
Hawa: Tentang kita? Apa dia tu?
Adam: Saya cintakan awak, awak cintakan saya tak?
Hawa: .......
Adam: Hawa, awak masih di sana?
Hawa: Em...
Adam: Awak dengar tak saya cakap apa?
Hawa: Nak awak ulang boleh?
Adam: Perlu bayaran yang mahal.
Hawa: Kenapa?
Adam: Kerana ia adalah luahan perasaan saya yang terlalu mahal harganya.
Hawa: Kenapa saya?
Adam: Kerana awak istimewa.
Hawa: Kenapa saya yang istimewa?
Adam: Kerana awak terlalu istimewa. Saya dah anggap awak sebahagian daripada diri saya. Setiap masalah, saya mengadu pada awak. Setiap kegembiraan, saya cerita pada awak. Awak menjadi pendengar yang setia. Saya suka. Awak terima saya?
Hawa: Ya, saya dah lama terima awak.
Adam: Betul ke ni?
Hawa: Ya, betul. Terima awak sebagai kawan. Itu dah lama saya jalinkan.
Adam: Saya nak lebih dari itu.
Hawa: Saya tak sanggup.
Adam: Kenapa?
Hawa: Saya tak sanggup melawan fitrah Allah. Jika awak ingin bersama saya, sarungkan cincin nikah di jari manis saya secepat mungkin. Kita akan bersama sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
Adam: Tapi kita masih belajar.
Hawa: Jadi, simpan sahaja perasaan awak dahulu. Luahkannya di lain masa.
Adam: Saya akan sakit bila simpan lama-lama.
Hawa: Kalau dah tak sanggup, buang sahaja.
Adam: Hawa, saya terlalu cintakan awak.
Hawa: Awak dah tahu jawapan saya.
Adam: Saya akan tunggu awak. Itu janji saya.
Hawa: ......


Luahan perasaan boleh buat aku menggila. Lebih baik simpan dari meluahkan.


"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra' : 32)


Perkataan janji amat menggerunkan pada diriku kerana aku seseorang yang menepati janji. Walaupun kadangkala atiada ungkapan janji, aku tetap laksanakan.

Ada apa pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?
Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang.
Sememangnya, bukan pada semua lelaki.

Perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Wahai Hawa, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata Adam. Jangan terlalu jual murah. Biar orang kata kita jual mahal.
Asalkan kita dapat cinta yang paling mahal iaitu cinta Sang Pencipta.

Beranikan diri untuk kata TIDAK. Biar hati kita sakit, tapi ingat janji Allah buat kita. Jika ada jodoh kita bersama si dia, maka adalah. Doakan sahaja. InsyaAllah.

"Sungguh, jika kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada kamu menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu."
(At-Tabrani dan al-Baihaqi)


Macam mana nak jadi kuat, jika hati selalu terseksa?
Allah sentiasa dengan kita. Mengadu padanya. Kita ada keluarga, luahan perasaan boleh dilepaskan kepada mereka. ;)

***


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza siapkan Bab 8. Maaf lambat. Banyak tugasan yang perlu disiapkan dan selepas ini perlu menyiapkan diri untuk berhadapan dengan peperiksaan.
Doakan Syaza untuk mendapatkan Dekan. InsyaAllah, amin~

Inikah Saudaraku Bab 8

p/s: Cerita di atas tiada kena mengena dengan diri Syaza. Syaza lebih suka pendam daripada meluahkan. ;)

Wassalam~

Thursday, October 21, 2010

Duhai Masa, Aku Kasihan Padamu...

Assalamualaikum.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi Syaza mencoretkan sesuatu. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk aku berkongsi sesuatu buat pembaca. ;)

Duhai masa, aku kasihan padamu. Kenapa ada lagi manusia yang suka membazirkan kamu begitu sahaja?
Ada yang terasa? Maaf.
Bukan nak mengata, cuma nak suruh kamu rasa apa yang orang yang menghargai masa ni rasa.

A: B, petang ni main bola jaring nak? Kat padang. Pukul 5 petang.
B: Pukul 5? InsyaAllah, boleh.
A: Okay. Pukul 5 ek.
B: InsyaAllah.

Jam menunjukkan pukul 5 petang.

B: (Menunggu di padang)

Jam bergerak ke pukul 5.35 petang.

B: (Menaip sesuatu di telefon bimbit) A, turun padang tak? Kita dah kat padang ni.
A: Dia orang kata pukul 5.30 petang.
B: Em... (Masih sabar menunggu ketibaan A dan rakan-rakannya)

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.

A: B, maaf lambat.
B: Em...
A: Kita tunggu yang lain lagi.
B: Okay.
A: Kasihan B dah tunggu 1 jam.
B: Tahu tak apa.

Seorang demi seorang hadir sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang. Katanya, ada ramai juga yang ingin menyertai, tapi yang hadir hanya 5 orang termasuk diri A dan B.


Apa pendapat anda dengan situasi di atas?
Apa yang anda lakukan?
Apa yang tersirat di hati anda? Marah, menyampah atau suka?

Masa dibazirkan begitu sahaja.
Janji pukul 5, tetapi menghadirkan diri pukul 6. Kamu punya pengurusan masa atau tidak ya?

Ya, insan yang mengenal diriku tahu aku bagaimana.
Kalau aku lambat sampai, aku akan beritahu awal-awal.
Orang yang bekerja denganku perlu be on time.
Perkara paling aku benci adalah menunggu orang kerana aku orang yang menghargai masa.
Setiap saat amat bermakna.

Mungkin kalau lewat 5 minit, aku boleh terima.
Kalau lebih dari itu tanpa sebab dan berikan alasan, aku tidak suka. Aku jujur di sini ya.

Aku sayangkan setiap saat yang berdetik.
Aku suka akan manusia yang tepat pada masa.

Mungkin manusia yang selalu lambat, tidak tahu ke mana hilang masanya.



Jamnya terlalu kecil, selalu hilang ke sini sana.

Nabi SAW sendiri pernah bersabda tentang MASA : "Ingat 5 Sebelum 5, Tua sebelum muda, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati..

Firman Allah dan Sabda Nabi jelas menunjukkan bahawa MASA amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kalau kamu tahu kamu selalu lewat 30 minit, maka janji dengan aku pukul 6 supaya aku tidak menunggu.
Aku sudah puas menunggu.
Setiap perjumpaan atau perjanjian yang dilakukan, aku perlu tunggu orang.

Kenapa perlu bazirkan masa begitu sahaja?

Dalam kehidupan seharian kita perlulah menguruskan MASA supaya tidak disia-siakan. MASA untuk Allah, manusia dan kerja.

Aku rasa, kamu perlu menghadiri Bengkel Pengurusan Masa.
Ya, mungkin bengkel ini sepatutnya ada.

Syaza hanya nak ingatkan kamu semua, jangan bazirkan masa dengan perkara sia-sia.
Jangan buang masa begitu sahaja.
Jadilah insan yang sentiasa menepati masa supaya anda sentiasa dihargai.

Wassalam~