Nuffnang Ads

Thursday, September 2, 2010

Kelas Terakhir Sudah Kuhadiri | Maaf Untuk Semua, Jangan Lupa Kuih Raya Buat Aku Ya!

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Moga sihat-sihat sahaja ya.
Prestasi iman?
Muhassabah diri ya.

Luka semalam beransur pulih, tetapi masih punya calarnya.
Masih rasa kesakitan itu.
Ada yang nak tolong ubatkan hati yang luka?

Alhamdulillah, kelas terakhir sebelum cuti raya sudah aku hadiri.
Agak seronok kelas hari ni.
Tidak ramai orang yang hadir. Ha~
Aku suka.
Kebanyakannya sudah cuti, balik kampung.
Agak bersemangat ya.
Tolong buat kuih dan jahit baju raya agaknya. He~

Masa naik bas ke Taman Bernam untuk ke kelas, berbual dengan rakan yang sama negeri menetap - Sabah.
Berbual tentang kejadian semalam.
Dia masih tidak berpuas hati dengan kata-kata hamba Allah itu.
Aku juga rasa perasaan yang sama.

Langkah masuk sahaja ke dalam kelas, sudah ada yang menyapa.
Aku senyum.
Cuba beri kekuatan pada diri.
Berbual tentang perkara yang sama.
Kata-kata yang dilontarkan memang memberi impak yang besar kepada penduduk Sabah ya.

Berhenti di sini sahaja cerita tentang ini.
Aku tidak mahu ingat.
Lupakan.
Tinggalkan di belakang.

Aku masih menghitung detik demi detik untuk pulang ke Shah Alam.
Esok waktunya.
Masih belum kemas baju dan barang-barang yang ingin dibawa.
Mungkin petang ini baru dikemas. InsyaAllah.
Paling lewat pun, mungkin malam ni. Lepas solat tarawih.

Sekarang ni, sedang menunggu waktu Zohor.
Diri ini kebosanan, tidak tahu mahu buat apa. Tiada idea.
Lepas ini, rasanya ingin melelapkan diri sebentar.
Penat, menahan tangisan.
Menangis, jerit, luka, semua dalam hati.
Penat.
Senyap.

quiet Pictures, Images and Photos


Tadi, selepas habis kelas, terus ke bilik pensyarah - menghantar tugasan kumpulan.
Selepas bersalaman, rasa rindu pada ibu tiba-tiba memuncak.
Meminta kebenaran untuk memeluk puan pensyarah.
Ya, aku sudah anggap dia seperti ibuku juga.

Terubat sedikit rindu pada pelukan ibu.
Sedikit sahaja.
Teramat sedikit.
Apa-apa pun, Terima Kasih, Puan. ;)

Aduhai, lambatnya waktu berjalan.
Aku sudah tidak sabar berjumpa dengan kakak kesayangan.

Masih ada tugasan yang belum disiapkan.
Aku fikir, mahu siapkan ketika berada di rumah Kak Long. :)

Syaza ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada rakan-rakan sekelas sekiranya Syaza pernah terkasar bahasa, terlanjur bicara sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Nanti kalau dah balik kampung tu, jangan tak balik UPSI pula.
Kuih raya buat saya jangan lupa ek! ;)

Kepada Kumpulan Bintang Hati KAZ1053, kamu kena bawa kuih banyak sikit. He~ Khas untuk Syaza tau.

Sampai di sini sahaja.

Wassalam~

Wednesday, September 1, 2010

Aku Tinggal Di Sabah. Aku Tidak Pulang, Sayang. Jaga Mulut, Boleh?

Assalamualaikum semua.

Wah, agak rajin ya saya menulis hari ini. Ha~
Alhamdulillah, Allah masih beri saya kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Hari ni, tahap kesabarnku dicabar sekali lagi.
Ada seorang hamba Allah yang berani pula bersuara, yang membuatkan saya terasa dan terluka.
Bukan saya sahaja, ada beberapa lagi rakan saya.

Semasa kelas KAS1043 (Perkembangan Kanak-kanak dari Perspektif Fisiologi) inilah kesabaranku tercabar.
Walaupun hanya dengan sebaris ayat.
Bila kata itu dikeluarkan dengan selamba, ia agak menyakitkan.

Sekali lagi, pensyarah sentuh tentang balik kampung. Kini, aku sudah kumpul kekuatan untuk menerima soalan itu.

Pensyarah: Orang yang tinggal Sabah dan Sarawak ni tak balik ke?
(Sambil melihat ke arahku)
Aku dan rakanku: (Menggelengkan kepala. Tiada kata)
Pensyarah: Tak balik?

Tiba-tiba... Suara dari kerusi atas kedengaran.

D: Alah, budak Sabah dan Sarawak tak payah balik. Dia orang mana puasa.

Aku langsung menoleh tajam ke arahnya. Aku tahu dia tidak perasan.
Sakit. Perit. Aku telan.

Pensyarah: Cuti Sem tak balik? (Sambil melihat ke arahku)
Aku: (Menggeleng)
Pensyarah: Cuti sem?
Aku: (Mengangguk)

Tidak mampu untuk bersuara.

Sayang, walaupun aku asal dari Johor, tetapi kini aku menetap di Sabah.
Aku punya hati. Jika aku punya hati, semestinya aku punya perasaan, bukan?
Kamu tidak punya hati ya?
Tidak memikirkan perasaan orang lain.
Main cakap lepas sahaja.

Untuk pengetahuan D, di Sabah dan Sarawak juga ada orang Islam. Kami berpuasa, sayang.
Oleh sebab kami puasa, kami tidak melawan cakap kamu.
Kami hanya diam.
Kerana, sesungguhnya kami berpuasa.
Kami jaga pertuturan supaya tiada hati yang sakit.
Kamu jangan cuba cabar aku ya.
Kamu beruntung kerana cabar kesabaran aku di bulan Ramadhan ini.
Aku tidak akan cabar kesabaran kamu kembali.
Kalau ikutkan hati, memang aku akan lemparkan kata yang mungkin akan mencabar kesabaran kamu.
Tapi, aku fikir, ini bulan mulia, kenapa aku perlu kotorkannya?
Semata-mata perkara sebegini.
Buang masa.

Pabila kata-kata itu dilemparkan sememangnya perit.
Pahit untuk ditelan, namun aku paksa sahaja.
Sumbat!



Air mata cuma bergenang.
Fikir bahawa ada juga orang yang tidak punya perasaan sebegini ya.

Lepas tu, tiada pula kata maaf.
Ya Allah, kedekut juga kamu untuk berbuat baik ya.

Aku tidak pulang beraya, sayang.
Aku juga kemungkinan besar tidak pulang semasa cuti sem.
Kasihan?
Lupakan sahaja perasaan itu.
Jangan tunjukkan pada aku.
Aku hanya perlukan kekuatan.
Kamu ingin salurkan?
Aku ada Allah bukan? ;)

Ada yang ingin rasa apa yang kami rasa?
Kepada orang Semenanjung Malaysia, kamu sambung belajar di Sabah atau Sarawak. Jangan pulang ketika bercuti. Itu sahaja.
Dan mungkin kamu akan rasa apa yang kami rasa.

Duhai hati, sabarlah ya! Allah sentiasa ada untuk kita.
Ini cubaan bukan?
Sesungguhnya aku berpuasa.

Wassalam~

Maaf, Tiada Titipan Hari Kemerdekaan | Titipan Kuih Raya Buat Kak Long Tersayang :)

Assalamualaikum semua.

Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, watashi wa genki desu.

Bagaimana amalan bulan Ramadhan ini?
Masih sama? Meningkat? Berkurangan?
Itu semua jawapannya pada anda ya.

Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang ditunggu-tunggu oleh ramai umat Nabi Muhammad.
Mereka yang sedar akan keistimewaan malam ini, sememangnya berkejar-kejaran untuk menjadi salah seorang yang dipilih oleh Allah.
Yalah, siapa yang tidak mahu doanya dikabulkan.
Siapa yang tidak mahu amalannya mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun.
Mesti semua nakkan?
Jangan hanya katakan dalam hati.

Apa tunggu lagi?
Lakukan dan buktikan!

***


Maaf kepada semua kerana tiada titipan untuk Hari Kemerdekaan.
Bukan tiada masa, cuma tidak punya idea.

Sebenarnya, Syaza amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Biar apapun yang terjadi, ada aku kisah? He~
Kalau orang kata, Malaysia ni ada apa.
Macam-macam ada.

Malaysia aman daripada peperangan.
Mempunyai pelbagai kaum yang sentiasa hormat menghormati satu sama lain.
Tiada permusuhan antara kaum.
Sebab itu, saya berbangga jadi anak Malaysia.

Adakah kamu juga begitu?

Salam Kemerdekaan yang ke 53 tahun.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI!

***


Tidak sabar rasanya diri ini menunggu hari Jumaat.
Masa seperti berjalan perlahan.
Menghitung detik demi detik.
Tik tok tik tok.
Aduhai, lama sungguh.

Wajah kakak sulungku, Kak Long sudah bermain di minda.
Menjemputku di Stesen KTM Shah Alam.
Dengan motornya yang berwarna merah.
Senyuman diukir diwajahnya.

Setiap hari dengar bunyi kereta api langsung teringatkan Kak Long. He~
Sememangnya banyak titipan dari aku buatnya.
Dia sudah tidak sabar menunggu titipannya sampai ke tangan bukan aku. He~
Kuih raya, minyak wangi Miracle Lancome dan saguhati dari Penang. Itu yang akan kuberikan kepadanya.
Tidak lupa juga cerita yang sudah aku download khas untuk dia.
Cerita yang pelakonnya bernama Takuya Kimura.
Dia memang peminat setia pelakon ni. He~

InsyaAllah, Hari Jumaat pagi baru aku bertolak ke Shah Alam.
Ya, sekali lagi menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM).
Kak Long adalah salah seorang pengubat rindu ku pada keluarga di Sabah sana. ;)



***


Ya Allah, pertemukanlah aku dengan sahabatku, Citi. Ya Allah, berikanlah aku ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi Aidilfitri pada tahun ini. Ya Rabb, kurniakanlah keberanian untuk menghadapi segala dugaan dan cabaranMu.

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku salah seorang yang dipilih di malam Lailatul Qadar itu ya Allah.

Perkenankanlah doaku ini, Ya Allah.
Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Wassalam~