Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pada 21 Jun lepas, Syaza pulang ke Sabah kerana cuti semester dah bermula.
Tapi, pulang kali ini lain rasanya.
20 Jun Syaza dah bertolak ke KLIA 2 pada belah pagi.
Flight Syaza pada 21 Jun, 7.50 pagi.
Kenapa pergi KLIA 2 awal sangat?
Sebab, Syaza nak jalan-jalan kat Jalan TAR kejap. Hoho.
Syaza bermalam di KLIA 2, sememangnya dah jadi rumah kedua. Haha.
Sejuknya tak yah nak katalah.
Berbuka di KLIA 2, alhamdulillah rezeki ada orang bagi Nasi Goreng dan ayam goreng.
Bersahur juga di sana.
Biasanya aku pulang ke Sabah belah malam.
Selalunya ambil penerbangan yang terakhir untuk ke Sabah.
Kali ni, aku pulang pada belah pagi.
Pabila pulang pagi, semangatnya lain macam..
Tapi, aku rasa seperti masa putar begitu lambat.
Sangat lambat.
Kapal aku berlepas pada pukul 7.50 pagi.
Aku melelapkan diri.
Aku mula sedar pada pukul 8.15 pagi.
Aku tidur lagi.
Aku sedar 8.30 pagi.
Aku tidur lagi.
20 minit yang seterusnya aku sedar.
Aku rasa begitu lama berada dalam kapal terbang kali ini.
Aku mula menghitung waktu, 8.50, 9.50 ddan 10.30.
Kini baru pukul 9.32 pagi..
Masih belum sampai 2 jam perjalanan.
Aku dah terlelap dan tersedar banyak kali tapi aku masih belum sampai ke destinasi.
Moga masa berputar dengan lebih cepat dan aku tiba ke destinasi dengan selamatnya. InsyaAllah.
Dan aku tiba dengan selamatnya. Alhamdulillah.
Apabila aku mula menulis, aku terasa masa berputar begitu cepat. Haha.
Itulah pengalaman aku yang lepas semasa pulang ke Sabah.
Setiap kali pulang, setiap kali itu lain pengalamannya.
Wassalam~
dua jam setengah kan penerbangannya?
ReplyDeleteiya. ;)
Deletesetuju! setiap kali naik flight akan rasa different experiences :D
ReplyDeletebetul tu. kadang2 rasa kejap je. lagi2 kalau yang ada tv. hahaha. mmg layan movie.
DeleteZumal seumur hidup tak pernah naik flight... Penakut. Bas pun dah takut nak naik... Memandu lagi trauma...
ReplyDeleteoh ye ke... zumal naik apa je?
DeleteZumal naik motor, itupun takut. Kerana pengalaman lalu. Jalan jauh Zumal pilih naik train. Tapi kalau dengan family terpaksa memandu Zumal cuba juga...
Delete