Nuffnang Ads

Thursday, July 2, 2015

Aku Nak Bagi Tahu Satu Dunia...

Assalamualaikum, Salam Ramadhan!



Dunia sekarang ni, dunia teknologi.
Kita ni tak boleh berenggang dengan telefon bimbit kita tu.
Sikit-sikit tengok handphone.
Al-Quran dah tengok belum? Opssss....

Zaman sekarang, sikit-sikit nak upload.
Setiap pergerakan kita, setiap tempat yang kita lawati, semua tu kita nak upload.
Lagi-lagi sekarang bulan Ramadhan, semua perbuatan kita, nak upload. Makanan yang kita masak setiap hari pun nak upload.

Status semua pun nak gempak.
Der...
Kita ni tak payahlah nak bagi tahu satu dunia tentang amlan yang kita dah buat.
"Tarawih done.
"Tadi jumpa sorang makcik ni kat tepi jalan... Dalam bulan Ramadhan ni kena banyakkan sedekah, RM1 pun dah mencukupi, jadi aku berilah apa yang aku mampu."
"1 juz done. 29 juz left. Fighting!"
Tak perlu.
Biarlah itu urusan kita dengan Allah.
Biarlah amalan kita itu rahsia kita dengan Allah.
Aib kita pun kita tak bagi tahu satu dunia kan?

Renung-renungkan.

Wassalam~

4 comments:

  1. Terima kasih buat Syaza kerana tulisan Syaza memberi kesedaran agar tak terhanyut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. alhamdulillah. sama-sama kita perbaiki diri. insyaAllah. ;)

      Delete