Nuffnang Ads

Monday, February 2, 2015

[Ulat Buku] Kosong Kosong oleh Mohd Fakhruddin.

Assalamualaikum and olaaaa everyone.


"Sembahyang cukup ringan tetapi berat untuk melaksanakannya, sedangkan puasa cukup berat tetapi ramai dapat menunaikannya. Ibu bapa dapat mengajar anak-anaknya berpuasa, tetapi mereka tidak mengajar anak-anak untuk bersolat."
(Bab 2, Ringan tetapi Berat)


Lupa nak review tentang buku yang Syaza dah habis baca ni.
Syaza habis baca masa sampai Sabah hari tu. Hehe.
Boleh dikatakan cepat jugalah baca buku ni walaupun belajarkan.
Kalau tak, memang tunggu berbulan-bulan nak habis.
Selesaikan apa yang patut dulukan.

Tapi, untuk buku ni tak sabar nak habis.
Baca satu tajuk, tak sabar nak baca tajuk yang seterusnya, seterusnya dan seterusnya sampailah habis.
Kenapa?
Meh, nak cerita.

Bahasa yang digunakan sangat mudah untuk difahami, memang sempoi.
Setiap bab akan ada pengalaman atau cerita penulis.
Jadi, rasa dekat dengan diri.

Pengisian pun memang terus pada hati.
Kadang-kadang terasa kena peluru bertubi-tubi menyedarkan diri.

Apa-apa pun, memang best buku ni.
Digalakkan untuk beli.
Rugi tak beli dan baca.

Antara isi kandungan bagi bab pertama: Demi Kesempatan.

"Berapa orangkah yang mengambil kesempatan untuk solat tahajud setelah dia terjaga untuk ke tandas? Hendak terkencing, terus bangun ke tandas. Selepas itu, terus tidur walaupun jam sudah pukul lima pagi."
Tersentap seketika.

Tunggu apa lagi?
Beli, baca dan amal. InsyaAllah.

Wassalam~

4 comments:

  1. bagus nya buku ni.. bab kesempatan tu memg kena sebijik kt muka. ok Insya Allah akan cari . tenkiu syaza seb share review buku ni =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus sangat. sama2. semoga bermanfaat untuk semua. insyaAllah. ;)

      Delete
  2. erm... btl tu solat mudah tp ssh tuk amalkan secara istiqamah... sgt bermanfaat buku ni...

    ReplyDelete