Assalamualaikum.
Apa khabar?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza update blog ni.
Adehhhh~
Alhamdulillah, Semester 5 dah abis.
Peperiksaan terakhir yang kududuki untuk Diploma. ;)
Lupa Nak Cantik Depan Allah.
Situasi 1:
Kring!
Kring!
“ Wah, Hawa! Cantiknya… Nak pergi mana? ”
“ Nak jumpa kawan kejap kat luar… Dia telefon tadi. ”
Hawa berjalan keluar rumah dengan pakaian yang cantik, wangi dan senyuman
yang ceria.
Hawa berjumpa dengan rakan-rakannya dengan hati yang sangat gembira.
Rakan-rakannya juga selesa bersamanya kerana dia selalu bersih, wangi,
cantik dan kemas.
Situasi 2:
Allahuakbar!
Allahuakbar!
5.50 pagi
“ Hawa, bangun Subuh… Dah azan tu…”
“ 5 minit…”
6.30 pagi
Hawa bangun dari tidurnya dan terus ke bilik air.
Hawa mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Subuh.
Seusai menunaikan solat, Hawa merebahkan diri semula ke ranjangnya.
10.00 pagi
Hawa bangun untuk melakukan aktiviti sehariannya; belajar, makan dan sebagainya.
Hawa mengambil tuala dan pergi membersihkan dirinya.
Seusai mandi, kawannya menyapa:
“ Hawa, dalam sehari berapa kali kamu mandi?”
“ Kalau tak ada pergi mana-mana, sekali dah cukup. Sebab tu saya mandi
lambat sikit. Sebab, bukannya kotor sangat pun. Paling banyak pun, dua kali dah
cukup. Tu pun, kalau panas, badan tak selesa.”
***
Pernah berlaku kepada diri anda?
Selalu terjadi kepada diri anda?
Terdetik di hati saya untuk bertanyakan sesuatu kepada anda…
Kenapa kalau kita nak jumpa seseorang, tak kira kawan, saudara-mara
mahupun pergi ke kelas, kita kena wangi, cantik, kemas dan bersih?
Tetapi, kalau kita nak jumpa Allah, kadang-kadang kita tak kisah pun
kalau kita ni tak bersih, selekeh, tak wangi… Kenapa?
Pernah tak terdetik di fikiran anda tentang perkara ini?
Kerana itulah kita sering terlepas pandang bukan?
Kerana kita dan terbiasa atau kita tidak sedar.
Kebersihan adalah antara perkara utama dalam Syariat Islam. Firman Allah
SWT dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan
diri”. (Surah Al-Baqarah, ayat 222)
Sesungguhnya, Allah suka akan kebersihan.
Namun, kita sering lupa untuk cantik ketika berjumpa dengan Allah.
Kita sering lupa untuk tampak kemas ketika hendak berhadapan dengan
Allah.
Kita sering alpa untuk wangi pabila berjumpa dengan Allah.
Tapi, kita tak pernah lupa untuk cantik jika ingin berjumpa dengan
rakan-rakan.
Kita tak pernah lupa untuk pakai minyak wangi ketika hendak keluar dari
rumah.
Kita tak pernah lupa untuk tampak kemas jika ingin keluar bersama rakan.
Kita tak pernah lupa itu semua kan?
Tapi, kenapa kita sering lupa untuk nampak, bersih dan cantik pabila nak
berjumpa dengan Allah?
Bukankah kebersihan juga ada kaitannya dengan keimanan?
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian daripada
iman”. (HR Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Mandi itu adalah wajib ke atas setiap orang
Islam yang mana pada setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib membasuh
kepala dan jasmaninya” dan sabdanya lagi dengan maksud:
'Lima
perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari,
menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak (Riwayat at- Tabarani).
Para ulama’ juga telah memberikan perhatian yang
penting tentang kebersihan apabila memulakan perbincangan dalam kitab fiqh
dengan bab taharah iaitu kebersihan.
Ini membuktikan bahawa Islam, para nabi dan para
alim ulama’ telah mengambil berbagai inisiatif untuk memberikan kefahaman
bahawa menjaga dan mengamalkan kebersihan adalah penting dan sangat dituntut
oleh agama kita yang Maha Suci.
Bukan tidak boleh nampak cantik di hadapan orang, tapi biarlah kita juga
cantik ketika berjumpa dengan Allah. ;)
Umat yang beriman, peribadi yang beriman dan keluarga yang beriman pasti
tidak sekali-kali akan mengabaikan kebersihan diri, rohani, jasmani, masjid,
rumah, kedai, makanan minuman dan halaman persekitarannya. Mudah-mudahan hidup
kita, anak isteri, ahli keluarga, jemaah dan masyarakat kita akan lebih sihat,
segar, ceria dan bahagia dengan menjaga serta membudayakan kebersihan bermula
dari rumah, insyaAllah.
Perbaiki diri, tingkatkan amalan, perbanyakkan ibadah. ;)
Maaf jika ada yang terasa.
Yang baik segalanya datang daripada Allah.
Yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri.
Wassalam~
Terima kasih atas ingatan ini, betul ckp syaza. Mmg kadang2 kita terlepas pandang.
ReplyDeleteMasa untuk berubah ! ^^
sama2 kak. yup! ;)
ReplyDelete