Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah seminggu lebih Syaza berada di Sabah ni.
Sekejap je rasanya.
Okay, straight to the point.
Bukan Mudah untuk Menjadi Ibu dan Ayah.
Selepas habis peperiksaan, Syaza terus pulang ke Sabah.
Sebab apa?
Adik Syaza tinggal seorang diri.
Kenapa pula?
Sebab ibu ayah pergi menunaikan Haji. Alhamdulillah.
Adik Syaza dah seminggu tinggal seorang.
Kadang-kadang dia ajak kawan dia bermalam kat rumah.
Sebab tu Syaza balik awal.
Pabila sampai di Sabah, tugas ibu dan ayah berada di bahu Syaza.
Dan, kini baru Syaza rasa betapa penat dan kuatnya ibu dan ayah kita.
Bangun pagi, fikir nak masak sarapan apa.
Lepas solat, buat sarapan.
Lepas buat sarapan, hantar adik ke sekolah.
Jemur kain adalah aktiviti seterusnya.
Lepas tu, masa Syaza agak lengang. Jadi, masa untuk rehat.
Dah rehat, masa untuk masak tengah hari.
Lepas masak tengah hari, tunggu masa untuk ambil adik dari sekolah.
Masa untuk luangkan masa dengan adik.
Begitulah putaran hidup Syaza sekarang.
Ibu dan ayah kita buat lebih daripada itu.
Sebelum ni, kita ingat nak fikir masak untuk hari ni itu benda remeh.
Tapi, sebenarnya boleh buat kita pening kepala.
Sebab tak tahu nak masak apa. -_-"
Apa-apa pun, ini amanah yang ibu dan ayah telah berikan pada Syaza.
Jaga adik Syaza.
Ya, itu amanahnya.
Jadi, Syaza perlu jadi ibu, ayah dan juga sebagai seorang kakak.
Cukup bagi Syaza untuk lihat adik Syaza tersenyum. ;)
Maaf kalau Syaza tak update blog ni.
Itu sahaja. ;)
Wassalam~
penat kan?
ReplyDeletehehehe.
tp saya tau. awak sayang saya! hehehe.
terima kasih sesangat!
besok masak jemput2 mee! hehe
HAHA.
ReplyDeletemcm mne nk buat tu? -_-"
macam biasa . hehehe
ReplyDeletemacam biasa . hehehe
ReplyDeletesaya pun sama. mak dan ayah saya pun pergi haji. kerja rumah nak kena buat. hmmm. alhamdulillah, penat juga tapi seronok. :)
ReplyDeletemelisa hisyam.
kuala lumpur.
Melisa Hisyam: betul2. HEHE. ;)
ReplyDelete