Nuffnang Ads

Tuesday, June 12, 2012

Our Memory Will Be Last Forever. InsyaAllah. :') | Selamat Hari Jadi, Kak Long!

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Allah masih beri Syaza kesempatan untuk berkongsi sesuatu kepada anda.
Alhamdulillah juga Syaza selamat sampai ke Tg. Malim sekali lagi.
Berat rasanya nak pergi, berjauhan dengan keluarga.
Tetapi, segala perasaan sedih kusorokkan supaya keluarga juga tidak keberatan untuk melepaskan aku pulang.

Siapa yang tak rindu keluarga?
Lagipun, Syaza ke sini kan untuk belajar kerana Allah.
Jadi, perlukan pengorbanan.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Gelak tawa kita bersama.
Senyum manis sentiasa cuba kuukirkan untuk semua.
Tanpa paksaan yang sengaja.
Aku bersyukur, aku masih punya mereka di dunia.
Terbayang-bayang wajah mereka di minda.
Segar.
Wajah sedih, marah dan gembira.
Ketawa.
Aku sentiasa ketawa di sana.
Itulah masanya untuk aku lepaskan rinduku kepada keluarga.
Jika mereka gembira, aku juga turut merasa.
MasyaAllah, rindunya aku dengan mereka.
Ibu, ayah dan Abby, terima kasih untuk segalanya.
Our memory will be last forever. :')




Terima kasih juga kepada Annei sebab sanggup tunggu kita 2 jam kat KLIA. Hehe.
Kitaorang balik ke Tg. Malim sama-sama.
Dari KLIA naik bas ke KL Sentral dan seterusnya tunggu ETS untuk ke Tg. Malim.
Yang paling tak bestnya, kat Tg. Malim ni ada tangga je. Fuh... Berat mengangkat.
Beg Annei lagi besar. Kesian dia. Kita pun tolong bawakan beg dia yang kecil.
Stesen KTMB Tg. Malim, tolonglah buat lif ke, tangga bergerak ke. Hehe.


Bersama Annei dalam ETS.


Beg saya yang pink tu dan ada bulat-bulat kat bawah tu. ;)


Tiket ETS ke Tg. Malim.



Selamat Hari Jadi, Kak Long!


Maaf ek sebab lambat buat entri untuk ni. Hehe.
Pada 9 Jun, masa itulah ulang tahun kakak saya yang pertama.
Semoga hidupmu sentiasa berada dalam rahmatNya. InsyaAllah. Amin~
Terima kasih atas segala-galanya.
I'm waiting for the special day. Hehe.


Itu sahaja.
Wassalam~

No comments:

Post a Comment