Nuffnang Ads

Sunday, April 22, 2012

Saya Tetap Ingat Kak Fatimah. :'(

Assalamualaikum...



"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." (Surah Al-Anbiyaa': Ayat 35)

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Pagi tadi, Syaza terbaca satu artikel tentang seorang pelajar UPSI meninggal dunia disebabkan jatuh daripada bangunan. Wallahu'alam akan kesahihan perkara tersebut, tetapi yang pastinya pelajar tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Allahuakbar...

Terkejut mula-mula baca berita tu.
Syaza ingat, Syaza tak kenal dengan arwah, tetapi...
Rupa-rupanya, kami pernah sama-sama berusrah di bawah naqibah Kak Su. Allah...

Kak Fatimah seorang pelajar UPSI yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sem 4.
Seorang yang pendiam...
Syaza perasan arwah seorang yang kerap berseorangan.
Seorang yang baik hati, ringan tulang.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh ke sini. Di antara komen-komen tentang perkara ini:

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi. Semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin~



Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah tempat kita kembali.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment