Nuffnang Ads

Friday, April 6, 2012

2 Tasik Kami Terjah... Best!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza sihat.

Pagi-pagi, lepas Subuh terus gerak ke Tasik yang berdekatan di Stadium Likas.
Adik saya, Khairah Nazurah nak main badminton katanya...
Jadi, bawalah dia ke tasik tu untuk beriadah.
Saya pun dah lama tak bersenam selepas cuti dari bermain bola jaring sebab nak exam.
Rindu kot dengan training semua. Nak up-kan balik stamina. -_-"

Apa-apa pun, memang satu aktiviti yang best la.
Adik saya, ada semput sikit. So, dia tak boleh lari sangat. Jadi, saya kena lari per-la-han-la-han. HEHE.
Lepas lari, main badminton. Lepas main badminton, lensa kamera mula aktif. HAHA.


Ada cendawan comel. ;)


Kami. ;P


Kami lagi. Bukti kami main badminton. HAHA. Bawa dua raket ek...

Lepas main badminton, Abby, adik saya, bercadang untuk ke Tanjung Aru.
Yeah, bermulalah pengembaraan kami untuk ke Tg. Aru.
Pergi ke Tasik Perdana, Tg. Aru, Sabah.
Best arr. Banyak kemudahan yang disediakan. ;)

Tetapi, nak masuk kena bayar... -_-"
Motor: RM 0.50
Kereta: RM 1.00
Dansebagainya... Yang lain tak tau.

Kat sana bukan untuk bersenam. Penatdah...
Nak jalan-jalan. Sebab first time.
Tempat yang menarik dan tak ramai orang. ;)


Nak main gelongsor tapi rupanya NO ADULT! Sedih... Tapi saya ambil Early Chilhood Education pun tak boleh main ke? Emmm...


Adik saya jadi model... HAHA. Siapa suruh dia ikut. :P


Muka teruja. HAHA. Pakaian simple je. Nak pergi bersenam. Sesiapa yang nak pakai mekap tu memang nak kena arr. Memang kena tinggal awal-awal. HAHA. :P


Sekali lagi... Cantik tak. HAHA. :)



Kenapa lari? HAHA.
Nak dapatkan benda ni.


Sky Walker namanya. Muka teruja. Sebab sebelum ni ada budak-budak main. Dia orang tak nak bagi kita orang main. :P

Alhamdulillah, Akhirnya dapat juga main. ;)
Sorry kalau saya suka ketawa dalam video tu.
Sebab saya tak tau apa-apa pasal tasik tu.

Pembetulan: Ada Pertunjukan Pancutan Air Berlampu kat situ. HAHA.

Siapa yang suruh bersenam ni?
Panas la...
Buang masa la...

Hello~~~
Islam menggalakkan kita untuk beriadah tau...
Tak caye?

 Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير


Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”
(Hr Muslim –sahih)

Asalkan...
Kita bersenam atau bersukan dengan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ketetapan apa?

Etika sukan dalam Islam


1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif).


2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.


3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.


4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt:


“Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un)


5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda:


لا ضرر ولا ضرار


Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih)


6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:


لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له


Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”
(Hr Tabrani)


7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan:


“Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.”
Jadi...
Jom bersukan!

Majulah sukan untuk negara. :P

Oh, ye. Lepas habis berjalan, balik rumah je terus ayah ajak pergi makan pizza.
Triple Chicken Sensation!
Memang gempak!!!


Ayah teruja nak tangkap gambar.


Alhamdulillah akhirnya kami berkumpul! ;)
Itu sahaja.

Wassalam~

p/s: Saya semakin gelap walaupun sehari selepas sampai ke Sabah. Tidak! HAHA. Takkisahlah... :P

4 comments:

  1. saya memang cantik! terima kasih! HAHAHAHAAHAHA.
    nak pi lagiiiiii! nak men sky walker! ;) nak jadi angkasawan darat! HAHAHAA
    cita cita baru saya! XD

    ReplyDelete
  2. yahuuuuu! besok besok! XD
    tak sabaq cheq. ;)

    ReplyDelete