Nuffnang Ads

Friday, July 22, 2011

Rawang dan Tanjung Malim Menjadi Mangsa Citi Manisa.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat cuma penat tak hilang lagi. Masih ada sisanya.

Selama 3 hari iaitu dari 19.07.11 hingga 22.07.11, Citi Manisa datang ke Tanjung Malim dan bermalam di sini.
Terima kasih kerana sudi menjenguk kawanmu ini. Hehe.
Citi Manisa sedang bercuti pertengahan semester. Kesian dia sebab kat rumah je.
Syaza pergi mana?
Syaza masih ada kelas yang perlu dihadiri.

Alhamdulillah, hari ni tak ada kelas. Jadi, bolehlah bawa dia jalan-jalan.
Kita orang pergi mana? RAWANG. Haha.
Lagi-lagi Rawang, tak bosan ke?
TAK BOSAN lah.
Sebab ada Pak Cik MYDIN. Hehe. Kalau sebelum ni, Syaza pergi dengan Mastura dan Kak Shiela, sekarang giliran Citi Manisa pula.
Syaza buntu nak bawa pergi mana, sebab kalau kat Tanjung Malim ni, tak lah banyak sangat kedai yang boleh diterjah, oleh itu, saya bertekad untuk membawanya ke Rawang. Haha.

Maaf, kamera telefon bimbit saya tidak canggih.


Sebelum ni naik bas, tapi kali ni naik kereta api pula. Toot toot!
Kita orang tertinggal kereta api pada mulanya, jadi kenalah tunggu 1 jam yang seterusnya.
Tapi, tak rasa pun satu jam tu. Alhamdulillah. ;)
Kita orang bertolak dari Tanjung Malim pukul 10.55 pagi dan tiba dengan selamat di Rawang pukul 11.40 pagi. Alhamdulillah.
Kita jenguk-jenguk kedai yang ada kat Rawang ni. Sampailah ke Pak Cik MYDIN. Borang benda yang nak dibeli sahaja. Walaupun ada benda yang diluar senarai pun turut dibeli. :P Astaghfirullah.

Hari ni, Citi akan pulang ke Perlis sebab tu bawa dia jalan-jalan.
Tapi, bukan Rawang sahaja yang diterjah, Pekan Tanjung Malim pun jadi mangsa.
Citi kata dia nak beli tudung. Survey harga kat Rawang, tapi agak mahal. Tengok kat Tanjung Malim, jauh lebih murah.
Kalau boleh, Citi nak borong semua tudung. Hehe.
Lain kali datang Tanjung Malim lagi ya.

Terima kasih sebab sudi datang ke Tanjung Malim yang biasa-biasa sahaj.
Satu lagi memori yang dikecapi bersama.
Semoga anda sukses selalu ya. InsyaAllah.

Mudah-mudahan anda selamat sampai ke destinasi ya dituju. InsyaAllah. Amin~
Kesian Citi penta berjalan.
Nanti kat dalam kereta api, rehat ya. ;)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. ”


Riwayat al-Ibn an-Najjar


Itu sahaja.
Wassalam~

3 comments:

  1. syukran ajja..insyallah,next tyme aq nak mai lgi kat tnjg malim...senang nnt ajja p tmpt ct pulak ahh kat perlis...insyaallah bertemu lg kita d masa akan datang:)) syng koe lillahitaala

    ReplyDelete
  2. afwan citi. insyaAllah, klu ada rezeki. insyaAllah. ukhwah fillah abadan abada. InsyaAllah. ;)

    ReplyDelete