Nuffnang Ads

Sunday, July 31, 2011

Menyambut Kehadiran Ramadhan Sendirian.

Assalamualaikum semua.

Ya Allah, sunyinya blog ni.
Maaf ya, banyak tugasan yang perlu Syaza siapkan sehinggakan blog ini terbengkalai.
Tapi, akhirnya ada juga sedikit coretan buat kamu sebelum kita melangkah ke bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah.

Apa khabar kalian?
Syaza baru pulang dari Shah Alam.
Alhamdulillah, akhiranya selamat sampai ke Tanjung Malim.
4 hari 3 malam di Shah Alam merupakan pengalaman baru buatku.
Kenapa? Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu. ;)

Menyambut Kehadiran Ramadhan Sendirian

Alhamdulillah, akhirnya bulan yang dinanti-nanti datang lagi.
Terubat rinduku padanya.
Pada bulan yang mana kita bebas daripada godaan syaitan, banyakkan amalan.
Ramadhan, aku rindu kehadiranmu.
Kusambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah.



Ramadhan tahun ini berbeza sekali dengan Ramadhan sebelum ini.
Sebelum ini, hari pertama kubangun sahur bersama rakan serumah. Rasanya aneh sekali tanpa keluarga.
Kali ini, aku diuji lebih besar, bukan sahaja tiada keluarga di sisi, namun, teman-teman semuanya pulang ke rumah bersahur dan berbuka bersama keluarga katanya.
Aku, sendirian di rumah tanpa berteman.
Allah sahaja yang aku ada.

Sebak hatiku, pabila terpaksa menyambut kehadiran bulan yang mulia tanpa sesiapa.
Sahur pada hari pertama, cuma sendirian sahaja.
Aku tahu, keluargaku jauh dari pandangan.
Tetapi...
Aku cuba terima semua ini sebolehnya.


Ramadhan yang dinanti telah pun tiba.
Kuharap, aku dapat menyambut kehadirannya bersamamu.
Namun, aku hanya sendirian tiada berteman.
Kupohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan.
Semoga Ramadhan kali ini dpat kita pertingkatkan amalan kita. InsyaAllah.
Jangan lupa kejar malam Lailatul Qadar.

Salam Ramadhan buat anda dari Syaza Syafeeqah. ;)


InsyaAllah, jika punya masa akan kukongsikan kelebihan bulan Ramadhan.
Puasa tau jangan tak puasa.
Jangan pula, puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk. ;)

Wassalam~

No comments:

Post a Comment