Apa khabar?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya.
Rindu pada keluarga melanda setiap derap langkah yang diatur.
Mudah-mudahan semuanya sihat-sihat sahaja di sana.
Pemergianku Adalah Perjuanganku
Jantung berdegup kencang apabila berpijak di negeri Perak Darul Ridzuan.
Tapi, bunyinya kusembunyikan.
Senyuman dilemparkan.
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai ke tempat yang ingin dituju.
Sampai sahaja di rumah, aktiviti pembersihan dilakukan dan dibawa keesokan harinya (Ahad).
Memenatkan, tetapi amat berpuas hati setelah dibersih dan dikemaskan segalanya.
Awan putih meliputi langit biru.
Perpisahan antara diriku dan keluarga merupakan sesuatu yang memeritkan.
Sebelum ini aku terbang bersama Kak Long, tetapi kini aku bersendirian.
Sendirian ke Tanah Semenanjung,
Ibu dan adik-beradikku menemaniku sehingga ke pintu perlepasan Kota Kinabalu International Airpot (KKIA).
Ayah? Ke mana ayah?
Ayah terpaksa ditinggalkan di rumah kerana tidak tahan untuk duduk dan berdiri lama.
Kakinya akan berdenyut kesakitan.
Mungkin ini kali pertama ayah tidak menemani anaknya pulang ke Semenanjung Malaysia.
Aku redha dan faham akan keadaan dirinya.
Sebak. Hati menangis.
Perasaan itu sudah bermula dari rumah lagi.
Sakit untuk meninggalkan keluarga tersayang. Perit.
Kepulanganku ke bumi Sabah hanya selama 1 bulan 1 minggu sangat bermakna bagiku.
Jika boleh dilanjutkan, akan kulanjutkan lebih lama.
Gambar keluarga sudah berjaya ditangkap.
Emelkan gambar itu ya. ;)
Buatku untuk melepas rindu.
Kepada keluargaku: Ayah, Ibu, Kak Long, Kak Farah dan Abby.
Terima kasih atas segalanya.
Maaf, jika kehadiranku menyusahkanmu.
Maaf, jika kehadiranku tidak menyenangkan hatimu.
Kamu tetap dihatiku.
Terima kasih kerana sudi jadi orang yang istimewa dalam hidupku.
Ajja sayang semua. ;)
Pemergianku ini adalah perjuanganku.
Perjuangan untuk menuntut ilmu sehingga berjaya di dunia dan di Akhirat. InsyaAllah. Amin~
Perjuangan berpisah dengan keluarga dalam jangka masa yang lama untuk mempertingkat kemahiran pembelajaran dan mempelajari perkara yang baru.
Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Hati menangis. Wajah tersenyum.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment