Nuffnang Ads

Saturday, May 28, 2011

생일 축하 해요 - Saeng-il Chugha Haeyo, Khairah Nazurah ;)

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Maaf ek, sebab dah tak selalu update blog ni.
Hotto gomen ne~
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menerjah ke blog ni.
Yippy! *^_^*

Berita tergempar!
Berita tergempar!

17 tahun yang lepas, ada seorang anak kecil telah dilahirkan oleh seorang ibu yang sanggup mengandungkannya selama 9 bulan.
Perjuangan seorang ibu akhirnya terjawab, setelah seorang bayi yang suci lahir dari rahimnya pada 28 Mei 1994.
Bayi tersebut diberi nama Khairah Nazurah. Awat nama cantik sangat?

Nama tersebut telah diberikan oleh ayahnya, dengan persetujuan ibunya.

Satu keluarga gembira dan bersyukur atas kehadirannya.
"Dapat adik baru! Yeay!"
Ayat ini yang selalu terkeluar oleh mulut. Ye ke? Awok pun tak ingat. He~

Kini, sudah 17 tahun dia berpijak di bumi Allah ini.
Siapa Khairah Nazurah?
Ayuh kini terjah! Poyo bebeno.

Suka sangat dengan lomo ek, ni gambar Abby dah bagi lomo dah. He~


Khairah Nazurah binti Mohammad Khasnan diberi nama.
Dia adalah salah seorang ahli keluarga kami.
Adik paling bongsu, dialah orangnya.
Yang suka merah tahap gaban, dia juga orangnya.
Yang meminati Mawi WORLD, itulah dia.

Dengan secara rasminya, saya, Syaza Syafeeqah ingin mengucapkan Saeng-il Chugha Haeyo, Khairah Nazurah! Macam mana nak sebut? Tengok kat Pak Cik Google ek. He~
Selamat Hari Jadi, adikku!
Hang memang terbaiklah.
Hanglah adik cek sorang-sorangnya.
Tak dok dah adik lain.

Nasihat seorang kakak kepada adiknya:

- Belajar rajin-rajin samapai menara gading. Jangan sampai belalai je. :P
- Ingat Allah selalu, jangan lupa solat.
- Tingkatkan iman, kurangkan bebanan. ;)
- Sembahyang betul-betul. Hahahahahahaha.
- Jangan suka duk marah orang. Nak ketawa lagi boleh tak?
- Jaga diri baik-baik. Cuba yang terbaik! Ganbatte kudasai! Cek tahu hang boleh. ;)
- Ingat pesanan ibu dan ayah kerana pesanan itu dapat membakar semangat kita. Yeah! Eh, terlebih sudah~
- Yang paling penting... Apa yang penting? Kerjasama! Eh, bukan-bukan. Ingat pesanan cek yang cek pernah bagi kat hang.
- Paling penting, D.U.T - Doa, Usaha, Tawakal.

Hadiah?
Hang nak hadiah?
Cek dah bagi awal lagikan...
CD abang hang tu kira hadiah hari jadi la ek. Haha.



Kak Ajja doakan Abby supaya menjadi anak yang solehah dan semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga diberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga diberi kecemerlangan di dunia dan di akhirat dan semoga dijauhi segala kemungkaran di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~

Nak kenal dia ni lagu mana...
Klik sini ek: Khairah Nazurah

Maaflah, kejut pukul 12 pagi.
Saja nak buat kejutan.
Tapi, tak terkejut pun.
Sebab hang mamai-mamai. Hahaha

Kenangan bersama adikku, Khairah Nazurah. ;)







Nur Kasih The Movie, I'm coming...
InsyaAllah. ;)

Wassalam~

4 comments:

  1. hahaha.
    terima kasihhh buuaanyyaakk buaanyyaakk! <3
    sayang kak ajja! =)

    ReplyDelete
  2. lagii satuu npe laa suke sgt gamba tuu.

    ReplyDelete
  3. same2....hee...-rizanaAida-

    ReplyDelete
  4. KN28: sama2 kasih. ;) sayang kamu juga.

    kaklong: hahahaha

    ReplyDelete