Assalamualaikum.
Apa khabar kalian?
Syaza harap anda semua sihat hendaknya. ;)
Maaflah kalau Syaza tak update blog ni.
Biasalah, kalau dah kat rumah sendiri bersama keluarga, diri ini agak lupa diri sikit. Hehe.
Fisioterapi
Fisioterapi yang pertama di Sabah telah pun dijalankan.
Di sini lebih banyak peralatan dan lebih ramai orang.
Kebanyakannya terdiri daripada orang Cina.
Mostly, they are older than me. Ngee~
Aku pun terfikir juga, "Aku sahaja ke yang agak remaja kat sini? Remaja lain sungguh berjaga-jaga dengan langkah ya? :P"
Biasalah, budak nakal macam saya ni memang tak reti duduk diam.
Sakit-sakit macam ni pun masih nak berlari.
Dah namanya pun tak reti duduk diam.
Fisioterapi di Sabah agak berlainan.
Kalu di Kuala Kubu Baru, kakiku dicelupkan ke dalam cairan lilin, tapi di Sabah kakiku dibalut dengan ais.
Agak kontra ya di situ. Satu panas, satu lagi sejuk.
Di Sabah, peralatannya lebih sempurna.
Ada senaman yang perlu aku lakukan di rumah.
Fisioterapi seterusnya akan dijalankan pada 18 Mei 2011.
Pada 15 Mei 2011, aku akan terbang ke Labuan.
Buat apa?
Buat apa yang patut mungkin. He~
Pejam celik, celik pejam, sudah seminggu aku berada di Sabah.
Sekejap sahaja masa berlalu.
Ah, sekejap lagi aku akan pulang semula ke Tanjung Malim.
Oh, TIDAK!
Bukan tidak suka untuk menuntut ilmu, tetapi tidak suka untuk berjauhan dengan keluarga.
Perit rasanya.
Allah sentiasa bersama bukan?
Mereka juga tetap bersamaku.
Di mana?
Di mana lagi kalau bukan di hati. ;)
Sampai di sini sahaja.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment