Nuffnang Ads

Wednesday, April 6, 2011

Merasai Kenikmatan Dunia Sememangnya Enak, Bukan? - Pernahkah Anda Bersyukur?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat hendaknya.
Syaza doakan kamu juga begitu ya. ;)

Pernahkah Anda Bersyukur?

Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.

Ada orang yang payah sangat untuk bersyulur.
Katanya, segala nikmat yang dia perolehi adalah hasil usaha dia sendiri. Bukan daripada sesiapa.

Payah sangatkah untuk mengucapkan syukur?

Kalau kita kata, nikmat yang kita dapat itu daripada hasil usaha kita sendiri, tetapi nikmat itu siapa yang beri?
Hantu Kak Limah?
Nikmat itu datang dari mana?
Adakah ianya muncul secara tiba-tiba tanpa diberi oleh sesiapa?
Ala-ala magic ek.
Tadaa!
Tiba-tiba nikmat tu ada di depan mata.

Kalau hadiah pun, ada orang yang bagi.
Lagikan rezeki.
Siapa lagi yang nak kurniakan rezeki atau nikmat kepada kita kalau bukan Allah?

Contohnya, tubuh badan kita yang sempurna ni, adakah hasil usaha daripada kita sendiri?
Sememangnya tidak, bukan?

Oleh itu, siapalah kita ini yang cuma manusia biasa dan hina di dunia ini?
Kalau kita cuma KAYA HARTA tetapi MISKIN IMAN, tiada gunanya.
Kerana Allah pandang kita semuanya sama rata.
Dan, yang membezakan kita bukan wang ringgit, tetapi tahap keimanan yang ada pada diri kita.

Ha! Wang ringgit.
Adakah duit yang melimpah ruah itu bukan rezeki daripada Allah?
Jika Allah mahu anda jadi kaya, maka jadilah. Begitu juga dengan sebaliknya.

Allah berfirman:
"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur." (Al-Mukminun: Ayat 78)

Walau di mana jua kita berada,
Walau sedikit atau sekecil mana pun rezeki yang kita perolehi,
Maka, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bersyukurlah dengan setiap pemberianNya.



Sesungguhnya, semua yang berada di dunia mahupun cakerawala, adalah milikNya.
Bersyukurlah kerana Allah telah memilih anda untuk merasai kenikmatan dunia.
Merasai kenikmatan dunia itu bukannya boleh berbuat sesuka hati, tetapi penuhilah hidup kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Jangan merasai kenikmatan dunia itu sehingga kita alpa akanNya dan terus leka.

Allah berfirman:
"Hidup di dunia ini hanya kesukaan yang penuh dengan tipuan." (Al-Hadid: Ayat 20)

Bersyukurlah atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan itu melalui pelbagai cara; perbuatan atau perkataan.

Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang dikurniakan olehNya walaupun kita tidak suka akan pemberianNya itu.
Sebagai contoh, zuriat.
Ada orang, dia tak suka dapat zuriat yang ramai, tetapi Allahh kurniakan kepadanya zuriat yang ramai.

Percayalah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Maka bersyukurlah.

Adakah anda sudah bersyukur hari ini? ;)

Allah berfirman:
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku." (Al-Baqarah: Ayat 152)

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.
Segala kekurangan daripada Syaza sendiri. ;)

Wassalam~

2 comments:

  1. hehehe. terima kasih, alin.
    Cuma peringatan untuk diri sendiri dan pendapat Syaza je.
    Perkongsian ilmu yang Syaza boleh kongsikan. ;)

    ReplyDelete