Ogenki desu ka?
Alhamdulillah, dapat juga Syaza luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayanganku ini.
Syaza sedang berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Cuba buat sebaik mungkin, itu pun kalau cara IT yang Syaza gunakan boleh diterima oleh Puan Pensyarah. InsyaAllah.
Mudah-mudahanlah ya.
Ya, kali ini kita bicarakan tentang CINTA.
Cinta ni terlalu umum - cinta kepada Sang Pencinta, cinta kepada Rasulullah, para nabi, ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan.
Syaza tengok remaja sekarang mudah terpedaya dengan hanya lafaz cinta.
Mudah sahaja mereka jatuh cinta.
Apabila si Adam melafazkan kata cinta pada Hawa, terus sahaja terlena dengan kata-kata. Pelik juga kadang-kadang?
Apa buktinya yang si dia cintakan anda?
B: Cinta, kak.
Kak A: Dia cintakan kamu?
B: Cinta, kak.
Kak A: Apa buktinya?
B: Dia cakap, dia cintakan saya.
Kak A: Itu saja? Apa lagi bukti dia cintakan kamu?
B: Dia selalu ambil berat tentang saya, selalu bagi saya hadiah yang saya suka.
Kak A: Dia ada minta apa-apa?
B: Dia cuma minta saya cintakan dia dan saya percayakan dia. Itu sahaja.
Kak A: Kalau akak buat apa yang dia buat untuk kamu, adakah kamu akan cintakan akak sepertimana kamu cintakan dia?
B: Saya sayang akak.
Kak A: Cinta?
B: Sayang je lah, kak.
Kak A: Kenapa? Geli ke?
B: Lain macam je bunyinya kalau macam tu.
Pabila kita tengok situasi di atas, adakah cinta itu hanya boleh dibuktikan dengan kata-kata dan harta benda?
Kita lihat situasi sekarang, jika Adam kata Adam cintakan Hawa, Hawa kan mudah percaya.
Jika Kak A kata Kak A cintakan Hawa, lain jadi tafsirannya.
Kenapa boleh jadi begini?
Kerana kebanyakan kita telah letak pemikiran kita yang sebegitu rupa.
Sebab itu kalau kita kata yang kita cintakan kawan kita yang sejenis dengan kita, orang akan fikir pelik.
Kita kembali pada asalnya.
Cinta itu terlalu luas.
Itu kata kuncinya.
Disalahertikan tidak mengapa, tapi jangan disalahgunakan.
Kak A: (Senyum) F nak tahu buktinya?
F: Nak!
Kak A: Buktinya, tengok badan F, sihat tak?
F: Alhamdulillah, sihat.
Kak A: Tengok muka F, cantik tak?
F: (Senyum) Cantik.
Kak A: Tengok F sekarang, bahagia tak?
F: Alhamdulillah kak, bahagia.
Kak A: Itu baru sikit bukti Allah cinta akan F. Kalau nak senaraikan, mungkin sampai tak terkira dan kebanyakannya akak tak tahu. Contohnya sekarang, nikmat Iman dan Islam itu sendiri adalah bukti Allah cintakan F.
F: (Senyum) Alhamdulillah kak. Terima kasih, kak.
Daripada dialog di atas kita dapat lihat bukti Allah cinta kepada hamba-hambaNya.
Syaza pulangkan kepada anda untuk menilainya.
Alhamdulillah. Itulah ucapan yang selalu kita mampu tuturkan.
Ya Allah, Engkau makmurkan kami dengan kurniaMu dan memelihara kami dengan pemberianMu.
Sempurnakan bagi kami limpahan nikmatMu. Jauhkan kami keburukan azabMu.
Berikan bagi kami, di dunia dan di akhirat, yang paling tinggi dan paling mulia, lambat atau segera.
BagiMu, pujian atas keindahan ujianMu dan limpahan kenikmatanMu. Dan bagiMu, pujian yang seiring dengan keredhaanMu yang sepadan dengan kebesaran kebajikanMu.
Ya Allah, di anatara nikmatMu yang besar, alirkan pada kami supaya terus-menerus mengingatiMu.
Izinkan kami berdoa padaMu, memohon agar hamba ini pandai bersyukur dan mendambai cintaMu.
Tuhanku, ilhamkan pada kami supaya zikir padaMu dalam bersendirian dan bersama, pada waktu siang dan malam, dalam suka dan duka.
Bimbinglah kami dalam amalan suci dan perkara yang Kau redhai. Balaslah kami dengan timbangan yang memadai.
Ilahi, berilah kami kekuatan supaya berkorban demi cintaMu.
Kurniakan kepada kami ilmu sedikit lebih tinggi sehingga kami mampu mengenal keagunganMu.
CintaMu begitu besar pada kami tetapi kecil syukur kamu padaMu dan sering kali kami melupakanMu.
Ilahi, Maha Suci Engkau!
Alangkah sempitnya jalan bagi orang yang tidak mempunyai jalan!
Alangkah jelasnya jalan bagi orang yang telah Kau tunjukkan!
Bimbinglah kami ke jalan menujuMu.
Lapangkan kami ke jalan paling hampir ke arahMu.
Dekatkan bagi kami yang jauh.
Mudahkan bagi kamu yang berat dan sukar.
Gabungkan kami dengan hambaMu yang berlari cepat mencapaiMu, yang sentiasa mengetuk pintuMu, yang malam dan siangnya beribadah padaMu, yang bergetar takut kerana kehebatanMu, yang Kau bersihkan tempat minumnya, yang Kau penuhi permintaannya, yang Kau puaskan dengan kurniaMu, yang Kau penuhi dengan kasihMu.
Kerana Engkau, mereka mencapai kenikmatan menyeruMu.
Dari Engkau, mereka memperolehi puncak cita-citanya.
Wahai Zat yang menyambut orang yang menemuiNya, yang kembali kepada mereka dengan memberi kurnia, yang mengasihi serta menyayangi orang yang lalai mengingatinya, yang mencinta orang yang tertarik pada pintuNya.
Kasmi memohon kepadaMu, jadikan kami yang paling banyak mendapat kurniaMu, yang paling tinggi kedudukannya di sisiMu, yang paling besar bahagiannya dari cintaMu, yang paling utama memperoleh makrifatMu.
UntukMu sahaja dicurahkan harapan kami.
PadaMu jua tumpuan hasrat kami.
Engkaulah tempat kembali kami, tidak ada yang lain.
KeranaMu sahaja kami tegak berjaga, tidak kerana yang lain.
Perjumpaan denganMu mendinginkan hati kami.
Perjumpaan denganMu menjadi cinta pada diri kami.
PadaMu mendambakan diri kami.
PadaMu tumpuan kami.
Pada kasihMu gelora rindu kami.
MendampingiMu keinginan kami.
MendekatiMu puncak permohonan kami.
MenyeruMu damai dan tenteram kami.
Di sisiMu penawar derita kami, penyembuh luka kami, penyejuk duka kami, penghilang sengsara kami.
Oleh kerana itu, jadilah Engkau sahabat kami dalam kesunyian, yang menolong kebaikan kami, yang memaafkan ketika kami tergelincir, yang menerima taubat kami, yang memperkenankan taubat kami, yang memperkenankan doa kami, yang menjadikan kami kaya.
Jangan putuskan kami dari sisimu.
Jangan jauhkan kami dari diriMu.
Wahai, Tuhan Kami.
Amin~
Wassalam~
No comments:
Post a Comment