Nuffnang Ads

Friday, June 13, 2008

Kata-Kata Hikmah

Kesilapan lalu jadikan iktibar diri,
Bukan untuk ditangisi dan disesali.


Gantikan dendam dengan kasih sayang,
Gantikan amarah dengan mahabbah,
Gantikan sengketa dengan cinta,
Gantikan fitnah dengan umpat yang muafakat.
Hidup akan bernaung rahmat.


Pelaut sejati tak pernah gelisah oleh gelombang
Kerana dia yakin selepas itu laut akan tenang,
Pejuang hakiki tak pernah resah oleh rintangan
Kerana dia yakin selepas itu ada kemenangan.


Jangan pernah merasa kecil
di depan dugaan,
Jangan pernah merasa kalah
oleh ujian,
Jangan pernah merasa hilang
harapan oleh cubaan,
Yang bijak akan menjadikan
musibah sebagai peluang untuk
bermuhasabah,
Yang pintar akan menjadikan
kesempitan sebagai kesempatan
untuk menjadi matang dan berjaya.


Sebab menang dan sebab kalah berbeza,
Pelajarilah rahsia kemenangan dan jauhi
pula punca kegagalan.


Tiadalah dugaan itu melainkan
mematangkan insan,
Tiadalah rintangan itu melainkan
memberikan hikmah kebijaksanaan,
Tiadalah ujian itu melainkan tanda
kasihnya Allah.


Sahabat yang baik itulah keikhlasan,
Teman sejati itulah keredaan,
Kawan setia itulah teguran,
Rakan akrab itulah kejujuran,
Taulan istimewa itulah ketaqwaan.

No comments:

Post a Comment