Nuffnang Ads

Sunday, May 10, 2009

Munajatku

“ Ya Allah,
Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
Kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari-Mu,
Kami beriman kepada-Mu, kami berserah kepada-Mu
Dan kami memuji-Mu dengan segala kebaikan,
Kami mensyukuri dan tidak mengkufuri-Mu,
Kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud,
Dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
Kami mengharap rahmat-Mu dan kami takut akan azab-Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah,
Muliakanlah Islam dan umat Islam,
Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada,
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala dan peperangan.

Ya Allah,
Wahai Tuhan Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Bumi,
Tuhan Arasy yang Agung,
Berilah pertolongan-Mu,
Kurniakanlah mereka taufik dan hidayah,
Jernihkanlah mata pendengaran mereka sejernih salju
Dan bukakanlah pintu hati mereka yang sombong terburu-buru dan keras menjatuh hukum,
Mereka yang tidak faham dan angkuh enggan mengetahui…

Ya Allah,
Selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
Hindarkanlah kami dari segala bala
Kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya
Melainkan Engkau, ya Allah…

Selawat dan salam buat penghulu kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Amin Ya Rabbal A’lamin”

Wednesday, May 6, 2009

Kisah Tudung

Bacalah utk peringatan semua...

Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya.. sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

Beginilah isi surat saudara tuh...

1. Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2. Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e. g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...

3. Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat.. kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit.. silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....

4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi.. bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan.. siapa nak jawab tu...

6. Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun.. punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali... touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi.. bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc.... sila rujuk
(al-Ahzab: 33 ) boleh gitu ?

7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak... ooo... saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8. Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke.... org masih boleh buat terkaan...

9. Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti kena match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari... etc yg ni pun lebih kurang yg no. 6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

Betul... di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak-pinak pun..)dan tak pernah change pun stail bertudung.. warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju. Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..

Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pun confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg mana yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot! -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah.... ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na, tudung cam na

Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita. So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati... bukan main ambil separuh2 yg kita suka ... no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

Wallahua'lam

Bila...

Ya Allah,
Bila aku mati,
Matikanlah aku dalam iman,
Bila aku lupa,
Ingatkanlah aku tentang kematian.

Ya Rabbi,
Bila tiba ajalki,
Ingatkan aku tentang keindahan syurgaMu,
Bila aku alpa akan perintahMu,
Ingatkan aku tentang azab seksaan nerakaMu.

Ya Rabbul Izzati,
Bila aku menghembuskan nafas terakhirku,
Paparkanlah tentang kebaikanku,
Bila aku terlena dengan keasyikan duniaMu,
Turunkanlah musibah kepadaku,
Agar aku tidak melupakanMu.

Ya Muhaimin,
Ampunilah dosa-dosaku di dunia ini,
Agar syurgaMu akan ku tawani,
Untuk hidupku yang kekal abadi di akhirat nanti.