Nuffnang Ads

Sunday, May 10, 2009

Munajatku

“ Ya Allah,
Sesungguhnya kami bermohon pertolongan-Mu,
Kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari-Mu,
Kami beriman kepada-Mu, kami berserah kepada-Mu
Dan kami memuji-Mu dengan segala kebaikan,
Kami mensyukuri dan tidak mengkufuri-Mu,
Kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud,
Dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
Kami mengharap rahmat-Mu dan kami takut akan azab-Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah,
Muliakanlah Islam dan umat Islam,
Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada,
Angkatlah dari mereka kesusahan, bala dan peperangan.

Ya Allah,
Wahai Tuhan Yang Menguasai Kerajaan Langit dan Bumi,
Tuhan Arasy yang Agung,
Berilah pertolongan-Mu,
Kurniakanlah mereka taufik dan hidayah,
Jernihkanlah mata pendengaran mereka sejernih salju
Dan bukakanlah pintu hati mereka yang sombong terburu-buru dan keras menjatuh hukum,
Mereka yang tidak faham dan angkuh enggan mengetahui…

Ya Allah,
Selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
Hindarkanlah kami dari segala bala
Kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya
Melainkan Engkau, ya Allah…

Selawat dan salam buat penghulu kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Amin Ya Rabbal A’lamin”

No comments:

Post a Comment