Sentuh. Kau sentuh lelaki perempuan depan mata aku. Itu mungkin kebiasaan bagimu. Tapi maaf bukan untukku. Sakit mataku, kau tahu?
Dah terlalu banyak dosaku. Kau pula ingat tambah secara percuma. Kenapa pula? Kerana aku tak berani berbicara. "Wei, haram la wei."
Apa yang aku lakukan?
Cegah dalam hati sahaja.
Lemah, bukan?
Sangat.
Tolonglah. Buka mata. Hidup kita hanya sementara. Aku tahu, aku bukan sesiapa. Hanya insan biasa-biasa.
Tapi... Aku mahu masuk SyurgaNya. Aku mahu bawa kau bersama. :')
No comments:
Post a Comment