Apa khabar kalian?
Ya Allah, dah berhabuk dah blog ni.
Bukan tak nak update, tetapi tugasan dah semakin menggunung dan perasaan malas semakin membuak-buak. Astaghfirullah.
Walaupun tak buat...
Maafkan Syaza ya, kawan-kawan... ;)
Menjaga Hati Orang Lain Sehingga Lupa Jaga Hati Sendiri.
Setiap manusia ada personaliti masing-masing.
Ada yang dahulukan hati mereka sendiri sebelum hati orang lain.
Ada yang dahulukan hati orang lain sebelum hati sendiri.
Menjaga hati orang lain itu kadang-kala sudah menjadi satu keperluan bagi kita sebagai manusia.
Tujuannya supaya kawan-kawan kita tidak terasa dengan apa yang kita katakan.
Supaya kawan-kawan kita senang berkawan dengan kita.
Supaya kawan-kawan kita tak ada dendam terhadap diri kita.
Menjaga hati sendiri itu sudah menjadi kemestian.
Tujuannya supaya hati kita tidak disakiti.
Supaya hati kita tidak dilukai.
Supaya hati kita tidak ada dendam terhadap orang lain.
Kadang-kala, kita menjaga hati orang lain, tetapi tak pernah ada pun orang lain itu menjaga hati kita.
Dari situ timbulnya rasa tidak puas hati.
Lumrah manusia, kita memberi sesuatu kepada orang lain dan kita mahu orang itu beri sesuatu kepada kita semula.
Begitu juga dengan hati, kita menjaga hati orang lain dan kita mahu orang lain juga menjaga hati kita.
Tetapi, kadang-kadang ada orang yang menyuruh orang lain menjaga hati dia, tetapi dia tidak pula menjaga hati orang lain.
Tidak kira yang mana satu jenis anda, Syaza sarankan, jagalah hati orang lain dan jangan lupa hati sendiri untuk dijaga. ;)
Ikhlaskan setiap perlakuan kita terhadap orang lain dan jangan terlalu harap balasan daripada orang lain kerana balasan indah daripada Allah menunggu anda jika anda ikhlas melakukan sesuatu kebaikan. ;)
Dari Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.” (al-Bukhari)
Oleh itu, ikhlaskan hati anda.
Jaga hati orang lain itu PERLU, jaga hati sendiri itu MESTI.
Itu sahaja.
Wassalam~ ;)
No comments:
Post a Comment