Assalamualaikum semua.
Apa khabar kalian?
Syaza harap semua sihat. InsyaAllah. ;)
Kawan, Aku Tahu Kamu Tahu, Tetapi Kamu Biarkan Sahaja Bukan?
Contoh situasi:
Abang K: Adik A dan Adik B, abang nak ajak adik-adik pergi ke satu kursus nak ikut tak?
Adik A dan Adik B: Bila bang?
Abang K: Lusa.
Adik A dan Adik B: InsyaAllah, boleh.
Keesokan harinya...
Adik A: Bang, adik minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat pergi kursus tu. Ibu adik tak bagi. Jauh...
Abang K: Tak apa lah. B nak pegi tak?
Adik A: Nan ti adik tanya B.
Di rumah.
A: B, aku tak dapat pergi. Ibu tak bagi.
B: Kalau kau tak pergi aku pun tak pergilah.
Pada petangnya...
Adik A: Bang, adik tak dapat pergi tau.
Abang K: Tak apa. B dapat pergi tak?
Adik A: B!!! Sini sat. Aku confirm tak dapat pergi ni. Kau pergi tak?
Adik B: Abang pergi tak?
Abang K: Kalau tak pergi tak apalah.
Adik B: Abang pergi seorang?
Abang K: Mungkin...
Adik B: Tak apalah. Biar B temankan.
Abang K: Betul nak ikut abang?
Adik B: Yup. Berdua lebih baik. Hehe.
Adik A: -_-"
***
Jika anda sebagai kawan B, apa yang anda lakukan?
Diam atau halang?
Anda beritahu perkara sebenar?
Saya respect!
Anda diam?
Saya tahu anda tidak sanggup menyakiti hati rakanmu itu. Tetapi...
Kawan...
Kamu tahu apa hukumnya.
Kamu ada asas agama.
Kamu ada ilmu agama yang kamu tuntut sehingga tingkatan 5.
Tetapi apa yang kamu lakukan, kawan...
Pernah kamu fikir pandangan orang jika kamu keluar berdua.
Dan benar tanggapanku.
Paling penting, pernah kamu fikir apa pandangan Allah terhadap aopa yang kamu lakukan?
Pernah atau tidak itu, kamu sahaja yang boleh menjawabnya.
Sudah banyak kali aku lihat perkara ini berlaku.
Aku tahu kamu tidak bernai menceritakan kepadaku jika kamu ingin keluar dengan rakanmu.
Kerana mungkin kamu tahu apa tanggapanku.
Inginku kongsikan di sini tatacara pergaulan dalam Islam. Antara salah satunya ialah:
Tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita.
Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan akan hadir di antara keduanya yang ketiga iaitu iblis.
Pertemuan perlulah di tempat awam bukan di kawasan yang tersorok daripada pandangan ramai. Ini penting bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan supaya melakukan perkara-perkara maksiat.
Hadith Nabi menyarankan :” Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mahram yang dibawa perlulah individu yang sudah berakal, baligh dan berupaya mencegah kita daripada melakukan kemungkaran.
Cukup jelas di sini. Aku harap kau memahami.
Pesanan buat diri sendiri juga.
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perkara yang Kau larang. :')
Wassalam~
No comments:
Post a Comment