Nuffnang Ads

Thursday, December 31, 2009

Madah Seorang Hamba

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Bagaimana mungkin ku lafazkan setia,
Tatkala sungai yang cetek belum mampu kuredahi...

Mana mungkin untukku menggapai segala cita,
Sedang hutan belantara masih kugeruni...

Mampukah aku menjadi seorang hamba,
Apabila jiwa bergelora dahagakan duniawi...

Adakah aku benar-benar dianugerah keredhaan-Nya,
Sedang nikmat sebesar benua belum mampu kusyukuri...

Benarkah aku seorang pendusta,
Pendusta segala kepercayaan Ilahi,
Meninggalkan segala perintah yang hakiki,
Menjadikan larangan abadi sebatian diri...

Aku benar sang pencinta,
Takkan kupalingkan hatiku daripada-Mu Ya Rabbi...

Benar aku insan yang lemah tak bermaya,
Namun ku pasti kekuatan-Mu sentiasa di sisi...

Aku tidak mudah berputus asa,
Kerana aku berpegang kepada janji,
Janji yang terpateri saat kulahir ke muka bumi,
Untuk menegakkan panji ke-Esaan-Mu walau dikeji...

Aku mohon pada-Mu Yang Maha Berkuasa,
Kurniakan bagiku rasa hina dalam diri,
Aku tidak mahu mendongak tinggi,
Hingga kulupakan bahang api...

Aku tidak fasih berpujangga,
Hanya keikhlasan yang kutawarkan dari lubuk hati,
Belas kasih-Mu tidak akan kulupai,
Akan kuabdikan diriku sebagai pejuang yang sejati...

Perjuangan menuntut pengorbanan...
Kekuatan lahir dari kelemahan...
Kehinaan bersulamkan kemuliaan...

p/s:Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.

Photobucket

No comments:

Post a Comment