"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” (Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna)
p/s:Sbb 2 jgn judge people just by its cover. x bek2! oK,Wassalam~
No comments:
Post a Comment