Nuffnang Ads

Wednesday, June 3, 2009

Aku Dunia




Dunia,
Kau adalah tempat persinggahanku,
Kau adalah tempat pengumpul amalanku,
Kau juga adalah tempat bersuka ria pembawa dosaku.

Dunia,
Mengapa engkau melalaikan manusia?
Mengapa engkau menghasut hamba?
Mengapa engkau memperdayakan kami semua?
Mengapa?

Kerana Allah ingin menguji keimananmu,
Kerana Allah ingin melihat ketabahanmu,
Kerana Allah ingin menilai kentalnya hatimu.

Kata dunia kepadaku,
Permukaanku penuh tipu daya,
Setiap pelusukku penuh syaitan jantan dan betina,
Di daratan,lautan mahupun udara,
Manusia bergelomang akan dosa di sini sana.

Rakanmu ditipu oleh keindahanku,
Melakukan maksiat tidak mengenal erti malu,
Lena bermain dengan cinta nafsu,
Adakah dia tidak tahu,
Akan hancurnya aku pada akhir waktu?

Akan tercatat amalanmu oleh malaikat Raqib,
Akan tertulis dosamu oleh Atid,
Adakah kamu sedar akan semua itu?
Janganlah kamu terlena dengan keindahanku.

Terima kasih dunia,
Akanku sampaikan pada rakan,teman dan sahabatku,
Terima kasih atas ingatanmu padaku!
Nukilan:Syaza Syafeeqah


No comments:

Post a Comment