Jika kamu bertaubat,
Tapi selalu tergoda,
Dan kau lemah tidak kuat,
Taubat lagi hai pendosa.
Taubat pasti diterima Tuhan,
Maka kembali lagi.. ..kembali
Hinggalah taubatmu bertahan,
Bertaubatlah berkali-kali.
Bani Adam sentiasa khilafi,
Kerana itulah dia fitrah insani,
Maksiat berlaku berulang kali,
Bertaubatlah berkali-kali.
Tidak tercapai dek akal nazari,
Pendosa yang bertaubatDitunggu,
dirindui Ilahi,Nah! apa yang ditunggu lagi,
Bertaubatlah berkali-kali.
Maksiat dilakukan,
Lalu dosanya mencengkam hati,
Disana adanya jalan (keluar),
Bertaubatlah berkali-kali.
Bertaubatlah berkali-kali,
Pada Tuhan Empunya diri,
Bertaubatlah berkali-kali,
Ampunan Tuhan itu yang pasti.
slm..nk mntk permission share sajak nih boleh? sya akn creditkn nma awk nt..inshaAllah~=]
ReplyDelete