Nuffnang Ads

Monday, February 22, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (1)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Terdetik di hati Syaza utk menceritakan kisah & perjalanan hidup nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W b'sempena dgn Maulidur Rasul yg semakin menghampiri kita.

Biasanya, sempena bulan Rabiulawal, bulan di mana Nabi Muhammad dilahirkan, Syaza & keluarga akan membaca berzanji utk memperingati kembali kisah-kisah Baginda.

So, Syaza nak kongsikan. Kisah ini bersambung, sbb e2 Syaza ada tulis (1) kat tajuk sbb ini adlh Bahagian 1. :)

Marilah kita hayati b'sama.

*************************************

Ku mulakan karangan ini, dgn nama Allah Tuhan Ilahi,
Ku mohon limpah berkat atas segala nikmat yg telah diberi,
Ku ucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji,
Ku iringkan pujian dgn kesyukuran yg amat tinggi.

Ku pohonkan semoga Allah cucurkan rahmat & selamat kpd junjungan yang nurnya mula2 dijadikan Allah di alam nyata,
Nur yg berpindah dari keturunan demi keturunan, yg semuanya keturunan mulia,
Kupohonkan semoga Allah kurniakan keredhaan, khasnya kpd seluruh keluarga Baginda,
Amnya, kpd sekalian sahabat, pengikut2 , pengikut2 sahabat & org2 terkemudian dari masa ke masa.

Ku pohonkan kurniaan hidayah, menuju jalan yg terang nyata,
Juga menuntut elakkan drp langkah2 yg sesat melata,
Ku siarkan sesudut kisah junjungan dlm gubahan yg indah cipta,
Gubahan dari nasab yg mulia yg menyedapkan pendengaran sesiapa juga.

Ku pohonkan pertolongan Allah, Tuhan yg gagah perkasa,
Sesungguhnya tiada daya & tiada upaya, melainkan dgn pertolongan Allah yg Maha Kuasa.

Harumkan Ya Allah, makam junjungan yg mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

No comments:

Post a Comment