Nuffnang Ads

Showing posts with label Penulis Hingusan. Show all posts
Showing posts with label Penulis Hingusan. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Bahasa Arab?

Assalamualaikum.



Tersentap seketika aku untuk kelas pertama buat hari ini.
Kelas Bahasa Arab Komunikasi untuk pengayaan diri.
Aku pilih bahasa Arab untuk bahasa ketiga kerana aku mahu belajar akannya. Lama dah aku tinggalkan untuk memahami bahasa arab.
Kalau sebelum ni, aku terkejar-kejar untuk belajar bahasa Jepun dan Korea.
Tapi aku tidak pilih bahasa-bahasa itu untuk bahasa ketiga aku di universiti ini. Semoga Allah redha dengan pilihan ini. InsyaAllah.
Kalau sebelum ni, memang pernah terdetik di dalam diri untuk belajar sedikit-sedikit bahasa Arab, namun setiap kali itu juga aku kalah dengan diri aku sendiri yang lebih mengutamakan aku untuk mempelajari bahasa Jepun.
Dan alhamdulillah, mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk aku peringat kembali apa yang telah aku pelajari masa sekolah rendah dulu.

Sejak kecil lagi aku dididik untuk mengenal huruf-huruf Arab, membaca Iqra', Muqaddam dan seterusnya Al-Quran.
Sehingga kini, alhamdulillah masih fasih dalam membaca al-Quran.
Walaupun sudah banyak kali khatam, walaupun banyak kali membaca Al-Quran beserta terjemahannya, namun aku masih tetap lupa akan maksud-maksud disebalik ayat-ayatnya.

Ustaz kata, selama ini kamu baca al-Quran, adakah kamu faham akan maksudnya?
Faham akan setiap perkataannya?
Ya Allah, terasa jahilnya diri aku.
Setiap hari baca Al-Quran, tetapi masih belum faham akan maksud ayat-ayatNya, walaupun membaca beserta terjemahannya.

Pabila Ustaz cakap macam tu, serious talk aku rasa jahil sangat.
Aku rasa macam bersalah sangat.
Bersalah pada Allah, Rasulullah, keluarga dan bersalah pada diri.
Aku rasa macam, aku masih tak layak lagi untuk masuk Syurga Allah.
Membaca al-Quran dan memahami Al-Quran itu perkara yang sangat berbeza.
Berapa perkara yang kita benar-benar faham tentang ayat-ayat dalam al-Quran?
Allah... Semakin disenaraikan, semakin rasa jahilnya aku.

Dan kerana itu juga, aku rasa lebih yakin untuk belajar bahasa Arab walaupun sebenarnya sebelum ini aku berbelah bahagi sama ada nak ambil Arab atau Jepun.
Moga ini adalah pilihan yang terbaik untuk aku.
Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Doakan aku.

#iniceritaaku

Wassalam~

Perginya Aku dari Sisi Mereka.



Mereka merupakan 'orang kuat' dalam kehidupan aku.
Adakah kita masih punya peluang untuk bersua?
Jika bukan di dunia,
Yang pasti kita akan jumpa di akhirat sana.

Semoga kalian berada di dalam lindungan rahmatNya.
Doaku sentiasa mengiringi kalian.
Jangan lupa untuk doakan aku jika aku sudah tiada.
Sama ada tinggalkan kamu mahupun tinggalkan dunia.

Aku mahu kau tahu,
Aku sayang dan cinta akan kamu kerana Allah.
Moga cintaku buat kamu dapat bawa aku ke syurgaNya.


Doakan aku.

Tuesday, September 1, 2015

Penjodoh Bilangan.



Aku bukan manusia sempurna.
Aku bukan manusia yang paling beragama.
Aku bukan manusia yang kau wajib dengar nasihatku sahaja.
Aku bukan manusia yang layak untuk memberi ceramah sini sana.

Pabila penjodoh bilangan disalahguna, mula kecoh satu dunia.
Aku bukan menangkan sebelah pihak sahaja.
Aku tahu benda tu salah. Aku tahu.
Tetapi kamu juga tahu, apabila marah atau geram sudah menerpa, penjodoh bilangan, kata yang sopan sudah hilang terbang merata.

Tipu jika kita juga tidak pernah guna.
Tipu.
Kadang-kala, kita cakap main lepas sahaja.
Oh, bukan kita ya?
Mungkin aku saja.
Deal?

Kadang-kala, rakan-rakan aku juga pernah kata begitu.
Guru-guru aku juga mungkin pernah guna perkataan sebegitu tanpa sengaja.
Tapi tiada pula dapat liputan yang meluas sebegini caranya.
Sedangkan, mereka juga pemimpin bukan?
Kita semua pemimpin, bukan?

Aku sedar akan satu perkara,
Kalau kita sudah mula membenci seseorang, silap sedikit pun kita perbesar-besarkan.

Aku ada menegur seseorang yang mula memperbesarkan perkara ini, 
Tetapi aku dapat teguran yang 'adakah aku menyokong orang yang menzalimi?'
Aku tersenyum.
Mesti kau akan kata, pemerintah kita itu lagi zalim menipu rakyat semuanya. Kau mahu ikut dia zalim sekali atau sebaliknya?
Dan aku memilih untuk terus berdiam diri.
Apabila mereka menegur, disangka mereka yang betul.
Apabila kita menegur, ya aku sahaja yang salah.

Lalu, aku terfikir satu perkara.
Adakah mengaibkan orang itu sudah bukan perkara yang salah?
Ya, mungkin salah aku kerana tidak menegur pemimpin kita bahawa dia menggunakan penjodoh bilangan yang salah.
Ya, salah aku.

"Eh, dia yang mengaibkan diri dia sendiri. Dia pemimpin perlu menjadi contoh kepada rakyatnya. Bukannya memaki hamun sini sana."
Ya, aku tahu.

Marah.
Rasa ini sangat berbahaya.
Bahaya untuk, aku, kamu dan sesiapa sahaja.
Sekiranya sudah tidak dapat disimpan lagi, sama ada dari segi perkataan, perbuatan, semuanya sudah tidak dijaga.
Adakah kamu tidak pernah rasa marah bagaimana?
Aku pernah.
Kerana itu mungkin aku lebih memahami bagaimana rasanya.
Kerana aku juga pernah terlepas kata dan menyesal kemudiannya.
Tetapi apa yang kita boleh lakukan pada hati-hati yang telah kita sakiti?
Tiada apa-apa, selain menyesal dengan perbuatan kita.
Tapi, apa yang biasanya mereka lakukan?
Pendam sampai ke akhir nyawa.

Aku tahu aku tidak se-alim kamu.
Tapi yang aku tahu, aku tidak se-zalim kamu.

Bukankah Islam juga sudah mengajar kita untuk menegur dengan baik.
Apa salahnya sekiranya kita direct message atau emel kepada dia, tentang penggunaan bahasanya.
"Maaf Dato', saya sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah pemerintahan Dato' ingin menegur tentang penggunaan penjodoh bilangan yang telah disalahgunakan oleh Dato'. Diharapkan Dato' lebih berhati-hati sebelum menutur bicara. Daripada saya, rakyat Malaysia yang berbudi bahasa."

Apa salahnya di sana?
Tidak perlu kecoh satu dunia.

Kalau kamu fikir cara kamu betul, bagaimana pula dengan cara aku yang ini?
"Ah, kau fikir ada orang yang ingin baca nasihat sebegini? Ada orang yang masih terima?"
Kalau kamu, mana satu yang kamu pilih?
Aku serahkan pada kamu.

Lepas ni, mesti ada saja yang berkata,
'Ah, dia ni orang kerajaan ni.'
'Dia ni orang kuat UMNO, BN ni.'
'Dia ni kena suap rasuah oleh PM ni.'

Terpulang apa kata kamu.
Yang aku tahu, aku tahu mana salah dan mana yang betul.
Sekiranya cara aku ini salah, ya aku persilakan untuk menegur aku.

Kalau ditegur sudah melenting, kau rasa adakah kau layak untuk menegur?
Aku terbaca penulisan oleh BudakTomato dalam bukunya Esc.
Yang lebih kurang maksudnya, kita hendak orang dengar teguran kita, kita juga perlu menerima teguran orang.
Adakah kita telah cukup sempurna sehinggakan tiada orang yang boleh menegur kita?
Adakah orang yang tidak cukup ilmu agama seperti aku, tidak boleh menegur orang yang lebih beragama?
Aku tertanya-tanya.

Ini hanya kisah penjodoh bilangan yang tersalahguna.
Bila marah sudah memenuhi jiwa, kata dan perilaku akan musnah semuanya.
Maka kita mahu salahkan siapa?
Kalau itu dah memang namanya MANUSIA.

Wassalam~

Sunday, August 30, 2015

Ada Apa Dengan Bersih 4.0?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum korang nak baca ni, aku nak bagi tahu yang aku perlukan orang yang open-minded dan sedia menerima pandangan penulis hingusan macam aku.
Ini hanya sekadar pendapat aku.
Sekali lagi aku tekankan ini hanya sekadar pandangan aku.

Nak kecam aku?
Terpulang.
Sudah aku bilang bahawa ini pandangan aku.
Dan aku juga punya hak bersuara seperti kamu yang ingin hak suara didengari. Hah.


Ada apa dengan Bersih 4.0?
Sebelum aku bagi pendapat aku, mari tengok tujuan sebenar mereka.

Lima tuntutan Bersih 4.0:

* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

Seperti yang kita tahu perhimpunan kali ni akan dilakukan berdekatan tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia.
Menurut tarikh yang diberikan ialah 29 dan 30 Ogos, tetapi aku dengar-dengar 31 Ogos pun akan ada juga.

Hari Sabtu aku jalan-jalan, yang cuma ada dijalanan adalah road block oleh barisan polis-polis yang sangat ramai dari setiap sudut. 

Hari ni aku jalan lagi sebab nak survey barang adik. Sebab dia free hari Ahad sahaja.
Dan kali ni, jalan banyak yang tutup.
Nasib baik naik motor.
Naik motor pun kena fikir jalan lain tahu?
Perjalanan yang mengambil masa 10 minit dah membuatkan perjalanan aku 40 minit sebab nak cari jalan yang tak tutup pun susah. Jalan tutup kena patah balik cari jalan lain.
Dan penutupan jalan memakan jalan yang sangat besar.
Jadi memang menempuh jammed la nak lalu jalan lain tu. Sebab semua orang akan menumpu jalan yang sama. Dah tak ada jalan alternatif dah.
Jalan rahsia pun jadi jammed.

Kalau korang ada hak untuk berdemonstrasi, aku ada hak untuk bersuara.
Aku tak salahkan polis yang menjalankan tugas untuk menjaga keamanan negara.
Aku salahkan orang yang nak berdemonstrasi ni sebab tak fikir orang lain yang nak mencari keamanan dan kemerdekaan sebenar.

Aku tahu perkara ni dah lama jadi, tentang pemerintah atau negara-Malaysia-masih-aman.
Kau fikir kalau kau buat macam ni negara kita makin aman?
Kau mahu pemerintah mendengar suara rakyat.
Ya, boleh. Tapi bukan masa ni.
Bukan masa Hari Kemerdekaan kita yang bakal berlangsung esok.

Masa ni lah best, dapat perhatian lebih meluas.
Ya seronok bagi kau, tapi bukan aku yang ingnkan kebebasan dalam pergerakan ke sini sana.
Jalan yang dekat jadi jauh.
Alaaa, bukan selalu...
Aku naik motor supaya senang nak gerak dan senang sampai destinasi, tapi aku tak rasa macam ni sejak ada perhimpunan ni.

Aku terbaca, perhimpunan ini juga untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Tetapi disebabkan perhimpunan inilah ramai peniaga yang tak dapat pendapatan pada hari-hari seperti ini kerana jalan tutup, jadi orang tak boleh nak datang.

Aku bukan kata tak boleh nak buat demonstrasi, tapi kena sesuai dengan hari.
Aku tak rasa MERDEKA itu di mana, apabila adanya perhimpunan ini.

Kau ada hak untuk memilih, begitu juga dengan aku.
Kau ada hak bersuara, begitu juga dengan aku.
Kau ada hak untuk berdemonstrasi, begitu juga dengan aku.

Kau guna cara kau.
Aku guna cara aku.

Kalau demonstrasi yang mengganggu ketenteraman orang itu adalah cara kau, terpulang.
Kerana aku menulis apabila aku ingin meluahkan perasaan.

Eh, ini jihad la!
Mungkin jihad bagi kau lain.
Jihad aku adalah bagaimana ingin menghalang rasa memberontak dalam diri.

Oh ya, aku lupa nak nasihat.
Kalau kau ikut mana-mana perhimpunan, tolong jaga ikhtilat.
Kerana kebanyakannya, aku nampak ikhtilat tak terjaga sekiranya ada perhimpunan sebegini.
Dari aku, pemerhati-dari-jauh.
Aku-bukan-budak-baik yang nak jadi baik.

Sekali lagi, ini hanya pandangan penulis hingusan macam aku.
Tak nak terima tak mengapa.
Sudah aku bilang, yang aku perlukan pembaca yang buka-minda nya.

Ini apa yang aku rasa.
Kalau tak puas hati, aku sudah sedia tulis biodata aku yang aku tulis ikut suka, tulis ikut rasa dan ikut suka dia.

Wassalam~

Monday, August 24, 2015

Kadang-kala...

Bismillah...



Kadang-kala aku menghilangkan diri tanpa berita.
Kadang-kala aku berdiam diri tanpa sebarang kata.
Kadang-kala aku bersendiri tanpa semena-mena.

Aku lari jauh semampuku.
Walau ia hanya dalam lamunanku yang tak nyata.

Berhenti saat hujan turun membasahi tubuhku.
Menangis tanpa segan silu.
Kerana tiada siapa yang tahu.

Di saat hujan reda, matahari menemaniku dengan sinarnya.
Aku tidak terus tersenyum.
Aku tunduk dan terus berjalan di sisi manusia.
Sembunyikan mata yang merah dan berair itu.
Seka air ata yang terakhir.

Aku lari tanpa kata.
Aku lari tanpa lihat sini sana.
Aku lari tanpa dengar apa-apa.

Lari terus membawa diri yang lara.
Mungkin.
Lari membawa diri yang tidak tahu puncanya.
Lari tanpa mendapat jawapannya.

Ya,
Kadang-kala ada saat yang kita rasa hati kita seperti tidak kena.
Tidak tahu kenapa dan mengapa.

Penyelesaiannya?
Kau bentang tikar sejadah.
Lakukan solat taubat.
Di situlah jawapannya.
Diri kita, rindu pada Yang Maha Esa.
Dan Dia sebenarnya rindu pada kita.

Allahu rabbi~

Friday, August 14, 2015

#TipsMasukU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ni kita panas dengan #TipsMasukU.
Macam-macam tip yang ada.
Setiap U lain-lain tip yang diberikan. Hah...
Kalau aku yang jadi junior, ketaq lutut nak masuk U.
Caring giler abang-abang dan kakak-kakak U ni siap ada hashtag-tips-masuk-U untuk adik-adik. Hah,,,

Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang berjaya untuk menjejaki alam universiti.
Buat adik-adik yang tak berjaya buat masa ni, jangan sedih dik, banyak lagi peluang lain yang mungkin adik-adik tak nampak.
Adik boleh cari kerja sambilan dulu buat sementara waktu.
Kalau nak belajar juga, boleh cari kolej-kolej swasta yang diminati.

Disebabkan semua pun sedang sibuk untuk persiapkan barang-barang dan diri untuk masuk U, akak pun nak bagi tips untuk masuk U ni. Hah...
Akak ni alhamdulillah dah 3 kali menjadi Rakan Suai Kenal untuk adik-adik yang baru masuk U. Akak lah fasilitator untuk UPSI. Haha. Tapi, tak semua orentasi akak dapat sertai.
Kali ni, akak tak dapat sertai disebabkan alasan tersendiri. Haha.
Jadi, kepada adik-adik yang berjaya masuk UPSI, maaflah tak dapat tengok muka akak yang comel ni. Ahaks.



#TipsMasukU


  1. Masa dapat keputusan dapat masuk U, bersyukur! Alhamdulillah aku dapat masuk U.
  2. Baca betul-betul apa yang perlu disediakan. Sediakan semua borang-borang yang dikehendaki. INI SANGAT PENTING. Make sure semuanya dah didisi dengan betul.
  3. PALING PENTING. Tandatangan saksi, atau apa-apa sahaja tandatangan PENGESAHAN yang diperlukan. Ini memang kena settle.  Jadi nanti bila dah masuk U, adik-adik tak menyusahkan diri adik-adik atau kakak dan abang fasi.
  4. Bawa barang-barang yang diperlukan untuk orentasi; pakai baju apa, nak kena bawa baju ikrar atau tak, nak kena bawa kasut apa, semua perkara tu perlu dititikberatkan.
  5. Bawa barang-barang yang diperlukan untuk menuntut ilmu dan barang-barang untuk tinggal asrama. Tak perlu nak bawa satu rumah, semua barang nak bawa pegi asrama. Kalau asrama korang besar tak apa juga. Tapi nanti korang yang penat nak mengangkut. Hah...
  6. Masa nak bergerak ke universiti atau berpisah dengan keluarga baca Bismillah.
  7. Sematkan dalam hati adik-adik, yang adik-adik ni nak BELAJAR KERANA ALLAH. Doa, moga-moga Allah permudahkan segalanya. 
  8. Minta restu ibu ayah, minta maaf dengan semua orang supaya ilmu yang bakal dituntut diberkati.
  9. Sediakan diri untuk berjauhan dengan keluarga. Kalau rindu, doa dengan Allah, moga rindumu itu sampai buat mereka.
  10. Jangan susahkan hati ibu ayah untuk tinggalkan adik-adik. Berlakon kuat depan ibu ayah. Hati kena sado dik masa ni. Walaupun hati adik ni selalu basah, keringkan kejap je. Lepaskan airmata adik kat tikar sejadah. Tuntut ilmu untuk gembirakan ibu ayah sekali ya.
  11. Bila dah masuk U, jangan lupa untuk sentiasa hubungi ibu ayah, tak kira mesej atau telefon. Sekarang semua ada whatsapp, so selalu bagi perkembangan ke apa ke, supaya ibu ayah tak risau.
  12. Belajar betul-betul. Jangan nak fikir cari bakal isteri atau suami je. Eh, ingat akak taktahu ke apa yang ada di dalam lubuk hatimu itu? Haha.
  13. Jaga diri, jaga solat, jaga ikhtilat.
  14. Kena bijak untuk atur masa.
  15. Bersedia untuk menghadapi pelbagai karenah manusia. ;)
  16. Bijak mengurus wang. Jangan nak belanja sakan.
  17. Chill je. Jangan stres-stres.
  18. Apa-apa pun ingat Allah.
Itu je kot.
Kalau nak ikutkan mungkin banyak lagi. Haha.
Tapi, ini yang WAJIB mungkin.
Kalau nak tambah, bolehlah komen ya. 
Sama-sama kita kongsikan #TipsMasukU.

Itu sahaja.
Wassalam~

Sunday, June 28, 2015

Ramadhan Kali Ini, Sangat Berbeza.

Assalamualaikum and olaaa everyone.



Alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat simple.
Pabila orang lain enak berbuka makan nasi, mee dan lauk-pauk,
Keluarga aku punya menu yang berbeda dengan yang lainnya,
Berbeda dengan Ramadhan sebelumnya juga.
Menu berbuka hari ini hanya roti canai buat adik-beradik dan gado-gado buat si ayah.
Semalam pula hanya bubur kacang hijau, roti, pulut dan kuih ketayap.
Hari Jumaat lepas, menu berbuka kami hanya ada roti jala dan kari ayam.
Makin lama, semakin hilang selera makannya.
Entah kenapa.
Namun begitu, Alhamdulillah, kami kenyang dan bahagia walau hanya itu waktu berbuka.
Cukup bagi kami untuk berbuka.
Walau hanya sedikit menu yang dibuat, masih punya baki untuk hari seterusnya.
Tahun ini, aku dapat rasa kelainannya.
Semua mahu kelainan dalam menu berbuka.
Ayah yang semakin lama semakin sedikit makanan yang dicedoknya.
Ibu yang selera makannya kadang-kala tidak tentu hala.
Kakak yang tidak mahu makan mee atau nasi bila berbuka.
Adik yang kadang-kadang mahu menu berbuka impiannya.
Tapi, kami terima apa sahaja yang tersedia di atas meja.
Sedikit atau banyak, yang penting kami berbuka bersama.
Bersyukur masih punya rezeki yang diterima.
Alhamdulillah buat yang Maha Esa.
Tiada keluhan. Tiada rungutan.
Yang ada cuma gelak tawa ketika berbuka. ;)
Alhamdulillah.

Wassalam~

Saturday, June 13, 2015

Saat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sumber Google


Saat

Di saat mereka ketakutan,
Aku masih di sini menunggu perkhabaran.
Di saat mereka kebimbangan,
Aku masih di sini melihat berita yang dipaparkan.
Di saat mereka merasai gegaran,
Aku masih di sini berdoa supaya mereka mendapat perlindungan.
Tiada apa yang dapat kuhulurkan.
Hanya ucapan, "Moga semuanya selamat di sana" dan "Moga sentiasa dilindungi olehNya."
Hanya doa sebagai senjata.
Hanya Allah yang menjadi perantara.
Dan aku,
Masih di sini,
Menjadi pemerhati dan pendengar setia dari sana.
Masih di sini,
Menunggu saat dapat perkhabaran gembira.
Allah sedang uji hamba-hambaNya.
Dia sudah bagi amaran,
Yang sebenarnya dunia sudah tua.
Dan sedarlah,
Kita juga sudah tidak akan hidup lama.

SyazaSyafeeqah
8:56 AM
13062015

Friday, January 30, 2015

Tiada Nanti Bagimu.

Assalamualaikum.



Tiada Nanti Bagimu.

3.30 petang, 31 Januari 2015, Sabtu.

"Kejaaaaapppp... Bagi aku sesaat..." kata Si Pulan.
"Maaf, tiada sudah masa bagimu," jawab Malaikat Maut.
"Allaaaaaahhhhhhh!!!"

Ajalnya telah pun sampai, tanpa Si Pulan sempat solat Zohor tadi.

***

Na'uzubillah.
Pertamanya, ayuh doa, semoga kita mati dalam Iman dan Islam. Amin~
Semoga kematian itu merupakan saat indah kita untuk bersama Pencipta kita.
Semoga kita bersedia dengan sebenar-benar sedia.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, ingin saya bertanya kepada pembaca,

"Dah solat?"

Sekiranya belum, maka tunaikanlah apa yang wajib dahulu, lepas tu sambung semula ya.
Sekiranya sudah, alhamdulillah. Anda boleh teruskan pembacaan.

Sebab apa saya tanya sebegitu?
Kerana soalan ini juga saya ingin balas dengan persoalan.
Anda tahu waktu mati anda bila?

Disebabkan kita sendiri tak tahu bila ajal kita, maka kita perlu bersedia.
Sekurang-kurangnya kita dah langsaikan solat kita.
Sekurang-kurangnya, soalan pertama nanti dapat kita jawab dengan tenangnya. InsyaAllah.

Solat itu hukumnya wajib, sayang.
Solat itu tiang agama.
Kalau rumah tak ada tiang, maka robohlah ia.
Begitu juga dengan agama kita.
Sekiranya tak solat, maka 'runtuh' agama dalam diri kita.

Solatlah pada awal waktu.
Kenapa?
Kerana, adakah kau tahu kau masih bernyawa pada akhir waktu?

Jangan melengah-lengahkan solat.
Kita tak tahu ajal kita bila.
Sekiranya, ajal kita datang sebelum kita tunaikan solat, bagaimana ya? Allahu rabbi~
Na'uzubillah... T_T

Kadang-kadang, kita me'nanti'kan solat tanpa kita sedar.
Bagaimana?

Situasi 1:

"Wei, jom solat."
"Jap."

Situasi 2:

"Dah masuk waktu. Jom."
"Aku settlekan kerja ni dulu jap."

Situasi 3:

"Aku solat dulu ek."
"Em..."
5 minit kemudian, masih tak sertai solat.

Situasi 4:

"Jom solat."
"Aku balas mesej dia kejap."

Pernah buat?
Saya sendiri pernah buat.
Kan saya kata, tanpa sedar kita melengah-lengahkan solat.
Allahu rabbi~


ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.

(Riwayat At-Tirmizi )
***

Ada satu kisah, sekumpulan kawan pergi jalan-jalan jauh dari tempat tinggal. Perjalanan dimulakan selepas Subuh. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Dah puas jalan-jalan, mereka nak pulang ke rumah. Azan Zohor dah memanggil dari tadi. Sekarang menunjukkan jam 3.00 petang.

Mereka singgah ke kedai makan untuk mengisi perut. Masing-masing dah kenyang kegembiraan. Seorang daripada mereka mengajak rakan-rakannya untuk solat, tetapi seruannya disahut dengan senyuman dan buat-buat tak dengar rakan-rakannya. Dia gagahkan diri untuk pergi solat dahulu. Dia menunggu pintu dibuka oleh rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba, pintu dibuka. Dia tersenyum, namun senyumannya hanya sementara. Wajah yang tidak dikenali dihadapan pintu. Hatinya rasa seperti ingin menangis dan tertanya-tanya, "Mana rakan-rakannya yang lain?"

Setelah selesai solat, dia menuju ke kenderaan untuk pulang. Rakan-rakannya menunggu di dalam kenderaan. Dia hanya tunduk tanpa melihat wajah rakan-rakannya. Dia hanya mampu mendoakan perjalanannya selamat.

Dia melihat ke luar tingkap... Jauh merenung...

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Awak siapa ya?"
"Malaikat maut."
"Ha? Saya tak solat lagi! Saya tak sedia lagi!"
"Bukankah Allah dah berikan masa yang banyak untuk kamu bersedia?"
"Kejaaaaappppp. Bagi aku masa sesaat."
"Maaf, tiada sudah masa bagimu."
"Allaaaaaahhhhhh!!!!"

Seorang rakannya terbangun dari tidur. Pucat wajahnya. Segera dia menyuruh rakannya berhenti di surau yang berhampiran untuk solat.
Rakannya hanya senyum dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih berikan kau masa untuk bertaubat.

***

Oleh itu, sekiranya masuk waktu solat, solat.
Tiada nanti bagimu.
Kerana kita tidak tahu ajal kita bila.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Tuesday, January 27, 2015

Tolong Aku Boleh?

Assalamualaikum.



A: Aku nak berubah, tolong aku boleh?
B: Maaf, aku bukan Ustazah.

Pssstttt...
Saya nak bagi tahu ni, memang kita bukan Ustazah ataupun Ustaz, tetapi kita ni sebagai Khalifah di dunia ini, maka kita perlu bantu rakan-rakan kita yang memerlukan kita. Lagi-lagi bab sokongan dalam Agama.
Walaupun kita bukannya pakar dalam bab agama, tetapi mungkin rakan kita percaya pada kita untuk bantu dia berubah ke arah kebaikan.
Rakan kita nampak potensi kita untuk bantu dia - bagi sokongan pada dia dalam apa cara sekali pun.
Maka, jangan menolak.
Kita perlu bantu.
Bantu semampunya.
Sekurang-kurangnya, sentiasa mengingati dia.
Mengingatkan dia untuk sentiasa mengingati Allah.

Der, takkan kau nak masuk Syurga sorang-sorang der.
Kau tak kesian kat kawan kau ke?
Jangan sampai kau masuk Neraka sebab tak bantu dia masuk Syurga.
Kau nak macam tu?
Mesti tak nak kan...
Jadi, kan seronok masuk Syurga sama-sama.

"Aku bukan tahu bab-bab agama."
Kalau rakan kita tu tak nampak potensi kita untuk bantu dia, dia takkan letakkan kepercayaan dia pada kita untuk bantu dia.
Kalau tak tahu bab-bab agama, mesti tahu 'tajuk utama' dalam agama kan?

Sayang, Allah dah pilih kita untuk bantu dia berubah.
Kenapa lepaskan peluang keemasan ini?
"Emas apa macam ni?"
Hello, didn't you see that Allah try to help you to bring you in His Paradise?
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.
Percaya itu bukan?

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.” (Surah Muhammad: Ayat 7)
"Aku tak retilah nak bagi nasihat agama ni, aku bukan sekolah agama pun."
Kakak-kakak, abang-abang, nak nasihat agama ni tak perlu nak sekolah agama.
Tak perlu.
Kita Islam bukan?
Semua yang beragama Islam itu, saudara kita bukan?
Maka, nasihat mereka sekiranya anda sayangkan saudara anda.
Sanggup anda tinggalkan saudara anda sendirian?
Semestinya tidak, bukan?
Nak nasihat orang tak perlu nak jadi Ustazah mahupun Ustaz.
Kita di dunia ini adalah sebagai Khalifah.
Maka, setiap dari kita ada tanggungjawab kita untuk bantu saudara kita.
Takkan nak nasihat untuk ajak solat pun tak boleh?
"Jom solat."
Susah?
Memang susah. Ya, saya tahu. :')

Nak ajak solat seperti nak ajak berjihad.
Sedangkan kita nak bawa kepada kebaikan.
Tapi kita takut sangat.
Sebab apa?
Sebab kita takut kita sakitkan hati dia.
Tapi, biarkan sahaja, pekakkan telinga.
Ajak sahaja.
Kita dah buat part kita, selebihnya terpulang pada dia.
Doa yang baik-baik padanya.

"Aku dah cuba banyak kali untuk dia berubah, tapi dia tak pernah berubah."
Hati manusia ni, Allah yang pegang.
Kita tak mampu nak mengubah hati orang semahu kita dengan sekelip mata.
Hidayah itu milik Allah.
Allah akan berikan kepada orang yang Dia kehendaki dan Allah boleh tarik balik daripada orang yang Dia kehendaki.
Yang penting, kita jangan pernah kenal erti putus asa untuk membantu seseorang itu berubah.
Selebihnya kita serahkan pada Allah.

"Aku dah cuba untuk berubah, tapi mesti sekejap sahaja perubahan itu."
Kawan, kau kena kuat.
Nak masuk Syurga memang payah, sebab Syurga tu manis.
Maka usaha sehingga habis.
Jangan sekerat jalan.
Kalau kau rasa kau tak mampu, kau kena percaya Allah sentiasa ada.
Sentiada ada dengan kamu.
Kau mohon kekuatan pada Allah kerana Dia Maha Kuat.
Kau berubahlah kerana Dia.
Isikan hatimu itu dengan cintaNya. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya.
Percayalah.
Akarnya ialah letakkan kepercayaan dan diri kita 100% pada Allah. InsyaAllah kau akan istiqamah.

Oleh itu, sekiranya ada orang yang minta pertolongan daripada kita untuk berubah, jangan lari walaupun kita bukan Ustaz atau Ustazah.
Tapi ingat, kita ialah Khalifah.
Maka, bantu dia semampunya.
Mohon pada Allah untuk beri kita kekuatan untuk bantu dia.
Kita nak masuk Syurga sama-sama kan. :')
Moga usaha kita itu membawa kita ke Syurga walaupun hanya sedikit. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Saturday, January 3, 2015

Auratmu Itu...

Assalamualaikum.



Sayang, aku mohon.
Auratmu itu, mohon lindungi.
Ia akan jadi saksi kita nanti.
Kau mahu, kerana kau tidak lindunginya, 
Nanti dia yang bawa kau ke Neraka.
Maka, lindungilah ia.
Ia juga mahu masuk SyurgaNya. ;)

Saturday, December 27, 2014

Aku Bukan Budak Pantai Timur.

Assalamualaikum.

Ini antara penulisan Syaza di laman Twitter dan Facebook juga.
Bukan apa, cumanya ada dengar-dengar perkara yang tak sedap dek telinga.
Jadi, Syaza nak kongsikan sedikitlah di sini.

Aku bukan budak Pantai Timur. 
Sekarang bukan nak fikir pasal negeri. 
Kau Malaysian kan? 
Maka doakan jika tak dapat beri bantuan.

Aku bukan budak Pantai Timur. 
Sekarang bukan fikir kau agama apa. 
Tapi ini tentang kemanusiaan. 
Atau kau bukan manusia?

Aku bukan budak Pantai Timur. 
Tapi aku cuba rasa apa yang mereka rasa. 
Adakah kau tahu, apa yang terjadi bukan mereka yang pinta? 
Mohon faham.

Aku mohon.
Yang mampu beri bantuan, 
Maka bantulah. 
Ini masa mereka. 
Mana tahu, masa lain giliran kita pula?

Ada yang kata, Pantai Timur banjir sebab dosa mereka melimpah? 
Dosa kita yang tak sudah-sudah ni, bila nak hentikan? 
Allahu~


Dan ada betulnya apa yang PU Rahmat katakan.


Aku mohon,
Yang mampu beri bantuan,
Maka bantulah!
Wang, tenaga.
Beri semampunya.
Yang tak mampu,
Ayuh, sama-sama tembakkan doa!


Aku dapat rasa apa yang kawan-kawanku rasa.
Kau tahu kenapa?
Dulu, masa kes di Tawau - pencerobohan kaum Sulu, aku sedang berpraktikum di Klang.
Aku rasa mahu pulang segera.
Hati rasa resah. Terlalu resah.
Pelbagai soalan yang bermain di minda.
Tapi apa yang aku boleh lakukan, hanya doa.
Ya, doa.
Cuma bezanya, aku boleh hubungi ibu ayah, tetapi mereka tidak.
Allah, selamatkan mereka.
Selamatkan mereka.
Permudahkanlah segala urusan bantuan yang diberikan.
Hanya Kau yang dapat permudahkan segalanya.

Ayuh, sama-sama kita tembakkan doa!
Di bumi Tg. Malim, sudah kelihatan matahari menyinari.
Moga di Pantai Timur dan kawasan-kawasan banjir yang lain juga, punya sinaran matahari yang sama.

***

Jadi, sekarang bukan masanya kau nak tanya "kau negeri mana."
Ianya tentang peri kemanusiaan.
Kalau kau boleh bicara kencang tentang Palestin, kenapa tidak negara sendiri?
Sifat adil kau letak mana?

Itu sahaja, entri pendek untuk kalian.
Mohon doa buat mangsa-mangsa banjir.
Mohon doa buat yang menduduki peperiksaan.


Wassalam~

Thursday, December 18, 2014

DOTA oh DOTA!

Assalamualaikum and olaaaa everyone!




Syaza selalu tertanya-tanya game apalah DOTA ni.
Semalam ada seorang rakan Syaza cerita dan terangkan permainan DOTA.
Panjang lebar penjelasannya.
Masih juga aku ternganga.
Secara jujurnya aku tak suka permainan yang seperti ini.
Permainan apa yang aku suka?
Aku selalu menang main tumbuk-tumbuk dengan sedara aku. Haha.
Walaupun sedara aku lelaki.



Rakan Syaza ni lukislah benda alah ni.
Satu defender, satu penyerang. Haaa, bahasa pemain bola sepak dah aku guna. Haha.
Yang penting ada dua tu lah.
Tengah-tengah ada river. 
Dalam DOTA ni, ada 5 peranan, dan aku lupa. Haha. Aku ingat supporter je.
Banyaklah dia cerita pasal DOTA.
Aku angguk-angguk kononnya faham. Haha.
Yang penting, mainlah puas-puas DOTA ni, jangan pula tinggal solat ek.

Setiap peranan permainan DOTA dia tahu,
Surah Az-Dzariyat ayat 56, tahu tak?
Rukun iman tahu tak?
Rukun Islam?
Okay, saya saja je. Hehe.
Kang tersedak-sedak nak jawab soalan.

Bukan DOTA itu yang saya nak terangkan. Haha.
Ni DOTA lain pula.

D.O.T.A.
Lain tak?
Sama je kan. Hehe.

Doa Orang Takpernah Allah sia-siakan.

"Allah tak pernah kabulkan doa aku!"

Allahu~
Bukan Allah tak makbulkan, tapi belum masanya, sayang.

Kan Allah dah kata, "Pohonlah (doalah) kepadaKu, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu." (Surah Al-Mu'min, ayat 60)

Cuba baca semula ayat tu.
Nampak tak perkataan 'PASTI' di situ.

Di sini Allah berjanji bahawa, setiap doa kita, Allah akan makbulkan.
Yang ni, bukan orang yang janji ek, tapi Allah.
Kalau janji orang, sama ada dia akan tunaikan atau tak.
Tapi ni janji Allah, pasti Allah tunaikan.

Maka, jangan putus asa berdoa.
Teruskan berdoa.

Allah lebih tahu segalanya.
Allah akan berikan apa yang kita mahu itu, pada waktu yang tepat.
Syaza pernah tulisnya di sini.
Allah dengar setiap hambaNya yang berdoa.

Dua pula ribu juta hambaNya, Dia tetap dengar dan akan makbulkan.
Lebih dari itu, Dia akan makbulkan.
Kita ni, seorang kawan kita nak luahkan rasa pun dah penat nak dengar dah kan.
Tapi Allah tak.
Sifat sayangnya Allah pada kita ni, Allahu~

Jadi, jangan baru 3 kali doa, terus putus asa.
Teruskan berdoa.
Allah Maha Mendengar.
Dan sekali lagi ditekankan bahawa, Allah akan kabulkan doa kalian tepat pada masa.
Percayalah.
Percaya pada Allah!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: Kalau begitu kita perbanyakkan doa?

Jawab baginda: Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.

See...
Allah akan makbulkan tepat pada masa.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah, ayat 186)

Oleh itu, inilah DOTA yang saya maksudkan.
Doa orang takpernah Allah sia-siakan.
Teruskan berdoa, dengan serendah-rendah hati.
Teruskan berdoa, dengan seikhlas-ikhlas hati.

Yang kejam itu bukan Allah.
Yang kejam itu kita.
Kita salahkan Allah tak makbulkan doa kita.
Sedangkan kita tak tahu rahsiaNya.
Rahsia bahawa Allah akan kabulkan doa kita tepat pada waktunya.
Allah sayang akan kita semua.
Allah sayang sangat dengan kita semua.

Allah masih beri masa untuk kita bertaubat.
Allah masih beri kita peluang untuk hidup di dunia.
Allah masih beri kita masa untuk perbaiki diri kita.
Allah masih beri kita udara untuk hidup.
Allah bagi semua yang mampu buat kita hidup.
Allah masih beri kita peluang untuk main DOTA.
Allah sayang kita semua.

Jangan salahkan Allah jika doa kita tak makbul.
Salahkan diri kita.
Istighfar, selawat dan berdoa.
InsyaAllah, makbul.
Allah Maha Mendengar.
Allah akan makbulkan segala doa kita.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Monday, December 15, 2014

Tolong Hormat Sikit Boleh? #2

Assalamualaikum and olaaa everyone!




Hormat #2

Orang bercakap di depan,
Tolong hormat.
Dengar.
Diam.
Faham?

Orang bercakap di depan.
Tolong hormat.
Kau tahu dia penat?
Terlalu penat.
Penat melayan karenah kamu yang bikin nafas tersekat-sekat.

Orang bercakap di depan.
Tolong hormat.
Bukan bercakap di belakang.
Bual dengan rakan yang tak pernah lekang.
Suara seperti di pasar kedengaran.
Pening kau tahu?
Mahu dengar yang mana satu?

Orang bercakap di depan.
Tolong hormat.
Dengar.
Bukan nanti sudah siap kau baru mahu tanya.
Tidak faham katanya.
Mahu makan penampar aku rasanya.

Orang bercakap di depan.
Tolong hormat.
Bukan buat tak dengar.
Bukan buat tak nampak.
Bukan buat tak tahu.

Aku pohon,
Pinjam telinga seketika.
Pinjam mata sesaat.
Pinjam mulut sebentar.
Supaya orang yang bercakap tidak penat.
Tidak penat untuk mengulang.
Ulang untuk kamu yang tak pernah erti senyap.
Kamu tak kenal erti kasihan?
Kasihankan dia.

Kau mahu orang hormat kau bukan?
Maka, tolong hormat yang lain juga.

Jangan kencang jika kau cakap di depan,
Yang lainnya buat tak tahu.
Buat tak dengar.

Kata orang,
What you give, you get back.
Nah!
Hadiah setimpal namanya.
Jangan pula tanya kenapa orang tak mahu dengan kau punya bicara.

Mohon faham.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling bagus akhlaknya. Dan orang-orang yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap isterinya". (Riwayat at-Tirmidzi)

Tolong Hormat Sikit Boleh?

Assalamualaikum and olaaa everyone~



Hormat

Orang cakap di depan,
Kau dengar.
Kalau tak dengar,
Cukup baginya kau pandang.
Faham - belakang cerita.
Yang penting,
Kau hormat!

Kau pura-pura catit sudah cukup.
Walaupun realitinya,
Kau hanya conteng.
Conteng kebosanan.

Angguk tanda faham - sudah cukup.
Walaupun satu patah kata,
Kau tak dengar apa yang diperkata.
Yang penting,
Dia rasa kau hormat!

Kau suka kalau kau bentang di depan, 
Ada suara sumbang seperti cengkerik di hadapan kau?

Kalau kau mahu orang hormat kau,
Kau perlu hormat yang lain juga.

Mohon faham.

Saturday, December 13, 2014

Wei, Macam Mana Kau Boleh Pandai?

Assalamualaikum and olaaa everyone!



Wei, Macam Mana Kau Boleh Pandai?

Si A, dapat 4 flat atau straight A dalam peperiksaannya.
Si B hanya dapat biasa-biasa sahaja - cukup-cukup makan, cukup untuk sedapkan hati.
Anda yang mana?

Situasi 1

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Alhamdulillah, rezeki.

Situasi 2

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Aku belajar lebih dari korang kot...

Situasi 3

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Sebab aku pandai.

Situasi 4

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Sebab aku rapat dengan pensyarah. Kalau nak markah cantik, kena pandai ambil hati pensyarah.

Situasi 5

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Allah tolong aku masa exam. 

Situasi 6, dah tak ada idea. Haha.
Okay, cukuplah 5 situasi Syaza bagi ek.
Kalau ikutkan, terlalu banyak jawapan yang akan orang berikan kalau soalan macam ni.
Sebab setiap orang lain pendapatnya kan.

Korang yang mana satu?

"Aku tak pernah dapat 4 flat, jadi orang tak pernah tanya aku."

Tak kisah-lah 4 flat ke, bukan ke.
Kalau kalian tergolong dalam golongan yang mana satu?
Okay, saya tahu rahsia.
Gila kau, nak mengaku yang 2, 3 dan 4! Haha.
Syaza percaya yang tak ada dalam golongan ini. InsyaAllah.
Syaza percaya semua rendah-rendah diri ni, bukan rendah ketinggian ya. Ngeeee~

Biasanya orang yang dapat 4 flat ni, baru kena pandang dengan orang lain.
Orang yang straight A ni, baru kena hormat dengan orang lain.
Kalau jadi pandai, baru orang nak dekat dengan kita.

Firstly, betulkan niat.
INGAT, kita dapat result bagus bukan sebab kita pandai (mungkin sikitlah-kan...), bukan sebab kita bagus, bukan sebab kita belajar lebih dari orang, TETAPI kita dapat result bagus ni pun kerana dengan IZIN ALLAH.

Kalau Allah tak izinkan kita dapat result bagus, tak dpat juga walau kita dah usaha sebaiknya.
Namun, Allah tu tak kejam.
Allah akan bagi setimpal dengan usaha kita, setimpal dengan doa kita, setimpal dengan tawakalnya kita pada Dia.

Apa ada dengan 4 flat?
Kalau di dunia, sememangnya dipandang tinggi.
Jap! Nak tengok amalan ke akhirat, 4 flat juga tak? *Tersedak*

Syaza pernah tulis tentang 'Kenapa Banggan dengan Dekan di Dunia, tetapi 'Dekan' di Akhirat Diabaikan?'
Aiman Al-Banna pun pernah menulis Flat & Straight.
Konsepnya lebih kurang sama.

Hidup ni, jangan bongkak.
Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja kepandaian yang Dia pinjamkan tu.

Hidup ni jangan kedekut.
Ilmu ni, kalau boleh kongsi-kongsi.
Nanti tak berkat ilmu tu sebab ilmu tu dari Allah.
Benda yang baik perlulah disebar-sebarkan.
Nabikan pernah bersabda, "sampaikanlah walaupun dengan satu ayat."

Hidup ni jangan riak.
Pertamanya sebab Allah tak suka.
Jadi, bila Allah dah tak suka tu, janganlah buat ya.

Kalau ada orang tanya,

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Ni yang short and sweet.
Nak yang panjang?

B: Wei A, macam mana kau boleh dapat 4 flat tu ek?
A: Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Doa daripada keluarga, kawan-kawan, pensyarah. Allah berkati ilmu yang aku belajar. Allah tolong masa aku exam hari tu. Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah.

Semua rezeki datang dari Allah.
Yang kita pula jangan berhenti nak usaha.

"Eh, tak payahlah nak buat apa-apa. Kan Allah yang bagi rezeki. Kalau usaha lebih-lebih pun tapi Allah tak nak bagi rezeki tu, kita tak dapat apa-apa gak."

Kan, aku pernah kata, PERCAYA PADA ALLAH.
Bersangka baik dengan Allah.
Kalau tak usaha, maka Allah pun akan bagi rezeki yang setimpal dengan usaha kita.

"Wei, Macam mana kau boleh pandai?"
"Alhamdulillah Allah bagi."
"Nak sikit."
"Nah ambil. Kalau aku boleh bagi, aku bagi. Kalau kau nak, mohon pada Allah. InsyaAllah Allah bagi. ;)"
"Aku dah minta, tapi tak pernah dapat."
"Mungkin pandai kau pada bidang lain. Allah tahu apa yang kita perlukan?"
Berjaya.
Aku pohon untuk yang lainnya juga.
Bukan untuk aku seorang sahaja.
Aku tidak mahu berjaya sendiri-sendiri, tanpa yang lainnya.
Kita pohon doa bersama - untuk kau dan aku berjaya.
Kita semua berjaya.
Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga.
Bahagia.

Doa.
Puas aku pinta.
Makbulnya tidak juga.
Kau percaya pada Sang Pencipta?
Dia lebih tahu segalanya.
Kerana, pintamu itu akan makbul tepat pada masanya.
Kau kena percaya!


Wassalam~

Friday, December 12, 2014

Dia Bagi Apa yang Perlu.

Assalamualaikum and olaaa everyone!

Eh, dah hari Jumaat rupanya.
Macam sekejap sahaja masa berlalu. Allahu~
Sempena hari Jumaat ni, kita top-up iman kita ek.
Kalau boleh top-up hari-hari lagi bagus.
Sebab kita bukan nabi yang imannya setiap hari meningkat.
Sebab kita bukan malaikat yang imannya statik, tidak berubah.
Sebab kita manusia yang imannya turun naik tak tentu hala.


"Ya Allah, Kau berikanlah aku kerja di restoran itu untuk memikat hati anak kepada Pak Mat tauke restoran tu." Ali menitip doa dengan penuh khusyuk selepas pulang menghantar resume untuk bekerja di restoran tersebut. Hebatkan, restoran pun kena resume.

Wah, hebatnya doa.
2 hari selepas itu, Ali mendapat sepucuk surat.

Kepada En. Ali, sukacitanya dimaklumkan bahawa encik ditawarkan untuk bekerja di Pusat Islam. 
"Aku ingat surat tawaran kerja dari Restoran Pak Mat." Ali meletakkan surat tersebut di atas meja.

Beberapa jam kemudian, ibu Ali berjumpa dengannya.

"Li, tahniah!"
"Kenapa bu?"
"Dapat kerja kat Pusat Islam. Alhamdulillah. Dah lamakan Ali nak kerja."
"Tapi Ali tak nak kerja kat Pusat Islam?"
"Kenapa?"
"Em... Ali dah jumpa kerja lagi baik."
"Apa dia?"
"Ali tengah tunggu surat dari Restoran Pak Mat tu."
"Tapi masih tak dapatkan?"
Ali menggeleng.
"Dah tu? Pak Mat tak nak ambil Ali jadi pekerja dia lah tu."
"Kenapa pula bu?"
"Habis, dah tiap-tiap hari pergi sana, tapi semua masuk buku tiga lima." Ibu tersengih.
"Ali bayarlah."
"Memanglah bayar, tapi duit ibu ayah. Pak Mat nak Ali kerja lebih baik lah tu. Ali-kan lepasan ijazah, mesti Pak Mat harap Ali dapat kerja lebih baik."
"Ye ke? Mana ibu tahu?"
"Tadi ibu pergi kedai Pak Mat, macam ada pekerja baru dah."
Ali membulatkan mata.
"Amacam, nak terima tak kerja ni. Peluang hanya sekali."
"Ali fikir dulu."
"Jangan fikir lama-lama." Ibu tersengih.

Setelah beberapa minggu Ali bekerja di Pusat Islam, Ali mula selesa walaupun dia kecewa kerana Pak Mat telah mengambil orang lain bekerja di kedainya.

Kini, Ali jarang makan di kedai Pak Mat kerana kesibukan bekerja.
Ali pun sudah jarang melihat anak dara Pak Mat. Entah ke mana hilangnya dia.

Ali sudah bekerja selama 4 bulan.
Pendapatan dah stabil, kereta dah ada, perut dah penuh, duit dah boleh simpan, cuma yang tinggal rumah dan pasangan.
Tiap kali jumpa Pak Mat, Ali mesti tanya, "Pak Mat, kenapa tak ambil Ali kerja dengan Pak Mat?"
"Kamu tu belajar universiti. Tak manis ler kalau kerja restoran Pak Mat yang biasa ni."
"Yelah tu Pak Mat."
"Tengok sekarang, kamu dah kerja bagus. Kalau Pak Mat terima kamu kerja dengan Pak Mat, kereta pun belum tentu dapat beli. Perniagaan Pak Mat ni Li, tak selalunya untung, ada ruginya juga."
"Oh... Terima kasih Pak Mat sebab tak terima saya bekerja."
"Kenapa kamu nak bekerja dengan Pak Mat?"
"Uhuk-uhuk." Ali tersedak. "Saya pergi kerja dulu Pak Mat. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."

***

Setelah beberapa bulan Ali bekerja di situ, bukan pendapatan sahaja yang dia perolehi, namun ilmu agama, rakan-rakan yang baik dan iman Ali pun dah tak serendah dulu.
Bab pasangan, Ali serah pada Allah.
Kini, keluarga Ali pun gembira dengan Ali.
"Terima kasih, ibu sebab paksa Ali kerja di Pusat Islam."
"Sekarang ni masih terpaksa?"
"Tak. Sekarang ni dah ikhlas."
Senyum.

"Assalamualaikum, encik. Tumpang tanya, boleh saya jumpa dengan Puan Hasfiza?"
"Waalaikumussalam. Boleh. Kejap ya. Nak hantar resume ke?"
"Ya. Eh, Abang Ali."
"Ya?" Ali terkejut, siapa pula yang kenal aku ni.
"Mia... Mia anak Pak Mat?" 

***

Kadang-kadang, kita ada aturan kita sendiri.
Namun, percayalah bahawa aturan Allah itu lebih baik.

Bukan Allah tak nak beri apa yang kita mahu,
Tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Mahu kita itu, akan disusuli kemudian.
InsyaAllah. ;)

Allah lebih tahu segalanya.

Semoga sabar menunggu.
Allah akan beri lebih baik dari yang kita mahu.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Sunday, December 7, 2014

Usaha Kau, Tapi Orang Lain Dapat Nama.

Assalamualaikum and olaaa everybody!



Kadang-kadang, kita ada buat tugasan dalam kumpulankan?
Kalau tugasan kumpulan mesti kena buat sama-samakan?

Tugasan kumpulan tu macam mana?
Tugasan kumpulan ni terdiri daripada 2 orang ke atas yang perlu dibuat secara berkumpulan, bukan sendiri-sendiri. Jelas?

Pernahkah anda mengalami situasi di dalam kumpulan anda, anda yang paling rajin buat kerja, semuanya suruh anda yang siapkan atau semuanya mengharapkan anda yang buat dan susun?
Tetapi...
Tetapi bila dah siap kerja tu, pensyarah puji ahli kumpulan anda.
Ahli kumpulan anda pun bangga sampai nampak yang kononnya dia yang buat.
Pernah?
Syaza pasti ramai yang pernah mengalaminya.

Situasi kedua, anda yang usaha lebih dalam kumpulan anda, tetapi markah anda lebih-rendah-berbanding-dengan-ahli-kumpulan-yang-tak-berapa-buat-kerja.
Mesti korang tak rasa puas hatikan?
Dan rasa tertanya-tanya dan ingin menjelaskan segalanya pada lecturer dan ingin menyatakan bahawa semuanya ini usaha kau punya dan yang lain hanya duduk diam sahaja, bersembang kencang sini sana.

Baiklah, pertama sekali tarik nafas dalam-dalam dan lepas.
Kedua kalinya, tarik nafas dalam-dalam, istighfar dan lepas.
Ketiga kalinya, tarik nafas dalam-dalam, istighfar, lepas dan ucap Alhamdulillah.
Kita ketepikan perasaan tak puas hati kita.

"Kenapa saya dapat markah sedikit daripada dia sedangkan semua yang terhasil tu atas kerja saya?"
"Kenapa orang lain yang dapat nama, sedangkan saya yang berusaha?"
Kadang-kadang kita juga geram sebab usaha kita, tapi orang lain yang dapat markah lebih.
Tapi, nak buat macam mana.
Pensyarah bukan tahu pun bahawa usaha kita yang lebih dalam kerja kita tu.
Pensyarah bukan tahu pun yang semua perkara kita yang sediakan.
Pensyarah hanya tahu apa yang berlaku depan mata dia je.

Tetapi, jangan risau.
Syaza ada cara yang terbaik untuk anda!
Bukan jumpa lecturer terangkan yang kerja tu hasil tangan korang. Bukan.
Cara ni, lebih baik dan lebih afdhal. Percayalah.

Pertama: Syukur.

Bersyukurlah apa yang ada.
Dapat markah sedikit pun, syukur.
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.
Surah Ibrahim ayat 7
Maka, bersyukur.
Pujuk diri, tak apalah, rezeki orang lain.

Kedua: Percaya.

Percaya pada apa?
Percaya bahawa Allah lebih tahu segalanya.
Allah lebih tahu usaha kita banyak mana, walaupun Pensyarah tak nampak semua.
Tak apa.
Pujuk diri, Allah lebih tahu segalanya.

Ketiga: Berdoa dan Usaha.

Doa.
Minta pada Allah, semoga kita dapat markah yang lebih baik untuk peperiksaan nanti.
Jangan doa sahaja, usaha juga kena lebih lagi.
Tak cukup ke usaha aku bagi dalam kerja sebelum ni?
Mungkin.
Perbaiki diri.
Mungkin ada yang kurangnya.
Allah nak kita usaha lebih dari orang lainsupaya kita lebih baik dari orang lain.
Dan supaya Pensyarah nampak usaha kita tu.
Mana tahu kan?

***

Kita tak tahu apa yang Allah rancang buat kita.
Maka, fikir positif.
Anggap positif pada apa yang berlaku, pada Allah, pada segalanya. InsyaAllah, Allah akan membantu.

"Boleh jadi apa yang kamu benci itu suatu yang baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu suatu yang buruk bagi kamu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah : 216

Allah lebih tahu segalanya.
Jadi, janganlah mudah putus asa dan kecewa.

Keep smiling and pray! ;)

Wassalam~

Wednesday, December 3, 2014

Tak Sayang Ibu Ayah Adik-kah?

Assalamualaikum and olaaa everybody.

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. QS. Al-Israa' (17) Ayat 32."
Sekadar hiasan.

Hari Ahad yang lepas, Syaza dan adik Syaza pergi jalan-jalan ke Times Square.
Kalau nak pergi Times Square tu-kan kena naik monorel ke Jalan Imbi-kan.
Masa beli token tu, ada sekumpulan budak sekolah beratur depan Syaza walaupun tak tahu umur, tapi muka memang budak sekolah.
Masa dalah monorel tu, faham-faham jelah, ramai sangatkan - macam sardin dah kat dalam tu.
Budak-budak remaja sekolah ni depan Syaza.
Ada sepasang 'kekasih merpati dua sejoli' ni, perghhhhh sedap betul depa peluk-peluk depan aku.
Telan air liur, darah naik menggelegak, tahan marah - semua rasa ada.
Kalau budak-budak sekolah ni 'relationship' memang kena ada dalam list.
Yelah, nafsu nak ber'suami' tu dah ada dah.

Yang perempuan, pakai tudung.
Yang lelaki mulalah ambil kesempatan peluk-peluk.
Yang perempuan pun memeluk erat.
Astaghfirullah, dunia akhir zaman.
Buat maksiat tak tahu malu depan orang ramai.

Adik, akak tak kisah kalau lelaki tu suami adik.
Kalau suami adik, adik nak peluk-peluk, nak bermanja ke, tu memang akak tak kisah.

Adik, mesti adik beritahu ibu ayah nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kan.
Ibu ayah bagi pun dah cukup bagus.
Tapi, janganlah sampai campakkan ibu ayah kita sendiri masuk api Neraka.
Dosa adik tu, ada tempiasnya pada ibu ayah adik tau.
Tak kasihan Ibu Ayah adik ke?
Tak sayang Ibu Ayah adik ke?
Sampai adik sanggup campakkan ibu ayah adik masuk api Neraka.

Akak bukan pakar Agama, tapi sekurang-kurangnya akak tahu mana Halal mana Haram.
Sekarang ni, walaupun dah tahu Halal Haram, tapi masih buat juga.
Kematian tu tak menunggu kita bertaubat.
Bila sampai masa, sempat taubat atau tak, kita akan mati juga.
Allah...

Sejujurnya, akak sedih bila tengok agama Islam akak sendiri dipermainkan sebegitu.
Akak nak tegur, nanti ada tangan-tangan lain yang sampai ke muka.
Kalau ditegur, nanti ada muka yang tak tahu nak letak mana.
Kalau ditegur, nanti kita pula yang kena marah balik.

Allah...
Aku rasa berdosa sangat padaMu.
Aku hanya mampu mencegah dengan hati - selemah-lemah iman.

Pada ketika itu, Syaza cuma fikir tentang perasaan Ibu Ayah adik tu je.
Macam mana perasaan ibu ayah dia kalau nampak dia macam tu?

Di sini, Syaza nak tanya.
Salah siapa?
Ibu ayah yang tak bagi didikan agama yang cukup dan beri kebebasan pada anak-anak untuk keluar sesuka hati?
Guru Agama yang tak sampaikan kepada murid-murid dengan lebih mendalam?
Atau salah diri sendiri yang masih tak faham Halal Haram?

Syaza hanya mampu geleng kepala - istighfar.
Perkara pertama yang Syaza luahkan pada adik Syaza, mereka tak kasihan ibu ayah mereka ke?

"Semoga hubungan kita sampai ke Jannah."
Kalau ini yang kamu luahkan pada hubungan yang tidak Halal itu, bukan Jannah yang kamu cari, tapi Jahanam.

Wassalam~

Friday, November 28, 2014

Baru Nak Ada MukaSurat (Baca: Page).

Assalamualaikum and olaaaa everybody!

Firstly, thanks sebab sudi jenguk dan baca blog aku yang tak seberapa ni.
Setelah 2 tahun aku rasa aku cuti untuk aktif blog.
Sekarang ni, mula aktif balik. InsyaAllah.
Semoga istiqamah wahai diri. ;)

Kalau ikutkan tahun Syaza mula berblogging adalah pada tahun 2008.
Perghhhh, bapak lama kau berblog.
Dah 6 tahun. Haha.
Alhamdulillah.
Tapi, disebabkan komitmen Syaza ke tempat lain sebelum ni, tu yang tertangguh tu.
Update pun jarang-jarang.

Orang yang setahun pun dah ada fanpage.
Dah ramai followers.
Nuffnang dah bertingkek-tingkek.

Aku? Hehe.
Pada mulanya aku berblog ni, aku hanya berkongsi tentang kitaran hidup aku, tentang pendapat aku.
Sekarang pun sama juga.
Dulu ada Nuffnang, tapi tak tahu macam mana nak guna, mati macam tu je.
Sekarang ni, aku tengok ramai dah masuk income.
Aku masih lagi terkebil-kebil.

Dulu, aku tak tahu apa tu Nuffnang.
Dulu aku tak tahu macam mana nak ramaikan pembaca blog aku.
Aku tak panggil mereka followers, sebab mereka bukan pengikut aku - tapi mereka ikut apa yang aku tulis. Aku hargai itu. Sungguh.
Dulu aku cemburu tengok orang ramai pembaca blog.
Dulu aku cemburu blog orang cantik-cantik.
Dulu aku cemburu orang boleh buat duit dari blog.
Dulu aku cemburu orang ada mukasurat (baca = page) blog.
Aku ada apa?
Aku ada kamu.
Wah, gituuuu.... Haha.

Hanya tatapan semata. ;)


Beza aku blog aku dulu dengan sekarang:

1. URL Blog

Dulu url aku : http://syazasyafeeqah.blogspot.com
Sekarang : http://penulishingusan.blogspot.com

Kenapa tukar URL blog?
Entah.
Perlu buka buku baru mungkin. Haha.
Kenapa 'Penulis Hingusan'?
Kan aku kata, aku tulis apa aku suka, apa aku rasa.
Kalau hingus ni, kita lap ikut suka kita nak lap cara mana, kan? Hehe.
Selain itu, adalah sebab lainnya.
Rahsia. ;)

2.  Penulisan

Dulu aku post tentang agama sahaja.
Sekarang aku post tentang apa aku rasa, apa aku fikir, apa yang aku suka. Haha.
Kan aku kata, aku buat apa sahaja selagi tidak melanggar laranganNya.
Islam itu mudah dan bukan menyusahkan.
Yang menyusahkan itu adalah kita.

3. Cara Penulisan

Dulu aku copy paste penulisan orang. Itu pun masa aku sekolah. Lagi-lagi bab agama. Aku tak berani ulas bab agama.
Sekarang ni, aku dah banyak membaca. Banyak sumber. Jadi, bolehlah bagi pendapat serba sedikit kan. Nampak tak belagak kat situ. Haha. Astaghfirullah.
Dulu, aku tulis ikut bahasa budak-budak sekolah.
Bila dah banyak baca puisi, cerpen orang yang berbunga-bunga, bahasa bombastik, mulalah cara penulisan aku bertukar.
Bertukar kepada lebih skema, lebih puitis. Haha. Poyokan? Ya, aku tahu.
Sekarang aku tulis dengan cara aku. Dan aku selesa dengan cara ini.
Aku harap kamu dapat terima.
Walaupun aku bercakap, bukan sepuitis ini.
Kau cuba bayangkan, kalau aku cakap dengan cara yang sama.
Semua orang ternganga tak faham seribu bahasa. Haha.

4. Page Baru Ditubuhkan

Okay, tepuk tangan.
Potong reben, potong kek. Haha.
Orang dah lama ada page untuk blog.
Kau baru nak buat?
Aku tahu aku ketinggalan zaman. Haha.
Dulu, aku tak yakin yang aku ada pembaca blog yang sanggup setia dengan aku.
Sekarang, aku yakin dengan pembaca blog aku.
Sekarang aku rasa aku mampu mengubah dunia. Haha.
Terlebih sudah...
Terima kasih kerana setia. Sayang korang. Hehe.

Jadi, bolehlah beramai-ramai 'LIKE' Mukasurat Penulis Hingusan ni kat Mukabuku ek.

Terima kasih sangat-sangat.

***

Aku tahu blog aku tak canggih macam korang.
Ini semampu aku.
Aku tulis apa yang aku suka, aku tulis apa yang aku rasa, aku tulis apa yang aku fikir dan kadang-kala aku tulis apa yang orang rasa.
Aku bukan jenis orang yang pintar menyusun bicara.
Tapi, aku jenis yang mampu meluahkan rasa dengan menulis sahaja. Hehe.
Terima kasih buat semua. ;)


Itu sahaja.
Kerana aku tahu, kamu sudah penat membaca. Hehe.
Wassalam~

Terima kasih. ;)