Nuffnang Ads

Sunday, October 26, 2014

Sempurna.

Sempurna.

Aku tidak sempurna.
Kau juga tidak.
Kita semua tidak sempurna.
Tapi sedarkah kau akan satu perkara?

Pernah tak kau tanya pada diri,
Kenapa Allah jadikan Hawa untuk Adam?
Kenapa Allah jadikan perempuan dan lelaki?
Kenapa Allah jadikan betina dan jantan?
Kenapa Allah jadikan bumi dan langit?
Kenapa Allah jadikan bulan dan matahari?
Kenapa Allah jadikan laut, darat dan udara?

Kalau Allah hanya jadikan salah satu daripadanya, apa yang akan terjadi...
Allah tahu akan segalanya,
Tapi kita yang senang luah segala tanpa fikir 'kenapa'.
Kita hanya bijak mengeluh sahaja.

"Kenapalah ada lelaki kat dunia ni kalau buat sakit hati je."
"Kenapalah ada bulan, kan bagus siang sepanjang hari."

Satu soalan yang ingin aku tanya,
Kau letak mana syukur itu?

Aku tidak sempurna.
Kau juga tidak.
Kita semua tidak sempurna.
Tapi sedarkah kau akan satu perkara?

Allah jadikan kita untuk saling menyempurnakan.
Ya menyempurnakan.
Kau dan aku - saling menyempurnakan.

Wednesday, July 16, 2014

Kisah Lama - Kisah Hari Lahir.

Assalamualaikum.
Lama dah tak update blog. Haha.
Kadang-kadang mood datang, bila online mood hilang entah terbang ka mana.
Nak tangkap, tapi tak boleh. Tutup laptop. Haha.
Kasihan kan?
Orang lain boleh je istiqamah update blog. Haha.
Aku?
Entahlah.
Niat dah ada, tapi cuma tak buat.
Macam apa je kan.
Okay, berhenti di sini.

La ni nak cerita pasai Hari Lahirku pada bulan Jun lepas.
Hari lahirku 21 Jun, tapi dari 20 Jun dah ada orang ucap dan sambut. Terharu kottt.
Yang penting sekali, ayah aku sendiri ucap Selamat Hari Lahir pada 20 Jun.
Aku tergelak baca pesanan ringkas dari ayahku. Haha.

20 Jun, bercadang nak pi TASKA dengan Suzie.
Yang syoknya, dia cakap depa tak tahu dengan kehadiran kami ni.
Tup-tup sampai TASKA, lepas makan semua, sekali ada kek yang dibuat oleh Kak Shiela.
Rasa terharu kot.
Sedap betul kek tu.
Terima kasih semua warga TASKA.  ;)


Nampak sedapkan. Tapi, memang sedap!


Lepas tu, malam 20 Jun tu lepak dengan adik-adik geng RSK. Makan sampai perut nak pecah. Makan kat kafe kolej je. Haha.
Lepas tu, balik. Panas.
Lepas bersihkan badan, tengok kat katil ada bantal biru kecil yang aku fikir, rasanya aku tak ada bantal tu.
Aku perhati bantal tu, nampak nama Anna (roomate) dan nama Suzie.
Aku terus jerit, "Anna!"
Yang Anna, dengan gembira nyanyi lagu Happy Birthday.
Pertama kalinya, dapat hadiah hari jadi menangis. Haha.
Terharu sangat-sangat.
Suzie terus call, sambil nyanyi lagu Hari Jadi dan ucapan Hari Jadi.
Tak dapat tahan air mata. Haha.
Bertambah nangis bila belakang bantal tu, ada 'S'.
Terbaik rancangan korang ek.

Siapa tak terharu dapat hadiah macam ni. :')
21 Jun tu, memang dah cadang nak pi Times Square dengan Suzie.
Hantar Anna pi KL Sentral.
Dia nak balik Sabah.
Aku? Tinggal kejap. Ada program lagi. Haha.

Balik TS, sampai kat UPSI malam.
Malam tu dah janji dengan adik Naim, nak makan malam dengan dia.
Dengan badan yang penat berjalan ni, pergi juga makan. Haha.
Terima kasih Suzie, temankan.
Tunggu punya tunggu Naim ni, sampai juga. Makan kat kafe kolej si Naim ni pula, sebab tak ramai orang. Haha.
Dia ni pula, bagi ucapan yang tak terfikir dek akal.
Hanya mampu tersenyum dan ketawa dengan ucapannya.


Aku rasa, ni hadiah hari jadi yang paling seronok aku dapat sepanjang 22 tahun.
Yang paling seronok, Allah kurniakan keluarga aku sangat BEST!, kawan-kawan yang sangat memahami dan orang sekeliling yang saling menyayangi.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, dah 22 tahun berpijak di bumi Allah.
Terima kasih atas segala ucapa dan doa yang kalian berikan.
Semoga Allah merahmati kalian. Amin~ ;)

Sayang anda semua kerana Allah. ;)

Wassalam~

Saturday, June 14, 2014

Minggu Suai Kenal - Rakan Suai Kenal.

Assalamualaikum.

1 Jun - 4 Jun 2014

Minggu Suai Kenal.
Orentasi pelajar Diploma ambilan Jun 2014/2015.
Teringat zaman aku Diploma di UPSI.
Cuma suasana berbeza.
Sangat.

Kali ni, aku pula yang jadi Rakan Suai Kenal mereka.
Kali ni, aku pula yang dipanggil kakak segala.
Aku tak kisah.
Suka.

Pelbagai gelagat, perangai, identiti, personaliti yang kulihat.
Zaman aku dan mereka sangat berbeza.
Ya.
Berbeza.
Perlu fahami semua itu.

Pengalaman yang amat berharga buatku.
Barisan RSK yang sangat mantap, walaupun adik-adik akak.
Anda terbaik. ;)

Yang selebihnya, biar gambar berbicara.














Wassalam~