Nuffnang Ads

Saturday, April 30, 2011

Mengukir Kenangan Baru | Akhirnya Tamat Sudah

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Syaza mencoretkan sesuatu lagi di blog Syaza yang sudah lama tidak tersentuh.
Maaf ya, Syaza sibuk dengan persiapan akad nikah Syaza.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Ya. Syaza gembira hari ni.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Terima kasih sangat-sangat sebab beri Syaza peluang untuk bersama orang yang tersayanag dalam hidup Syaza. ;)
Perjalanan untuk berjumpa dengan orang tersayang amat memenatkan, tetapi ia merupakan pengalaman yang amat berharga yang mengajar erti berdikari dalam hidup Syaza. ;)

Maaf sangat-sangat sebab berdiam diri tanpa meninggalkan sebarang khabar atau pesanan.
Hotto gomen ne.

Alhamdulillah, Syaza sudah kembali ke negeri di bawah bayu dengan selamat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan perjalanan Syaza supaya selamat sampai ke destinasi.
Syaza tiba di Sabah pada 29.4.2011 (Jumaat) yang lepas. Maaf, sebab tak beritahu kamu.
Bukan tidak punya masa cuma tidak punya idea untuk menulis.
Gomen ne.

***


Berakhirnya Semester 2

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah pengajianku untuk semester 2.
Setelah 4 bulan menghadiri kuliah, melaksanakan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah, menyertai pertandingan bola jaring, mengalami kecederaaan di buku lali yang masih belum pulih sepenuhnya dan banyak lagi perkara yang berlaku dalam semester 2 yang menjadi pengalaman kehidupan Syaza.

Banyak juga perkara baru yang aku cuba lakukan dalam semester 2, contohnya aku cuba untuk membuat montaj keluarga dan juga montaj khas untuk ibuku.
Dengan cara ini juga, aku cuba melepaskan rinduku kepada mereka.
Biasalah, hidup sebagai musafir.

Gambar-gambar di bawah, merupakan kenangan-kenangan yang tersemat pada Semester 2.

With Mastura

Depan Perpustakaan

With Zarina

Bersama Kak Izu

With Kak Sheila








Syaza cadang nak buat montaj, tapi macam tak syok pula. :P
Tengok gambar je la ye.

***


Inilah masanya untuk Syaza mengukir kenangan baru bersama keluarga.
Amat bahagia apabila berada di samping keluarga.

Syaza pernah terfikir, Syaza tak nak balik sehingga tamat pengajian.
Sebab apa?
Sebab kalau Syaza balik, Syaza terpaksa berpisah lagi.
Itu yang tak suka tu.
Tapi, apa boleh buat.
Kita nak menuntut ilmu kena ada pengorbanan.

Untuk mengecap kebahagiaan kena hadapi kepayahan. ;)


Mengukir senyuman walaupun dalam kepayahan. ;)


Sampai di sini sahaja ya.
Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011

Menghitung Detik Waktu yang Berlalu - Doakan Aku

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat.
Esok merupakan fisioterapi yang ketiga.

Menghitung Detik Waktu yang Berlalu

Hari demi hari berlalu,
Detik demi detik kukira waktu,
Tiap kali mimpi,
Hanya terbayangkan wajahmu.
Aku amat rindu sama kamu.

Suaramu sentiasa terdengar tanpa rasa jemu.
Pabila diam membisu,
Aku mula merindu.
Kamu mahu tahu?
Kamu buah hatiku.
Ya, aku mengaku itu.

Aku perlukan kamu dalam hidupku.
Pembakar semangatku, itu juga kamu.
Hadir dalam hidupku, ketika aku memerlukanmu.
Kamu yang jauh di mata, tapi dekat di hatiku.

Aku mahu kamu tahu, aku sayang kamu.
Aku juga cinta kamu.
Kamu tidak percayakan aku?
Bukankah aku sudah mengaku, kamu buah hatiku?

Aku rindukan kehadiranmu,
Aku rindukan gelak tawamu,
Aku rindukan setiap perlakuanmu,
Aku rindukan semua itu.

Setiap saat kita bersama merupakan kenangan aku denganmu.
Aku tidak akan lupa pengorbananmu kepadaku.
Terima kasih kerana sentiasa ada untukku.
Kamu tempat aku mengadu.

Maafkan aku jika aku menyusahkanmu.
Maafkan aku jika aku tidak menceritakan masalahku padamu.
Aku tidak mahu kamu risau untukku.
Cukuplah dugaan yang kamu tanggung itu.

Kamu,
Satu lagi aku mahu mengaku.
Kamu bukan sahaja buah hatiku.
Tapi sudah setia bersamaku.
Wahai Jantung Hatiku.

Aku rindu sama kamu.
Tunggu kepulanganku di bumi di bawah bayu.
Tidak sabar untuk melihat senyuman bahagiamu.

Doakan kejayaanku di sini.
Duhai Jantung Hatiku. ;)


Syaza Syafeeqah
12.04.2011




Syaza pernah tulis dia di sini.
Ya Allah, kau pertemukanlah aku dan dia dengan senyuman mesra.
Biar hati berbunga ceria.
Biar wajah berseri sahaja.

Ya Allah, aku rindu dia dan keluarga.
Sesungguhnya rinduku ini hanya keranaMu, ya Allah.
Sesungguhnya rinduku ini tidak lebih rinduku terhadapMu.

***


Doakan Syaza untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 2 ini ek.
Mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua untuk menjawab soalan peperiksaan yang akan dihadapi nanti.

Ya Allah, Kau berikanlah keputusan yang terbaik buat kami.
Ya Allah, Kau permudahkanlah kami untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang kami hadapi.
Ya Allah, bantulah kami ya Allah.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.

Amin...

Wassalam~

Saturday, April 9, 2011

Dapatkah Anda MenandingiNya? - Ciptaan Allah Tiada Taranya.

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat seperti biasa.
Syaza harap kamu juga begitu ya. ;)

Ciptaan Allah Tiada Taranya

Allah itu Maha Kuasa.
Allah itu Maha Esa.
Allah itu Maha Besar.
Dia boleh lakukan apa sahaja dalam sekelip mata.
Jika Dia kata, ' Jadilah' maka jadilah ia.

Kini, manusia cuba mencabar kekuasaanNya.
Contohnya, telur ayam tiruan yang hangat diperkata sekarang.
Tapi, kita lihat ia hanya sementara.
Mereka menghasilkan sesuatu dengan cara yang salah.
Ciptaan yang tidak sempurna.
Itulah manusia.
Serba kekurangan dan tidak akan mencapai kesempurnaan.
Oleh itu, tiada yang sempurna di dunia ini termasuklah kita, manusia yang sebaik-baik ciptaanNya.

Siapa kita untuk mencabar kekuasaanNya?
Siapa kita untuk menandingi ciptaanNya?
Siapa kita untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna?
Siapa kita?

Kita hanya insan biasa yang hina.
Kita hanya insan biasa yang tiada punya apa-apa.
Kita hanya insan biasa yang sentiasa tidak lari daripada dosa.
Kita ini terlalu biasa.
Tidak pernah sempurna.

Subhanallah, cantiknya langit biru. Siapa yang dirikannya? ;)


Dia, Allah amat besar kuasaNya.
Dia ciptakan sungai yang sentiasa mengalir membawa air yang bersih dan suci.
Dia ciptakan manusia yang cantik dan kacak seperti kamu.
Dia ciptakan gunung-ganang, bukit-bukau, laut dan banyak lagi.
Kalau nak dikira bilangan ciptaanNya, sememangnya tidak terkira.

Tetapi, jika Dia ingin berhentikan aliran air sungai itu, maka ia akan terjadi.
Jikalau kita, mampukah kita untuk lakukannya?

Jika anda kata, anda pintar, bagaimana caranya?
Jika anda kata, anda bijak, berapa lama ia akan memakan masa?
1 tahun? 10 tahun? 100 tahun?
Anda tidak mampu, bukan?
Kerana anda bukan Tuhan.

Oleh itu, jangan cuba menandingi ciptaanNya.
Ciptaan Dia terlalu sempurna dan tiada cacat cela.
Ciptaan manusika sentiasa ada buruknya dan hanya sementara.

Bukalah mata anda.
Bukalah minda anda.
Bukalah pintu hati anda.
Sedarlah manusia!
Kita juga ciptaanNya.
Tiada siapa yang boleh menandingi ciptaan Allah.

Walau kamu seorang yang terpandai di dunia, kamu juga ciptaanNya.
Jika kamu seorang yang bijak, bukan bermaksud kamu boleh buat sesuka hati kamu sahaja.
Kamu juga hambaNya.

Allah berfirman:
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: Ayat 56)

Oleh sebab itu, kita hidup di dunia ini perlulah beribadah kepada Allah untuk menghuni syurgaNya.



Itu sahaja untuk perkongsian hari ini.
Segala kekurangan daripada Syaza sendiri.

Wassalam~