Nuffnang Ads

Thursday, June 3, 2010

Anda Mahu Cantik?

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Syaza harap kamu semua sihat wal'afiat ya.
Di sini, Syaza hanya ingin berkongsi sesuatu untuk kamu.
Bacalah ek. :)

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???


# Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan)
sebagai "Hiasan Mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.


# Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.


# Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa "Malu" yang dibuat dari salon "Iman".


# Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
"Dosa" dan "Kesalahan" yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur "Pandangan Lelaki" yang
merbahayakan.


# Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu"
dan jari-jari anda dengan "Cincin Ukhuwwah".


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah "Kalung Kesucian".


# Bedaklah wajah anda dengan "Air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.

credit: www.murabbi.net


Wassalam~

Tuesday, June 1, 2010

Inikah Saudaraku?

Assalamualaikum.

Hari ni, alhamdulillah akhirnya siap juga cover untuk cerita 'Inikah Saudaraku?'.
Anda boleh layarinya di blog IniCeritaKu.

Syaza nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Farah, iaitu my second sister sebab dia yang buatkan covernya.

Covernya amat memuaskan Syaza.

Terima kasih Kak Farah!


Ini hasilnya:




Cantik bukan? He~

Cerita ini tentang persaudaraan. Kalau nak tahu tentang cerita ini, anda boleh tekan sahaja di gambar itu untuk membacanya.

Di sidebar Syaza juga, ada Syaza sediakan untuk kamu langsung ke blog tersebut.

Kalau dendam sudah membara,
Darah merah kan tertumpah jua.


Wassalam~

Remaja Dulu vs Remaja Kini

Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...


--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

--------------------------------------------------------------------------------



Remaja Kini...

Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!
Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.





credit: iluvislam

Wassalam~