Monday, December 8, 2014

Saya Nak ke Jepun!

Assalamualaikum and olaaaa everybody.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, Syaza ada tulis "Kenapa Syaza suka dengan Negara Jepun." dan akan menceritakan 'kenapa' di entri akan datang. Jadi, entri ini-lah.

Tempat pertama yang Syaza nak pergi bukan Jepun, tapi Mekah.
Kenapa?
Mesti semua tahu, sebab nak mengerjakan Haji dan Umrah.
Jadi, sempurnalah rukun Islam kita.
Meh, kumpul duit sama-sama.
Yang dah ada duit tu, jangan melambat-lambatkan pula ek.
Ohhh, tunggu giliran ek. Syaza faham. Ngeee~

Syaza nak tengok Kaabah, nak pergi Madinah, nak jumpa Rasulullah, semua nak pergi.
Dengar cerita daripada ibu ayah, rasa macam nak pergi terus.
Buat masa ni, belum cukup duitnya.
InsyaAllah, beberapa tahun akan datang. InsyaAllah.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin.

Tempat kedua yang paling Syaza nak pergi ialah negara Jepun!
Konnichiwa mina-san!
Kenapa?



1. Budaya Jepun.

Jumpa orang, tunduk hormat.
Kan sunnah Nabi beri salam dan salam.
Tapi, apa yang kita praktikkan?
Kan sunnah Nabi jumpa orang senyum - bermanis muka.
Tapi, apa yang kita buat?
Jumpa orang buat dek je, senyum pun susah.
Islam kan ajar kita benda baik.
Maka, tunjukkan.

2. Tepati Masa.

Jepun: Kelas bermula pukul 10.00 pagi. 30 minit sebelum kelas bermula, mereka dah ada dalam kelas.

Malaysia: Kelas bermula pukul 10.00 pagi, 10 minit selepas kelas bermula, baru nak masuk kelas.

Typical Malaysian.

Janji meeting pukul 8.30 malam, datang pukul 8.50 malam.
Inilah orng Malaysia.
Janji Melayu katanya.

Syaza pernah menulis tentang masa di sini.

Beberapa tahun telah berlalu, namun orang Malaysia masih tidak berubah.

Contoh lain:

Jemputan VIP perlu datang pukul 8.30 malam untuk Majlis S.
Para tetamu telah datang memenuhi dewan pukul 8.20 malam.
VIP datang pukul 9.00 malam, walaupun sebenarnya majlis kena mula pukul 8.40 malam.

Saya tahu anda VIP, tapi masa harus ditepati.
Allah pandang anda VIP dan orang biasa sama sahaja.
Yang bezakan kita adalah IMAN.

3. Amanah dan tanggungjawab

Syaza pernah tengok dalam TV dan pernah membaca di sebuah blog mengenai amanah di negara Jepun.

Contohnya, kalau kita tertinggal sesuatu seperti dompet, telefon bimbit atau apa sahaja di negara Jepun, jagan risau...
Anda perlu pergi ke tempat yang anda tertinggal tu.
Sekiranya barang tersebut tu, tak ada di situ, maka pergi ke balai polis.
InsyaAllah akan jumpa.
Mereka takkan ambil barang kepunyaan orang lain.
Tapi kalau negara lain?
Terus ambil dan katanya rezeki... -_-"

4. Kebersihan

Kebersihan Negara Jepun, tak perlu dipertikaikan.
Sebab tu depan boleh maju.
Depa jaga kebersihan negara mereka.
Kalau makanan anda terjatuh dijalanan, anda perlu kutip semula, bukan biarkan.
Budaya mereka ni ialah mereka bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.
Depa tak perlu dah, tukang sapu jalan ke, sebab depa jaga kebersihan depa sendiri.

Contohnya mereka ada anjing.
Mereka akan bawa plastik untuk najis anjing tu sendiri.
Dan merek a akan kutip najis anjing tu, dan bawa balik lepas tu buang.
Mereka jarang yang akan buang di tong sampah awam, sebab mereka care tentang kebajikan orang lain.

5. Budaya Membaca

Yang ni tak perlu nak hurai panjang sebab ramai dah tahu negara Jepun memang suka membaca.
Sebab tu depa boleh maju.
Kalau ada masa terluang sikit je, mereka akan baca buku.
Dalam kereta api, kalau depa tak baca buku, depa akan main handphone atau tidur.
Depa tak buat bising.
Lain macam kita, duk bercakap siang malam.

Nak negara kita maju, ikut cara Jepun.
Jangan cakap kencang, tapi tak buat.

Sebab tu, saya nak ke Jepun!
Saya nak alami sendiri suasana di sana.
Kawan Syaza dah pergi, dia cakap best sangat.
Okay, maknanya Syaza akan pergi tak lama lag. InsyaAllah.
Mohon doa.

Kalain pula nak ke mana?
Ada negara impian?

Wassalam~

2 comments:

  1. Ya Allah, macam best je bunyi kat jepun tuh. Tapi memang pun. Bukan nak kata Malaysia teruk, tetapi kebenaranya kita nampak dgn mata sendri. Entah lah, sampai bila entah nak buang perkataan, "JANJI MELAYU". Teringin nak ubah prsepsi org yang melayu pun bangsa yang menepati masa. hmmm

    ReplyDelete
  2. @sakura, bukan semua yang tidak menepati masa, tetapi secara majoritinya.
    Kan pepatah melayu ada kata, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
    kalau kita nak ubah seluruh rakyat Malaysia, memang payah. tapi kita kena usaha, untuk ubahkan 'manusia'.
    Semoga Malaysia maju. ;)

    ReplyDelete