Wednesday, February 29, 2012

Diam, Ketawa dan Aku.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Lama dah soalan ni tak kuar. Hehe.

29 Februari 2012.
Alhamdulillah, Allah beri Syaza keizinan untuk mencoretkan sesautu pada tarikh ini.
Oh... Ye... Lupa pula. Sebelum lupa lagi, Syaza nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Khalilahku cayang. Finally! Baru 5 tahun ye dik... Alalalala... Mudanya kamu. HEHE.

Diam, Ketawa dan Aku.


Diam.
Aku suka.

Ketawa.
Aku suka.

Diam dan ketawa.
Itu aku.



Syaza nak buat penjelasan di sini.
Mungkin ada yang kata, Syaza ni kejap diam kejap tak.
Kejap suka gelak, kejap tak.

Sebenarnya, Syaza seorang yang suka ketawa. Seriously...
Tak percaya, tanya sama keluarga saya.
Dan... Syaza juga suka diam.
Apabila sesuatu tidak memerlukan Syaza bercakap, Syaza akan jadi seorang yang teramat pendiam.
Sampai tahap, orang tanya Syaza, Syaza cuma angguk dan geleng.

And I want you to know, why I'm like that.
You know why?
Because, I'm like that.


Honestly, sometimes I need time to see about the 'world' and people.
I need to give some spaces for myself.

Syaza tahu, ada yang akan berkata:
"Aik.. Syaza ni kejap ok kejap tak ok. Kejap happy kejap tak. Kejap diam je macam marah kat orang. Macam taknak kawan dengan orang je."
Pertama:

Syaza percaya akan ada yang berkata sebegini.
Syaza adalah seorang yang jika diam, memang tak layan orang.
Ya, mungkin anda akan rasa menyampah sebab Syaza kadang-kadang buat tak kenal.
Jalan terus atau tunduk all the way.

Kedua:

Kalau Syaza gelak, kadang-kadang mungkin ada yang nampak gelak paksa (kalau ada yang tahu gelak paksa saya). Hehe.
Mungkin ada gelak bersungguh atau gelak besar orang kata.
Ketawa juga merupakan perkara yang sinonim bagi Syaza.
I want to make people happy and I also want to be happy.

Ketiga:

Syaza rasa kadang-kadang ada perkara yang perlu dikatakan dan ada yang tak.
Bagi Syaza, diam itu penting, ketawa itu juga penting.
Kalau Syaza dengan kawan-kawan, Syaza tak banyak cakap dan tak banyak juga ketawa BERBANDING Syaza dengan keluarga.
Kalau dengan keluarga, Syaza antara orang yang bercakap selain Kak Farah (HAHA) dan Syaza adalah orang yang rajin ketawa.
Sampai keluarga Syaza sendiri cakap,
"Ajja tak penat ke cakap je..."
Keempat:

Oleh itu, dalam hal ini mungkin ada yang suka mahupun tak suka.
Secara jujur, Syaza layan keluarga dan kawan sangat berbeza.
Apabila Syaza dengan keluarga, Syaza lebih pentingkan keluarga.
Apabila Syaza dengan kawan, Syaza lebih pentingkan diri sendiri.

Pentingkan diri sendri dalam konteks;

Anda boleh buat benda tu sendiri, so you have to do that.
It's okay for me if you want me to guide you, but if you just be quiet, so I'll say goodbye. 
Tapi, tengok juga kawan yang bagaimana.

Mungkin ada yang akan kata, kejamnya Syaza.
Ya kejam sebab anda tidak nampak kebaikan yang saya berikan.
Sebab apa?
Sebab anda menutupnya dengan segala kejahatan. ;)

Ini bukan luahan rasa.
Cuma perkata apa yang orang mengata.

Maaf kalau tersinggung.

Sesungguhnya...
Diam itu indah.
Tiada siapa yang bakal disakiti oleh lidah.
Jika anda zikir di dalam hati yang gundah.
Itu lebih baiklah. ;)

Wassalam~

Friday, February 24, 2012

#3 Allah and Prophet Said... I Say... : Islam.

Assalamualaikum.

Allah said...
"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." (Surah Ali-'Imran: Ayat 85) 
Prophet said...
“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”  (
al-Bukhari dan Muslim)
 
*Huraian hadis akan diterangkan di bawah. 
I say...
Agama Islam adalah adalah yang sangat mudah bagi penganutnya yang memahami dan mendalaminya sebenar-benarnya. 


Bak kata orang, tak kenal, maka tak tahu.
Kalau tak kenal, mana mungkin boleh jatuh cinta.

Islam adalah agama yang sangat indah.
Keindahan itu hanya boleh dilihat oleh individu yang benar-benar ingin mengenali Islam itu sendiri.
Maka, jangan ketinggalan untuk mencari keindahan itu.

Huraian hadis:

1. Islam berdiri di atas tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Secara ringkasnya, iman adalah berkaitan dengan kepercayaan seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
2. Rasullullah mendifinisikan Islam dengan takrif (difinisi) yang bermacam-macam sebagai mengingatkan pentingnya bagian-bahagian tersebut di mana aqidah adalah tercermin dalam pelaksanaan rukun iman dan ibadah pula tercermin dalam pelaksanaan rukun Islam. Oleh itu sesiapa yang melanggar mana-mana rukun ini bererti ia telah meruntuhkan agama yang dianutinya. 
3. Islam adalah ajaran yang integral (lengkap) di mana ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam tidak akan pernah hilang dari permukaan bumi dan tidak akan pernah berganti kerana Allah sendiri yang berjanji akan menjaga kesempurnaan ajaran ini.

Wassalam~

Thursday, February 23, 2012

#4 Doa.

Assalamualaikum.

Abdullah bin Amru bin 'As melaporkan, katanya, "Nabi Muhammad berdoa:
"Ya Allah, Tuhan yang berkuasa mengubah hati-hati manusia, tetapkanlah hati kami supaya terus taat kepadaMu." (Direkodkan oleh Muslim)


Semoga bermanfaat buat semua.

Wassalam~

Saturday, February 18, 2012

MUET - Pray for Me. ;)

Assalamualaikum people!
Peace be upon you.



This 20th February, I'll sit for MUET examination (speaking test).
I'm really-really-really hope for your du'a. Pray for me.
I admit that I really nervous to face the MUET.

When we talk about speaking, especially in English, I extremely like :O .
Do you understand? Hehe.

Nowadays, I have one more individual assignment to finish because the assignment was given by yesterday.
Alhamdulillah, I was finishing it.
I done the assignment early because tomorrow, I have to go to the Sungai Sumun with my friends.
The journey will take over an hour. MAYBE.
So, that's why I have to done my work earlier.

Maybe, that's all.
Sorry because of this short update.
I really blur right now.

Pray for me.
Just Allah can repay all your du'a.

Thank you. Keep in touch. ;)

Wassalam~

Friday, February 17, 2012

#2 Allah and Prophet Said... I say... : Senyum.

Assalamualaikum.

Hari ini Syaza nak kongsikan tentang senyum pula.
Syaza cari yang Syaza mampu.
Syaza minta maaf, jika hanya salah satu sahaja yang Syaza jumpa.

Prophet said...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
I say...
Senyumlah selagi anda mampu untuk tersenyum. ;) 

Jangan senyum tak tentu hala pula, nanti orang anggap lain pula.
Senyum itu merupakan satu sedekah.
Tak susahkan nak senyum? ;)

Wassalam~

Thursday, February 16, 2012

#3 Doa.

Assalamualaikum.

Toriq bin Ashyam melaporkan, katanya, " Kebiasaannya dahulu, apabila ada orang baru masuk Islam, Nabi Muhammad mengajar orang itu bersembahyang lalu Nabi menyuruhnya berdoa dengan ayat-ayat berikut:
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki." (Direkodkan oleh Muslim)
Dalam rekod lain dicatatkan: Toriq mendengar seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad, " Wahai Utusan Allah, bagaimanakah caranya saya mahu berkata apabila saya hendak meminta sesuatu daripada Tuhan saya?" Nabi Muhammad berkata, " Bacalah,
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki," kerana dalam doa ini terkandung semua hajat keperluan di dunia dan akhirat. 

Semoga bermanfaat buat kalian.

Wassalam~ ;)

Wednesday, February 15, 2012

Hijab and Fashion by Adibaaah. ;)

Assalamualaikum...

Watch this video. ;)
Simple, but packed!





Thanks you for Adibah because did this video.
I'm really like it.
Good information and advice to all muslimah.

Wassalam~

Tuesday, February 14, 2012

Aku Tidak Sempurna, Aku Hanya Insan Biasa.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza mencoretkan sesuatu di sini.
Jadual yang penuh beberapa hari ini membuatkan Syaza agak sukar meluangkan masa di sini.
Tugasan-tugasan yang masih perlu dikumpulkan, ujian-ujian yang bakal dihadapi serta program-program yang kebanyakannya Syaza tidak dapat memberikan komitmen yang jitu atas sebab-sebab sebelumnya.



Aku Hanya Insan Biasa.


Aku hanya insan biasa,
Yang punya dua biji mata,
Dua telinga,
Dua tangan,
Dua kaki,
Satu mulut,
Dan...
Satu tubuh badan.

Aku tidak punya keistimewaan,
Yang boleh menyelesaikan satu masalah dalam satu masa.
Aku juga punya satu akal,
Yang mampu berfikir banyak perkara.
Namun, ia juga perlu direhatkan.

Aku hanya insan biasa,
Yang tidak akan lari dari kesilapan,
Mahupun kesalahan.
Aku sedar,
Kadang-kala aku tidak mampu menjaga semua hati,
Namun, aku tidak lari untuk cuba menjaganya.
Harap faham,
Aku juga perlu jaga hatiku sebaiknya.

Tiada yang sempurna,
Hanya Allah yang Maha Esa.

Aku cuba untuk lakukan yang terbaik untuk semua,
Walaupun kurasa ianya menyeksakan diriku sendiri.

Aku percaya,
Pertolongan yang baik akan dibalas baik oleh Allah.
Kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat. InsyaAllah.

Jika aku rasa diriku tidak mampu,
Kumohon pertolongan padaNya,
Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.

Ya Allah, tabahkanlah hambaMu ini untuk meghadapi segala dugaan yang kuhadapi. Amin...

Sememangnya aku tidak sempurna...

Wassalam~

Friday, February 10, 2012

#1 Allah and Prophet Say... I Say... : Adab Bercakap.

Assalamualaikum.

'Allah and Prophet Said... I Say...' membawa kita kepada firman Allah dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang akan menerangkan sesuatu tajuk.
Syaza pula tulis pendapat Syaza. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan.

Allah said...
Allah tidak menyukai ucapan buruk[371], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[372]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nisa: Ayat 148)
[371]. Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya.
[372]. Maksudnya: orang yang teraniaya oleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.

Prophet said...
Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".
I say...
Tuturlah menurut akalmu. Jangan turuti hatimu kerana jika kamu turuti kehendak hati percayalah banyak hati yang akan kamu sakiti. Fikir dahulu sebelum berkata. ;)

Segala kesalahan harap diperbetulkan. ;)

Wassalam~

Thursday, February 9, 2012

#2 Doa.

Assalamualaikum.

Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Nabi Muhammad pernah berdoa:
" Ya Allah, aku memohon kepadamu petunjuk, takwa, budi yang luhur dan kekayaan."
(Direkodkan oleh Muslim)


Semoga bermanfaat buat semua. InsyaAllah.

Wassalam~

Wednesday, February 8, 2012

Ustaz Don Nak Habaq Ni...

Assalamualaikum.

Hari ni Syaza tak mahu menaip.
Syaza nak kongsi bidio. -_-"
Eh, sorry... Video.

Ni... Meh, cek nak habaq kat hampa semua.
Video ni cek minat sangat.
Minat kat ustaz tu. HAHA.
Eh, silap. Astaghfirullah.
Minat cara penyampaian dia. Cek suko.

Ni pasai syarat tudung.
Lepas ni kalau hampa nak pakai selendang nak lilik 10 kali pun tak pa.
Tapi... Hampa semua kena tengok syarat dia dulu untuk jadi muslimah yang betul ;)

Dia ada lima video.
Apa? Lima? Jeng jeng jeng...
Tak lama. Satu video 2 minit ja.
Hampa layan movie  satu jam pun tak ada masalah.
Layan 5 movie baru 10 minit dah mengeluh.

Kalau hampa tengok video ni, kompom (confirm) tak menyesal. InsyaAllah.


Wassalam~ ;)

Monday, February 6, 2012

Sesak di Dunia Sudah Terasa Peritnya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Engkau masih berikan aku nyawa, walaupun aku rasa seperti sudah terbang jauh meninggalkan dunia kerana kesesakan yang menimpa.
Allah, dugaan...

Bibirku terus berselawat dan mengucap dua kalimah syahadah dalam perjalanan pulangku.
Kesesakan itu membuatkan aku 'sesak'.
'Sesak' itu terasa sehingga sekarang. Mudah-mudahan pulih seperti biasa. InsyaAllah.
Nafasku masih perlu diatur...
Letih tidak berapa, sesak terasa sehingga tidak boleh diungkapkan oleh kata-kata.



Allah sahaja yang tahu apa yang kurasa.
Ini baru sesak di dunia. Belum lagi rasa sesak ketika menghadapi mati.
Ya Allah, ampunilah dosaku.

Syaza mohon maaf atas segala silap dan salah selama ini. Halalkan segalanya.


Wassalam.

Thursday, February 2, 2012

#1 Doa.



Anas melaporkan, katanya, "Kebanyakan doa Nabi Muhammad adalah:"

" Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa api neraka."
(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Moga manfaat buat semua. InsyaAllah.


Wednesday, February 1, 2012

Stres? Mudah Sahaja untuk Tanganinya.

Assalamualaikum.

Anda stres?
Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan?
Banyak program yang perlu disertai?
Diri anda terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti?
(Macam iklan pula. Hehe.)


Mudah sahaja wahai rakan-rakanku.
Sebenarnya banyak langkah boleh menangani stres atau tekanan ni.
Tapi, Syaza akan terangkan serba sedikit sahaja ek.

1. Fahami Punca Stres.

Kenapa anda stres?
Sebab tugasan, hal peribadi, bengang dengan sikap rakan anda?
Pabila anda tahu punca stres, baru boleh selesaikan masalah. ;)

2. Selesaikan Masalah Satu Persatu.

Janganlah tamak sangat nak selesaikan semua masalah dalam satu masa.
Jadi, selesaikan satu persatu, perlahan-lahan.
Yang penting sekali, selesaikan masalah pada waktu yang sesuai. Janganlah masa bad mood masa tu juga nak selesaikan masalah. Pastikan diri anda tenang ek. ;)

3. Ketawa atau Menangis.

Pabila ketawa, kita rasa kita gembira. Tapi, janganlah over sangat kalau ketawa dan jangan terlalu banyak ketawa sebab pabila kita terlalu banyak ketawa, hati kita boleh mati.
Menangis, terpulang pada anda cara menangis macam mana anda boleh lepaskan stres anda. Kalau terlalu berat, menangislah sepuasnya ketika sujud kepada Allah dan mohon untuk diberikan kekuatan. InsyaAllah. ;)

4. Meditasi atau Bertafakur.

Muhasabah diri lah anda. Sebelum tidur, flash basck apa yang telah kita lakukan sepanjang hari tersebut.
Berzikirlah. InsyaAllah, anda akan tenang.
Allah berfirman, Surah Az-Dzariyyat, ayat 56:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."
Oleh itu, kembalilah kepada Allah.

5. Terima Keadaan Seadanya.

Redha akan ketentuan Ilahi setelah kita berusaha semampunya.
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Oleh itu, take it easy my dear. InsyaAllah all your problem will solve.

Itu je lah kot.
Sebenarnya kalau ikutkan, lebih 20 langkah untuk mengatasi stres.
Tetapi, Syaza pilih yang mudah untuk dipraktikkan.
Semoga berjaya.

Last steps that I always use is SMILE. :)
Senyum, tak perlu kata apa-apa.


Nikmatilah hidup ini sebaiknya dengan mengikuti segala perintah Allah.
InsyaAllah, anda akan bahagia dunia dan akhirat. ;)


Wassalam~