Thursday, February 16, 2012

#3 Doa.

Assalamualaikum.

Toriq bin Ashyam melaporkan, katanya, " Kebiasaannya dahulu, apabila ada orang baru masuk Islam, Nabi Muhammad mengajar orang itu bersembahyang lalu Nabi menyuruhnya berdoa dengan ayat-ayat berikut:
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki." (Direkodkan oleh Muslim)
Dalam rekod lain dicatatkan: Toriq mendengar seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad, " Wahai Utusan Allah, bagaimanakah caranya saya mahu berkata apabila saya hendak meminta sesuatu daripada Tuhan saya?" Nabi Muhammad berkata, " Bacalah,
" Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, selamatkanlah aku dan berilah aku rezeki," kerana dalam doa ini terkandung semua hajat keperluan di dunia dan akhirat. 

Semoga bermanfaat buat kalian.

Wassalam~ ;)

No comments:

Post a Comment