Nuffnang Ads

Friday, January 30, 2015

Tiada Nanti Bagimu.

Assalamualaikum.



Tiada Nanti Bagimu.

3.30 petang, 31 Januari 2015, Sabtu.

"Kejaaaaapppp... Bagi aku sesaat..." kata Si Pulan.
"Maaf, tiada sudah masa bagimu," jawab Malaikat Maut.
"Allaaaaaahhhhhhh!!!"

Ajalnya telah pun sampai, tanpa Si Pulan sempat solat Zohor tadi.

***

Na'uzubillah.
Pertamanya, ayuh doa, semoga kita mati dalam Iman dan Islam. Amin~
Semoga kematian itu merupakan saat indah kita untuk bersama Pencipta kita.
Semoga kita bersedia dengan sebenar-benar sedia.

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, ingin saya bertanya kepada pembaca,

"Dah solat?"

Sekiranya belum, maka tunaikanlah apa yang wajib dahulu, lepas tu sambung semula ya.
Sekiranya sudah, alhamdulillah. Anda boleh teruskan pembacaan.

Sebab apa saya tanya sebegitu?
Kerana soalan ini juga saya ingin balas dengan persoalan.
Anda tahu waktu mati anda bila?

Disebabkan kita sendiri tak tahu bila ajal kita, maka kita perlu bersedia.
Sekurang-kurangnya kita dah langsaikan solat kita.
Sekurang-kurangnya, soalan pertama nanti dapat kita jawab dengan tenangnya. InsyaAllah.

Solat itu hukumnya wajib, sayang.
Solat itu tiang agama.
Kalau rumah tak ada tiang, maka robohlah ia.
Begitu juga dengan agama kita.
Sekiranya tak solat, maka 'runtuh' agama dalam diri kita.

Solatlah pada awal waktu.
Kenapa?
Kerana, adakah kau tahu kau masih bernyawa pada akhir waktu?

Jangan melengah-lengahkan solat.
Kita tak tahu ajal kita bila.
Sekiranya, ajal kita datang sebelum kita tunaikan solat, bagaimana ya? Allahu rabbi~
Na'uzubillah... T_T

Kadang-kadang, kita me'nanti'kan solat tanpa kita sedar.
Bagaimana?

Situasi 1:

"Wei, jom solat."
"Jap."

Situasi 2:

"Dah masuk waktu. Jom."
"Aku settlekan kerja ni dulu jap."

Situasi 3:

"Aku solat dulu ek."
"Em..."
5 minit kemudian, masih tak sertai solat.

Situasi 4:

"Jom solat."
"Aku balas mesej dia kejap."

Pernah buat?
Saya sendiri pernah buat.
Kan saya kata, tanpa sedar kita melengah-lengahkan solat.
Allahu rabbi~


ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.

(Riwayat At-Tirmizi )
***

Ada satu kisah, sekumpulan kawan pergi jalan-jalan jauh dari tempat tinggal. Perjalanan dimulakan selepas Subuh. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Dah puas jalan-jalan, mereka nak pulang ke rumah. Azan Zohor dah memanggil dari tadi. Sekarang menunjukkan jam 3.00 petang.

Mereka singgah ke kedai makan untuk mengisi perut. Masing-masing dah kenyang kegembiraan. Seorang daripada mereka mengajak rakan-rakannya untuk solat, tetapi seruannya disahut dengan senyuman dan buat-buat tak dengar rakan-rakannya. Dia gagahkan diri untuk pergi solat dahulu. Dia menunggu pintu dibuka oleh rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba, pintu dibuka. Dia tersenyum, namun senyumannya hanya sementara. Wajah yang tidak dikenali dihadapan pintu. Hatinya rasa seperti ingin menangis dan tertanya-tanya, "Mana rakan-rakannya yang lain?"

Setelah selesai solat, dia menuju ke kenderaan untuk pulang. Rakan-rakannya menunggu di dalam kenderaan. Dia hanya tunduk tanpa melihat wajah rakan-rakannya. Dia hanya mampu mendoakan perjalanannya selamat.

Dia melihat ke luar tingkap... Jauh merenung...

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Awak siapa ya?"
"Malaikat maut."
"Ha? Saya tak solat lagi! Saya tak sedia lagi!"
"Bukankah Allah dah berikan masa yang banyak untuk kamu bersedia?"
"Kejaaaaappppp. Bagi aku masa sesaat."
"Maaf, tiada sudah masa bagimu."
"Allaaaaaahhhhhh!!!!"

Seorang rakannya terbangun dari tidur. Pucat wajahnya. Segera dia menyuruh rakannya berhenti di surau yang berhampiran untuk solat.
Rakannya hanya senyum dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih berikan kau masa untuk bertaubat.

***

Oleh itu, sekiranya masuk waktu solat, solat.
Tiada nanti bagimu.
Kerana kita tidak tahu ajal kita bila.

Wallahu'alam.

Wassalam~

Tuesday, January 27, 2015

Tolong Aku Boleh?

Assalamualaikum.



A: Aku nak berubah, tolong aku boleh?
B: Maaf, aku bukan Ustazah.

Pssstttt...
Saya nak bagi tahu ni, memang kita bukan Ustazah ataupun Ustaz, tetapi kita ni sebagai Khalifah di dunia ini, maka kita perlu bantu rakan-rakan kita yang memerlukan kita. Lagi-lagi bab sokongan dalam Agama.
Walaupun kita bukannya pakar dalam bab agama, tetapi mungkin rakan kita percaya pada kita untuk bantu dia berubah ke arah kebaikan.
Rakan kita nampak potensi kita untuk bantu dia - bagi sokongan pada dia dalam apa cara sekali pun.
Maka, jangan menolak.
Kita perlu bantu.
Bantu semampunya.
Sekurang-kurangnya, sentiasa mengingati dia.
Mengingatkan dia untuk sentiasa mengingati Allah.

Der, takkan kau nak masuk Syurga sorang-sorang der.
Kau tak kesian kat kawan kau ke?
Jangan sampai kau masuk Neraka sebab tak bantu dia masuk Syurga.
Kau nak macam tu?
Mesti tak nak kan...
Jadi, kan seronok masuk Syurga sama-sama.

"Aku bukan tahu bab-bab agama."
Kalau rakan kita tu tak nampak potensi kita untuk bantu dia, dia takkan letakkan kepercayaan dia pada kita untuk bantu dia.
Kalau tak tahu bab-bab agama, mesti tahu 'tajuk utama' dalam agama kan?

Sayang, Allah dah pilih kita untuk bantu dia berubah.
Kenapa lepaskan peluang keemasan ini?
"Emas apa macam ni?"
Hello, didn't you see that Allah try to help you to bring you in His Paradise?
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.
Percaya itu bukan?

“Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.” (Surah Muhammad: Ayat 7)
"Aku tak retilah nak bagi nasihat agama ni, aku bukan sekolah agama pun."
Kakak-kakak, abang-abang, nak nasihat agama ni tak perlu nak sekolah agama.
Tak perlu.
Kita Islam bukan?
Semua yang beragama Islam itu, saudara kita bukan?
Maka, nasihat mereka sekiranya anda sayangkan saudara anda.
Sanggup anda tinggalkan saudara anda sendirian?
Semestinya tidak, bukan?
Nak nasihat orang tak perlu nak jadi Ustazah mahupun Ustaz.
Kita di dunia ini adalah sebagai Khalifah.
Maka, setiap dari kita ada tanggungjawab kita untuk bantu saudara kita.
Takkan nak nasihat untuk ajak solat pun tak boleh?
"Jom solat."
Susah?
Memang susah. Ya, saya tahu. :')

Nak ajak solat seperti nak ajak berjihad.
Sedangkan kita nak bawa kepada kebaikan.
Tapi kita takut sangat.
Sebab apa?
Sebab kita takut kita sakitkan hati dia.
Tapi, biarkan sahaja, pekakkan telinga.
Ajak sahaja.
Kita dah buat part kita, selebihnya terpulang pada dia.
Doa yang baik-baik padanya.

"Aku dah cuba banyak kali untuk dia berubah, tapi dia tak pernah berubah."
Hati manusia ni, Allah yang pegang.
Kita tak mampu nak mengubah hati orang semahu kita dengan sekelip mata.
Hidayah itu milik Allah.
Allah akan berikan kepada orang yang Dia kehendaki dan Allah boleh tarik balik daripada orang yang Dia kehendaki.
Yang penting, kita jangan pernah kenal erti putus asa untuk membantu seseorang itu berubah.
Selebihnya kita serahkan pada Allah.

"Aku dah cuba untuk berubah, tapi mesti sekejap sahaja perubahan itu."
Kawan, kau kena kuat.
Nak masuk Syurga memang payah, sebab Syurga tu manis.
Maka usaha sehingga habis.
Jangan sekerat jalan.
Kalau kau rasa kau tak mampu, kau kena percaya Allah sentiasa ada.
Sentiada ada dengan kamu.
Kau mohon kekuatan pada Allah kerana Dia Maha Kuat.
Kau berubahlah kerana Dia.
Isikan hatimu itu dengan cintaNya. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya.
Percayalah.
Akarnya ialah letakkan kepercayaan dan diri kita 100% pada Allah. InsyaAllah kau akan istiqamah.

Oleh itu, sekiranya ada orang yang minta pertolongan daripada kita untuk berubah, jangan lari walaupun kita bukan Ustaz atau Ustazah.
Tapi ingat, kita ialah Khalifah.
Maka, bantu dia semampunya.
Mohon pada Allah untuk beri kita kekuatan untuk bantu dia.
Kita nak masuk Syurga sama-sama kan. :')
Moga usaha kita itu membawa kita ke Syurga walaupun hanya sedikit. InsyaAllah.

Wallahu'alam.

Wassalam~